Resepi Kek Coklat Kurma Dalam Mug 2 Minit
Jumaat, April 03, 2020
Ini memang dianggap resepi PKP. One of my go - to recipes saat saya tiba-tiba teringin nak makan kek atau sesuatu yang manis. Apa yang menariknya, kek ni ambil masa kurang daripada lima minit untuk disediakan. Dua minit untuk siapkan bahan-bahan dan sukat apa yang perlu. 30 saat untuk kacau adunan manakala antara satu hingga satu minit setengah untuk masak di dalam ketuhar gelombang mikro.
Kek coklat dalam mug saya ini ada perasa kurma. Cuba untuk kurangkan penggunaan gula dan berharap versi kek saya ini guilt-free (yang mana saya boleh nikmati tanpa rasa bersalah), saya guna kurma. Jadi, rasa manis kek coklat saya hanya daripada manis buah kurma. Beberapa biji kurma saya rendam dalam 1 - 2 sudu besar air panas untuk lembutkan isinya, kemudian saya lenyek-lenyek supaya menjadi pes kurma. Jika tidak mahu guna pes kurma, kalian boleh sahaja guna gula biasa, gula perang, madu atau sirap mapel. Ikut kesukaan masing-masing ye.
Lagi satu, tepung saya guna tepung badam. Tiada tepung badam? Guna tepung gandum biasa pun boleh.