Kord Gitar dan Lirik Fatamorgana Cinta - Asfan Shah

Sabtu, April 28, 2018

OK, ni kord gitar lagu OST Cinta Fatamorgana nyanyian Asfan. Lagu-lagu Asfan ni best gak. Boleh layannnnn :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Fatamorgana Cinta - Asfan Shah (OST Cinta Fatamorgana)


(Intro)
Am B7 C Dm F E
Am B7 C Dm F E

   
Am                       
Ketika cintamu menyentuh
E
seluruh kalbu
E                         
peritnya terasa terkunci
Am
benci padamu ohh

Dm E
Mengapa terjadi semua ini
Dm E
di mana perginya janji kita..oh

Resepi Nuget Tauhu

Selasa, April 24, 2018

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah dan sedap berasaskan tauhu. Tauhu yang saya guna untuk resepi ini ialah tauhu keras putih yang biasa tu ye. Bukan tauhu Jepun, tauhu kering atau versi yang goreng. 

Tauhu biasa jadi menu kami sekeluarga. Sesuai untuk diet Cekebon juga. Saya kalau ke pasar  memang automatik akan TERRR-beli banyak sekiranya tauhu tu nampak segar. Lepas tu mulalah pening kepala nak masukkan tauhu dalam plan menu mingguan sebab takut cepat rosak.

Kali ini saya cuba buat nuget tauhu. Buat dikunyah-kunyak ketika minum petang. Ingin minimakan penggunaan minyak dalam masakan, jadi nuget ini saya masak di dalam air fryer. Bagi yang tiada air fryer, jangan risau. Goreng seperti biasa pun boleh.


Nuget Tauhu dan Mayones Keju

Nuget Tauhu

Beli Nescafe Melalui Nestle Groceries Online

Rabu, April 11, 2018

Sekitar hujung tahun lepas, saya ada menang e-voucher LAZADA bernilai RM50. Rasanya melalui cabutan bertuah Woop. Tetapi kod baucar hanya dihantar kepada saya melalui e-mel pada awal Februari. Masa tu tak terfikir nak beli apa lagi. Jadi, biar simpan dulu. Boleh guna nanti-nanti. Tempoh expiry pun lama lagi.

Nak dijadikan cerita, Nescafe Gold saya habis. Tak berjalanlah Encik Barista kegemaran saya tu huhuhuh (boleh baca mengenainya di sini). Saya hendak beli pek isian semula sahaja. Tak gemar botol-botok kaca ni. Tetapi di kawasan rumah saya, tak ada pula jual refill packs. Yang ada semuanya dalam botol.

Terfikirkan yang saya ada voucher LAZADA, saya pun survey refill packs Nescafe Gold di Nestle Official Store. Sebelum ini saya tidak pernah beli sebarang produk Nescafe atau produk Nestle yang lain secara online. Masa tu memang dapat the best deal untuk dua pek isian semula Nescafe Gold di Nestle Official Store. Kemudian, saya tambah pula beli Nescafe Gold 3-in-1 Dark Latte. Total sekitar RM50 ++. Tidak silap saya, saya hanya perlu bayar bawah 5 ringgit setelah ditolak voucher. The best part is, untuk pembelian RM50 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. Yeayyyy! Score! Pembelian saya kali ini lebih berbaloi nilainya berbanding jika saya beli di luar.

Planner Accessories Lagi,..

Isnin, April 09, 2018


Saya memang suka pakai planner. Jenis yang kena jot down tasks atau reminder in one book. Kalau tidak, akan lupa dan tunggang-langgang jadual saya. Tetapi, sebelum ini tak adalah rajin sangat untuk hias planner, buat spread/layout setiap hari seperti yang planner addicts buat tu.

Tahun ni terjebak! Awal tahun 2018, si Bott belikan saya planner. Memandangkan stok barang kraf (washi tapes, stickers, clear stamps dll) memang sedia ada,.. dan accessible (sebab tahun ni saya berjaya kemas barang-barang kraf saya supaya semuanya mudah capai, mudah nampak dan mudah jumpa), so minat untuk hias planner cantik-cantik tu datanglah. 

Jadi, sekarang tiap-tiap minggu, saya akan luangkan masa buat weekly planner spread. Hias ikut tema sebelum ditulis dengan catatan-catatan penting. Saya ada kongsi beberapa planner layout di Instagram @faidamf.

Baru-baru ini, singgah Tesco nak cari kertas A4. Ternampak pula planner accessories ni dekat bahagian reduced to clear. Harga dari RM6.90 jadi RM3. Apa lagi,..saya pun grab la 1 pek. Boleh buat tepek-tepek pada planner nanti.

Resepi Mudah Ayam Bakar

Khamis, April 05, 2018

Ini antara resepi ayam bakar kegemaran saya. Sangat mudah untuk disediakan. Bahan perapan pun tak perlu banyak. Tak susah nak cari atau beli sebab kebanyakannya memang ada dalam dapur kita. So, kalau tiba-tiba teringin ayam bakar, tidakpun apabila saya malas fikir menu apa untuk disediakan, this is my go-to recipe. Easy-peasy!

Kemudian, dari segi penyediaan, kita boleh pilih sama ada nak bakar dalam oven, atas griller, gridle pan ataupun menggunakan air fryer. Yes, bagi yang ada air fryer tu, ini salah satu resepi sihat yang kalian boleh sediakan.


Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Guitar Chords)

Selasa, April 03, 2018

Siapa dah dengar lagu terbaru daripada Siti Nordiana? Judulnya Hatiku Milikmu. Saya baru tonton klip video lagu ini yang released semalam di channel Seventeen Eleven Music. Video cantik bangattttt! Buat dekat Krabi, hasil kreativiti Storytellrs yang turut arahkan music video Pematah Hati - Nabila Razali tu. You can expect the same quality of work and definetly will not be frustrated. Turut terlibat dalam klip video tu ialah Alvin Chong dan Fikri Ibrahim. Masing-masing pegang watak jadi kekasih sebelum dan selepas Nana. 😃

Oh, tentang lagu pula,...I loveeeeeee this song! Jatuh kategori lagu cinta dengar pertama-lah! Dengar dengar je terus jatuh hati. Sepanjang malam semalam asyik dok terngiang-ngiang lagu ni. Part chorus memang best! Mengingatkan saya pada lagu Apa Artinya Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso. Cuma bahagian hujung yang dia jerit 'hatiku milikmu' tu kurang gemar sikit. Akak demping bagi saya hehehe. Anyway, lagu 'Hatiku Milikmu' merupakan ciptaan Nana sendiri dan lirik oleh Shana. 

Seperti biasalah, bila dah suka sangat lagu, mestilah kena buat chords kan...Kebetulan semalam saya cuti dan ada dekat rumah. Adalah sedikit masa terluang untuk session bersama si Kapok saya. Guitar chords Hatiku Milikmu ini versi mudah ye. Telah ditransposed. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Chords)
Ciptaan: Siti Nordiana dan Shana
Terbitan: Seventeen Eleven Music


Em D C G
Am B7 D 


Em
Aku telah merasakan
Am
Pahitnya kau tinggalkan
D G
Pernahkah di hatimu mencintaiku
C
Takkan pernah habis
Am
Kasihku padamu
B7 Em
Selama jiwaku masih untukmu

Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api

Khamis, Mac 29, 2018

Kebiasaannya apabila membeli barang dapur atau stok makanan, saya akan beli sebungkus dua pasta. Tidak kiralah jenis apa,..jenama apa. Kiranya pasta dah jadi antara benda yang wajib ada dalam stok pantri. Bukanlah kaki makan pasta sangat. Tetapi, sekali-sekala bila lapar tak tahu nak makan apa, I can simply make a simple dish. Tak pun kalau dah bosan dengan menu nasi dan lauk-pauk, bolehlah disediakan hidangan seperti makaroni atau spageti goreng, makaroni bakar ke,..apa-apalah asalkan kena dengan cita rasa.

Antara resepi pasta kegemaran saya yang pernah saya kongsikan di blog ini:


Hari ini satu lagi resepi mudah menggunakan pasta - Spageti Ikan Bilis dan Cili Api. Kawwwww! Berair hidung makan! Sesuai sangat bagi yang suka makan pedas.


Burung Merpati Kedai Recycle

Dah menjadi rutin saya dan Bott sama ada setahun sekali atau setahun dua kali untuk ke kedai recycle - jual kertas, buku, majalah, plastik dan kotak terpakai. Selalunya kami memang akan kumpul banyak-banyak baru pergi jual sekaligus. Bab asingkan kertas, kotak, plastik ni memang jadi kerja Bott. Dia kalau susun-susun barang ikut jenis, ikat, stack kemas-kemas memang hobi dia! Sejenis terapi katanya 😃 

Rasa-rasa stor dah mula sesak,.. agak-agak bonet dan bahagian tempat duduk belakang boleh dipundat dengan barang-barang yang kami dah kumpul,...maka it's time for the trip. Pergilah kami ke kedai recycle berhampiran dengan tempat kami tinggal.

Sampai-sampai je, seperti biasa pekerjanya akan terus approach kami dan angkat barang-barang keluar untuk ditimbang. Sementara nak menunggu tu mata saya melilau ke sana ke mari. Tiba-tiba nampak sekawan burung merpati tengah makan. Gemuk-gemuk. Sihat-sihat!

Pujaanku | Eiffel I'm In Love 2

Khamis, Mac 15, 2018

Seperti Ada Apa Dengan Cinta, Eiffel I'm In Love juga dibuat sekuelnya. Saya memang suka filem ini dahulu. Tidak silap saya, Eiffel I'm In Love keluar masa saya berada di tahun akhir pengajian. Malam-malam, waktu berjaga baca case law atau siapkan assignment, cerita inilah yang saya pasang ulang-ulang. Buat teman supaya tak sunyi. 

Disebabkan saya suka sangat tonton Eiffel I'm In Love, Bott siap hadiahkan VCD filem ni yang extended version. Punyalah excited galur all the deleted scenes. Lagu-lagu untuk cerita ini pun best. Tak Tahan Lagi, Dahsyat, Bercintalah Denganku, Memang Enak dan my favourite - Pujaanku. 

Sampai sekarang Pujaanku ada dalam playlist saya. Siap edit untuk jadi ringtone telefon lagi! Saya suka sangat kolaborasi Melly dan Jimmo untuk lagu ni. Dulu-dulu zaman suka 'menyalak', memang akan pilih lagu Pujaanku semasa karaoke. Siap berebut dengan Cekengah nak nyanyi part Jimmo sebab lirik sedap :)

Untuk Eiffel I'm In Love 2, lagu Pujaanku diberi sentuhan baru. Dinyanyikan oleh penyanyi baru. Kali ini Melly berduet denga Adikara Fardy. Meskipun saya lebih suka versi original, versi terbaharu ini tidak kurang hebatnya. Lebih melodious. Lebih mendayu. Chords Pujaanku di bawah, telah saya transposed ke chords yang lebih mudah. Senang sikit nak main. I guess it's best to pluck. Tetapi kalau nak strum pun tak ada masalah. Ikut keselesaan masing-masing. Macam mana nak strum? Dengar salah satu contohnya di IG saya @faidamf. Adalah dua baris dalam tu untuk dijadikan rujukan 😀

Kuih Bulan Victory Yaya

Selasa, Mac 13, 2018

Saya penggemar kuih bulan. Memang dari kecil jika ada peluang makan kuih bulan, sayalah yang paling excited. Cuma itulah, dulu-dulu susah nak cari kuih bulan yang dijamin halal dari segi penggunaan bahan dan cara penyediaannya. Kalau nak merasa pun, kena tunggu keluarga angkat Cekebon yang buatkan.

Bila dah tua ni, jika teringin nak makan kuih bulan, saya beli di Cosway sahaja. Tak silap saya adalah beberapa jenama kuih bulan halal lain yang pernah saya rasa. Cekengah bawa balik. Itupun dulu-dulu, masa dia kerja dekat bank. 

Terkini, saya jatuh cinta dengan kuih bulan Victory Yaya. Sebelum ini, saya pernah lihat pemiliknya dalam satu rancangan di televisyen. Kagum dengannya yang berusaha bangkit cipta kejayaan sendiri. Jika dahulu dia buat sendiri kuih bulan setiap satu, sekarang dah ada kilang,..dah ada ejen seluruh Malaysia.

Saya ada rezeki makan kuih bulan Victory Yaya ni pun sebab Cekebon beli melalui kenalannya. Di bawah ni ada tiga jenis kuih bulan yang Cekebon beli untuk saya.


Dari kiri - Coffee Toffee, Hazelnut dan Double Egg Yolk.

Resepi Kucai Goreng Campur

Isnin, Mac 12, 2018

Hari ini nak kongsi resepi sayur simple - Kucai Goreng Campur. Saya ni memang suka dengan kucai. Goreng kuetiau wajib letak kucai. Buat cekodok letak kucai, buat cucur udang letak kucai. Kiranya kalau saya ada kucai di dapur saya, memang puaslah orang rumah ni makan kucai.

Dahulu, kucai sebagai penambah rasa dan penambah warna pada makanan. Saya tidak buat sebagai hidangan utama. Tetapi, ada seorang teman dari Indonesia ajar saya masak kucai dengan bawang putih dan ikan bilis je. Kucai tu memang letak banyak-banyak. Memang sedappppp!

Lagi satu, buat kucai goreng belacan. Fuhhhh! Ala ala macam kangkung goreng belacan, cuma kangkung tu kita tukar kepada kucai. Bestttt!


...hanya aku dan gitar | Chords Di Matamu - Sufian Suhaimi

Jumaat, Mac 09, 2018

Assalamu'alaikum.
Leganya dah hari Jumaat. Alhamdulillah.
Hari ini lapang sedikit. Barulah ada masa untuk diri sendiri. Relaks jap.

Kredit

Saya memang suka dengan gambar-gambar ilustrasi 'Happiness is,..'. Dah la illustration kiut-miut. Dapat pula ada bab happiness tu yang kena dengan kita dan kita boleh relate 😀 Seperti yang di atas ni,...that feeling when it's just you and your guitar. Hanya saya dan gitar. Yes, this is one of my 'happiness is,..' moments. 

Alphabets Stamps dan Kegunaannya

Rabu, Februari 28, 2018

Sebelum ini, ada beberapa peminat kraf kertas yang e-mel dan bertanya kepada saya, berbaloi atau tidak untuk beli alphabet stamps kerana mereka masih newbie. Baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, jadi ingin utamakan bahan-bahan asas yang patut ada dahulu.

Antara koleksi alphabets stamps milik saya.
Secara peribadi, jika kalian tanya pada saya, saya akan jawab berbaloi. Lagi-lagi buat beginners. Mengapa? Sebab, dengan alphabet stamps ini, banyak projek kraf kertas yang kita boleh buat. Saya sarankan untuk ada sekurang-kurangnya dua set alphabet stamps. Satu saiz besar dan satu yang fontnya lebih kecil atau satu yang font tebal manakala satu lagi yang bertulisan halus (or cursive).

Hargai Hidup dengan 9 Cara Mudah Ini

Isnin, Februari 26, 2018


Assalamu'alaikum,

Lama benar saya tidak bersiaran di blog FAMF Tower ini. Sibuk melunaskan urusan harian. Kemudian sempat luangkan masa bersama keluarga untuk short getaway. Balik cuti, terbawa-bawa semangat cuti tu sampai seminggu. Malas nak buat kerja. Tak ada mood nak masuk blog. 

Hari inilah baru ada semangat sikit. Itupun lepas simpati terhadap blog sendiri, entri terakhir saya pada 13 Februari yang lepas. Ini dah nak masuk bulan Mac! Sibuk bebenar nampak gayanya hehehe

Sebut tentang sibuk, dalam pada kita sibukkan itu ini, kita kena belajar untuk terus hargai kehidupan. Kebanyakan kita, lemas tenggelam dalam tekanan hidup dan beban kerja sampai kita jadi lupa untuk hargai perkara-perkara yang ada di sekeliling kita. Perkara inilah yang saya tulis dalam artikel saya untuk THREAD ZALORA bulan lepas. (Again, sibuk sangat sampai lupa nak update di sini 😀)
Klik gambar di atas untuk baca artikel.

Foil Embellishments untuk Kraf Kertas

Selasa, Februari 13, 2018

Setiap kali saya pergi beli barang untuk buat kraf, jika terjumpa sebarang foil embellishments memang saya akan beli. Apa itu foil embellishments? Foil embellishments merupakan hiasan kraf yang menggunakan kertas logam nipis berkilat. Logam nipis ini dipanggil kerajang. Ala macam aluminium foil tu. Kilat-kilat begitulah. Ada kerajang perak, kerajang emas dan warna-warna lain.



Gambar di atas ini sebahagian daripada koleksi foil embellishments saya yang ada dalam simpanan. Memang banyak kegunaannya buat saya mencantikkan projek-projek kraf kertas saya. Dari kiri:- foil stickers sentiments yang biasa digunakan misalnya be happy, celebrate, you are amazing, happy thoughts, today is the day dan special moments. Kemudian, ada foil clear sticker pad, foil butterflies (love these butterflies very much!!!), foil alphabet fonts dan akhir sekali di sebelah kanan tu, foiled statement pad (boleh baca lebih lanjut di entri ini.)

Kord Gitar Hilang - Irfan Haris

Ahad, Februari 11, 2018

Selepas lagu Redha melonjakkan nama anak muda ini, diikuti dengan Pesan, Irfan Haris tampil dengan single terbaru yang berjudul Hilang. Lagu ini ciptaan Irfan Haris sendiri bersama Haiqal Iskandar. Saya baru sahaja dengar lagu Hilang. OKlah. Boleh layan. Confirm akan hit seperti dua single terdahulunya. Lagu-lagu Irfan Haris pun biasa digunakan sebagai OST drama. Ingat lagi tak satu masa dahulu zaman fenomena Suri Hati Mr. Pilot melanda? Sana sini dengar orang nyanyi dan siulkan lagu tu. Kemudian,  Pesan pula menjadi OST Ku Pinjam Cinta lakonan Ayda Jebat.

Irfan Haris mula dikenali selepas dia sertai program Ceria Popstar terbitan Astro. Adik kepada penyanyi Amira Othman ini  mempunyai suara yang baik dan sesuailah nyanyikan lagu-lagu sebegini. Kebetulan petang semalam saya tidak ke mana-mana. Lepas dengar lagu Hilang, terus rasa nak buat chords. Sesi bersama si Kapok lah jawapnya.

Kord gitar Hilang di bawah ini telah saya transposed ke C. Jadi, seperti biasa, ini versi easy chords. Enjoy the chords. Selamat berdendang!

Official music video Hilang dah ada di Youtube. Kalau nak dengar carilah ye. Saya suka bahagian chorusnya.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Hilang - Irfan Haris (Easy Chords)




(Intro)
Em D G Am B7
Am Em B7 Em

C
kelmarin kau bilang
D Em
kau cinta padaku

C
sekarang tak lagi
Em
kau mendustaiku

C
kini semua
D Em
hancur cerita kita

C
berakhir disini
D Em
sudah cukup sudah

Pertama Kali Merasa Bika Ambon

Khamis, Februari 08, 2018

Pernah dengar tentang Bika Ambon? Bika Ambon ini sejenis kuih yang popular di Medan, Indonesia. Kuih ni sebenarnya bingka cuma di sana bingka dipanggil bika. Jika dilihat tekstur bingkanya berlubang-lubang seperti kuih sarang semut atau kek gula hangus.


Sebelum ini saya belum pernah berpeluang untuk merasa bika ambon. Adalah suatu masa dahulu cuba nak buat bika ambon sebab teman saya di Indonesia beri resepinya. Mula-mula bukan main semangat! Once dah tengok resepinya fikir banyak-banyak kali. Dari segi bahan- bahan yang diperlukan tidak jadi masalah sangat. Bahan-bahan biasalah:- tepung gandum, tepung ubi, gula, santan, air kelapa, yis dan bingka ini menggunakan kuning telur yang banyak.

Jedi Inspired Birthday Card

Selasa, Februari 06, 2018

Hujung tahun lepas, kami sekeluarga buat mini celebration sempena hari lahir adik bongsu saya di Makan Kitchen. Buat tema Starwars. (Jemput baca mengenainya di sini.) Demi nak menepati tema, kad birthday pun kenalah ada kena mengena dengan Starwars kan,..😃

Pada mulanya saya ingat nak buat card in a box. Lihat contohnya di sini. Dah bayang dalam kepala dah elemen-elemen Starwars tercacak-cacak keluar dari kotak. Tetapi, apabila difikir-fikir balik, saya dah biasa buat card in a box. Boringlah pulak hehehe. Sambil cari-cari pasal Starwars, tiba-tiba ternampak imej costume jedi ni. 

Credit goes to the original owner of the image.

Tinggggg! 💡💡💡 Buat jedi inspired card lah! Menarik juga kan? Untuk bentuk kad, saya gunakan template kad kimono seperti di bawah ini. Saya buat kad bersaiz A4 supaya cukup besar untuk ditegakkan di atas easel. Jadi, template di bawah saya bahagikan kepada 3 kertas A4 - bahagian badan, lengan kanan dan lengan kiri. (Jika dicetak atas sekeping kertas A4 sahaja pun tidak ada masalah, cuma setelah dilipat saiznya akan jadi kecillah.)

Resepi Kentang Goreng Bawang

Isnin, Februari 05, 2018

Kentang goreng bawang ini sebenarnya biasa disediakan sebagai side dish apabila saya masak bubur kosong untuk Cekebon. Berseleralah sedikit makan apabila ada side dish sebegini. Tidakpun, kalau nak makan nasi tak ada lauk, hidangan kentang goreng bawang ini akan jadi lauk segera yang dimasak. Nikmati dengan nasi panas dan sedikit kicap manis. Yummehhh! 



Resepi Kentang Goreng Bawang

Kaisercraft Clear Stamp - Postmarks

Selasa, Januari 30, 2018

Stamps, tidak kiralah cling stamps, clear stamps atau rubber stamps (kita biasa panggil 'cop') merupakan antara peralatan kraf kertas yang saya suka kumpul. Bagi saya, stamps ini antara keperluan tambahan yang kita perlu ada untuk hasilkan projek kraf kertas yang lebih menarik. Kebiasaannya, craft stamps ada dalam bentuk sentiments (ucapan/kata-kata) dan gambar-gambar yang comel,..yang cantik-cantik. Senang nak digunakan untuk hias kad ucapan atau hias scrapbook page

Selain itu, saya turut guna stamps saya untuk hias planner dan projek kraf kertas yang lain seperti Pek Gula-gula untuk Si Cilik dan Penanda Buku dari Kertas Buku Lama.


Lihat sebahagian daripada variasi clear stamps milik saya yang pernah dikongsikan di sini:


Terbaru, saya beli clear stamps Postmarks keluaran Kaisercraft. Pergi Spotlight, niat asal nak cuci mata sahaja. Terjumpa pula dengan clear stamp ini. Tak fikir dua tiga kali terus grab dan cepat-cepat pergi bayar di kaunter. Saya memang berniat miliki clear stamp dengan design postmarks

Chords Cinta dan Luka - Papinka (Easy Chords)

Rabu, Januari 24, 2018


Kau berikan cinta tapi kau juga memberi luka
Luka yang buatku menyatakan
Keinginan tak ingin bertahan


Pertama kali dengar terus jatuh cinta. Alahai jiwangnya! Hehehe Cinta dan Luka merupakan single terbaru daripada kumpulan Papinka. Saya memang suka lagu-lagu Papinka yang sebelum ini seperti Masih Menyintainya, Di Mana Hatimu dan Sampai Hatimu. Lembut dan sedap didengar je melodinya. Sesuai layan blues bersama si Kapok.

Lagu ini pun tidak sukar untuk dimainkan. Chords mudah. Strumming pattern pun simple. Boleh tengok kat IG saya @faidamf. 

Kord Gitar From FAMF Tower


Kunci Gitar | Guitar Chords Cinta dan Luka - Papinka



(Intro)
C G Am Em 
F C Dm G

C                 G
Betapa hancur hatiku
Am                  Em             
Bila ku mengingat kamu
F                C
Tiada ku sangka teganya dirimu
Dm               G
Kau khianati cintaku


C               G
Bagaimana caranya untuk
Am                  Em
Melupakan tentang kamu
F                     C
Agar tak terus merasa rindu
Dm                  G
Rindu yang terus mengganggu

Lagu Racun Rindu ini merupakan single terbaru daripada Sharul Kamal. Sharul ini salah seorang pelajar AF 2015, tak silap saya saing-saing Syamel dan Bila. Masa mula-mula dengar lagu ini saya pun tak dapat nak relate Sharul mana. Tambahan pula dia guna nama Sharul Kamal. Sekarang ni macam dah jadi trend pula anak-anak muda jadi penyanyi pakai nama dua patah - Ariff Bahran, Tajul Arif, Isa Khan, As'ad Motawh, Yazid Izaham...dan ramai lagilah! Penyanyi sekarang terlalu ramai. Rasa macam setiap satu jam ada peyanyi baru hehehe.

Di bawah ini, kord gitar mudah lagu Racun Rindu. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Racun Rindu - Sharul Kamal (Easy Chords)

Komposer - Aepul Roza, Syed Syahmir dan Daus SRK




(Intro)
Am Em Dm E


   Am                    Em
Racun rindu ini perlahan memburu hati
   Dm                          Am
Menyesak dadaku tersekat nafasku
   Dm                                 C
Aku yang terus pilu menanggung kepedihan
   Dm                                        E
Menusuk relung hatiku beban perpisahan

Resepi Tapai Goreng

Rabu, Januari 17, 2018

Siapa suka makan tapai? Pernah makan tapai goreng atau tidak? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke ... kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummeh! Tak pasal-pasal terliur sendiri sambil menulis entri ini.

Tetapi, tapai goreng memang saya tidak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.

Percubaan Pertama Buat Tapai Goreng

Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng - ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang paling mudah, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih umphhh!

Tapai ubi goreng

VersaMarker untuk Heat Embossing

Jumaat, Januari 12, 2018

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya ingin cerita tentang satu lagi peralatan kraf - VersaMarker Pen. Pen yang sangat berguna jika kita mahu buat heat embossing. Apa itu heat embossing? Baca lebih lanjut di sini dan di siniDalam dua entri saya mengenai heat embossing ini, saya telah jelaskan apa itu heat embossing dan tunjukkan bagaimana caranya menghasilkan teknik embossed.


OK. Berbalik kepada pen, VersaMarker ini sama fungsinya seperti embossing stamping pad. Embossing stamping pad perlu digunakan dengan stamps (cop/clear stamps/rubber stamps/cling stamps.)  Pilih stamp yang berkenan, misalnya Happy Birthday, Happy Day dan Love. Tekapkan pada embossing stamping pad dan tekan rata-rata pada permukaan kad. Setelah itu, taburkan embossing powder, halakan heat tool/gun pada bahagian tersebut sehingga embossing powder cair dan membentuk tulisan/cetakan yang timbul.

Resepi Jering Goreng

Rabu, Januari 10, 2018

Jering memang kegemaran saya. Lagi-lagi jering tua. Saya suka rasanya yang macam biji buah cempedak. Tetapi, menu jering ini hanya muncul once in a blue moon je di rumah. Jarang-jarang sebab jering, petai tidak sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan low potassium diet. Cekebon tidak boleh makan. Kasihan pula kalau dia pandang sahaja. Jadi, semasa ketiadaan Cekebon lah, (tika bermalam rumah Uje ke, bercuti dengan Cekengah ke...) baru saya makan jering. Itupun jika jumpa jering kat kedai.

Hidangan jering saya jenis yang simple sahaja. Yang penting ada cili, biar rasa pedas-pedas sedikit dan ada ikan bilis rangup. Kadang-kadang, saya rebus terlebih dahulu jering tua, kemudian cicah budu, makan dengan nasi panas. Nyummmm nyummmmm! Tidak pun, setelah direbus saya goreng sebentar dan ratah begitu sahaja. Sedapppppp! OK, jom tengok resepi mudah jering goreng versi saya.


Resepi Jering Goreng

Jom Buat Kerepek Ngaku | Kerepek Biji Durian

Isnin, Januari 08, 2018

Assalamu'alaikum, 
Kita dah masuk minggu ke-2 untuk tahun 2018. Memandangkan sekarang ni musim durian dan ngaku, saya nak ajak kalian buat kerepek. Kerepek biji durian dan kerepek ngaku. Kedua-duanya rangup berlemak dan sedap dimakan.

Kerepek Ngaku

Kerepek Ngaku (Arrowhead Root Chips)


Ngaku atau arrowhead root ini biasanya jumpa setahun sekali je. Around this time of the year sehinggalah ke Tahun Baru Cina, kita akan nampak ngaku dan kerepek ngaku banyak dijual di kedai dan pasar raya. Malah kerepek ngaku memang menjadi antara snek pilihan yang popular sepanjang keraian ini.
Ini antara lagu kegemaran saya dan Bott buat masa ini. Kami berkenan sangat dengan vokal penyanyi Xpose yang boleh tarik tinggi. Setakat ni dengar banyak-banyak kali belum sampai tahap bosan lagi. Ada satu hari tu, saya dengan Bott tengah tak ada kerja. Kami buka Youtube dan tonton persembahan-persembahan mereka di rancangan Meletop, MHI dan yang paling saya suka di Jamming Hot. Nak tengok, cari di Youtube ye.

In fact, si Cekengah pun suka. Beberapa kali juga saya terdengar dia hum dan nyanyi Sandiwara. Cuma dia tak tahu lagu apa yang dia tengah nyanyi hehehe. Nanti, dah nyanyi dua tiga baris, dia tanya saya,"Long, lagu apa ni?"

Dari awal lagu Sandiwara diputarkan di radio tahun lepas, saya dah 'jatuh cinta dengar pertama'. Chords mudah untuk lagu Sandiwara ini pun dah lama terperap dalam draft, lupa nak publish. Tadi nak main petik-petik Sandiwara dengan si Kapok baru perasan chords tak publish lagi.


Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Sandiwara - Xpose Band




(Intro)
Am Em F  C  
Dm Am B7 E

Am  Em
Andai aku diberikan waktu
F  C
akan ku putarkan masa kembali
Dm Am
biarpun mustahil diriku
B7 E
akan bersamamu.

Kopi yang Sangat Tak Sesuai

Jumaat, Januari 05, 2018

Assalamu'alaikum. 
Hari ini kisah kopi. Tetapi bukan perihal secangkir kopi beraroma yang boleh dinikmati. Kisah pasir kucing. Hihihi. Ye, pasir untuk kucing poo poo (cat litter sand).

Alkisahnya, cat litter Yuri sudah habis. Baik saya mahupun Bott tak perasan dan tak teringat langsung nak beli. Jadi, apabila baki pasir yang ada dah mula berbau, bergegaslah kami berdua pergi kedai pet cari pasir kucing.

Yuri VanHoutten

Lazimnya, kalau pergi beli makanan atau cat litter, Bott yang akan turun dan beli. Bott ni simple je. Dia masuk kedai, terus pergi ke tempat food, tempat pasir, pergi kaunter bayar. Selesai. Kalau saya, masuk masuk je, dah sangkut kat pintu. Tengok mainan untuk kucing. Then, saya sangkut kat aisle yang jual perfume kucing la, syampu kucing la, ubat, suplemen dan macam-macam lagi. Last sekali saya akan bersidai kat bahagian dalam kedai, mengintai kucing-kucing yang 'masuk hotel'. Ralit tengok kucing-kucing tu main. Adalah dalam dua puluh ke tiga puluh minit dalam kedai tu. 😆

Starwars Photo Props

Khamis, Januari 04, 2018

Ini entri susulan Sambutan Bertemakan Starwars untuk Uje di Makan Kitchen. Kali ini saya ingin tunjukkan gambar keseluruhan photo props yang disiapkan untuk keraian kecil kami. 

Mula-mula macam tak ada idea. Rasa malas dan berat je nak buat photo props. Tetapi, dah namapun Starwars. Tema ini popular! Selalu orang jadikan tema untuk majlis hari jadi dan keraian-keraian lain. Saya dan Bott pun pergilah rujuk pada pakar. Sumber katalog idea terbesar - PINTEREST.  Pelbagai idea-idea menarik yang kami jumpa. Tinggal pilih mana yang sesuai dan praktikal untuk dibuat je. OK, Starwars photo props is ON!

Di bawah ini set photo props yang berjaya dihasilkan. Ada sebelas batang kesemuanya. Setiap satu dibuat dengan penuh kesungguhan, ketelitian dan kasih sayang hahaha. Maklum sahajalah, saya ni bukan 'kaki Starwars'. Jadi kena beri perhatian lebih sedikit pada perkara yang kita tidak pakar.

Starwars Photo Props
The whole set.

Tutorial Kraf Kertas - Screen Divider Card | Pink Polka Dots and Stripes

Selasa, Januari 02, 2018

Assalamu'alaikum. 
Entri tutorial kraf kertas hari ini kita belajar buat screen divider card. Apa yang dimaksudkan dengan screen divider card? Kad yang diinspirasikan daripada screen divider atau pemisah ruang seperti dalam gambar di bawah.
Kredit

Satu Satu Satu Lapan | 2018

Isnin, Januari 01, 2018

Assalamu'alaikum,
Hari ini satu satu satu lapan.
Hari pertama untuk bulan pertama cerita 2018 kita.
Selamat Tahun Baru!
Happy 2018!

Kredit

Countdown 2018 - Book Challenge

Sabtu, Disember 30, 2017

Saya memang suka membaca. Beberapa tahun lepas, saya ada cuba Book Challenge a.ka. Reading Challenge (Cabaran Membaca). Tetapi tidak kesampaian. Rasanya pada masa itu terlalu bercita-cita tinggi. 52 buku - 1 buku setiap minggu mengikut syarat cabaran/kriteria buku yang telah ditetapkan. Contohnya - Buku yang ditulis oleh penulis kegemaran, buku yang ditulis oleh penulis wanita, buku yang ada tema musim salji dan macam-macam lagi. Saya buat Reading Challenge by POPSUGAR. Baca mengenainya di sini. Mula-mula je semangat berkobar-kobar tetapi selepas itu sibuk dan kalau baca buku pun, saya tak pilih buku yang boleh buat saya lengkapkan senarai cabaran tersebut.

Tahun ini, saya cuba buat Reading Challenge Goodreads. Suprisingly, dalam saya sibuk ke sana ke mari, banyak jugalah baca buku. Tetapi malangnya saya tidak kemas kini langsung buku-buku yang saya baca di Goodreads. Saya sendiri tidak ingat berapa sasaran buku yang saya letak dan saya lupa langsung untuk buka Goodreads lepas tu.

Jadi, untuk 2018, saya bercadang cuba melengkapkan Reading Challenge dengan jayanya. Tahun ini saya pilih 2018 Reading Challenge by POPSUGAR juga sebab nampak menarik!🙂 Antaranya buku tentang time travel, buku yang ditulis oleh dua pengarang, buku yang saya pinjam daripada orang lain atau yang dihadiahkan kepada saya dan buku yang watak utamanya ialah pasangan kembar. 

Countdown 2018 - 52 Weeks Money Challenge

Khamis, Disember 28, 2017

Money challenge. Ini salah satu idea untuk azam tahun baru yang saya bincangkan dalam artikel saya di THREAD by ZALORA - 6 Interesting Ideas for Your 2018 Resolutions. Satu lagi cabaran dari aspek kewangan untuk disahut. 



52-week Money Challenge ni bakal jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung'. Kira macam aset bekulah yang hanya akan sampai tempoh matang pada 1 Januari 2019 heheheh. 52 minggu. Setiap minggu, tanpa gagal kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam tabung money challenge kita mengikut amaun yang ditetapkan. By the end of 2018, kita akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.



Countdown 2018 - Happiness Jar

Rabu, Disember 27, 2017

I came across this on Pinterest. Dari tahun lepas sebenarnya saya berniat nak buat tetapi lupa. Apabila ingat semula, masa tu dah masuk bulan Mac ke bulan April! Dah masuk suku tahun, tak seronok dah. Jadi, untuk 2018, awal-awal lagi saya siapkan satu bekas khas untuk projek ini.


Saya tertarik sangat dengan idea ini. Masuk je tahun baru, kita sediakan botol khas atau jar dan kertas memo untuk menulis. Tidak perlu botol atau jar yang fancy. Pakai botol Nescafe ke, balang kuih raya ke, guna kotak ke atau apa-apa bekas asalkan muat untuk letak lipatan-lipatan kertas. 

Sambutan Bertema Starwars untuk Uje di Makan Kitchen

Selasa, Disember 26, 2017

Hujung bulan lepas, keluarga kecil saya berkumpul untuk makan tengah hari, meraikan hari lahir adik bongsu saya, si Uje. Hari lahirnya jatuh pada hari kerja. So, we decided to have a small birthday lunch celebration for him - pergi makan buffet di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur (yang dekat The Intermark tu).

Bab-bab booking tempat semuanya si Dhila uruskan. We even managed to get a private dining area. Cantik sangat! Tengok gambar kat bawah ni. Ruang bulat yang berlangsir tu tempat makan kami untuk hari tu. Siap boleh tutup langsir! Privacy lah sikit 😃 Thanks again to you, Dhila. Kalau harapkan Along, kita makan kat rumah jelah jawabnya. Hahahah!

Kredit

Countdown 2018 - Tetapkan Azam dan Target Tahun Baru

Isnin, Disember 25, 2017

Assalamu'alaikum,
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Hari ini dah 25 Disember 2017. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita mula tulis tarikh dengan tahunnya 2018.

Kredit

Semangat nak mulakan tahun baru! Beberapa hari ini, insya Allah saya akan buat entri Countdown 2018. Entri-entri Countdown 2018 saya akan berkisar tentang persiapan menuju tahun baru + apa yang boleh kita lakukan agar setiap bab 2018 lebih bermakna dan bermanfaat buat kita semua.

Perkara pertama tentulah azam tahun baru kan? Waktu hujung tahun beginilah kita mula menilai semula perjalanan 2017, apa yang berjaya dicapai, apa yang gagal dilaksanakan....Waktu ini jugalah kita teruja buat senarai azam untuk 2018. Ada sesetengah orang tidak suka pasang azam kerana tidak mahu terikat dengan target atau sasaran tertentu. Bagi saya terpulang pada individu. Tidak ada salahnya buat senarai itu ini apabila memasuki tahun baru. Sekurang-kurangnya kita akan punya motivasi untuk majukan diri demi mencapai apa yang dihajati.
Selain lagu Surat Cinta untuk Starla, saya turut menggemari lagu Bukti nyanyian penyanyi dari seberang, Virgoun. Lagu Bukti ini juga merupakan salah satu lagu yang menjadi OST Filem Surat Cinta untuk Starla The Movie (SCUS) yang bakal ditayangkan di seluruh Indonesia pada 28 Disember nanti.

Seperti lagu Surat Cinta untuk Starla (yang klipnya di Youtube telah mencecah lebih 185 juta tontonan), Bukti tidak kurang hebatnya. Melodinya lembut dan sedap didengar. Apa yang unik, sepanjang lagu ini kita akan dengar bunyi goresan pensel dan kertas yang dikoyak dalam gubahan muziknya. Apapun, enjoy the song. Enjoy the chords.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kunci Gitar dan Lirik Lagu Bukti - Virgoun (Easy Chords)

OST Surat Cinta untuk Starla



(Intro)
G D F C
Am G C D D


G D
Memenangkan hatiku
F C
Bukanlah satu hal yang mudah
Am
Kau berhasil membuat
D G
Ku tak bisa hidup tanpamu

Cara Buat Huruf Blok 4 x 7

Jumaat, Disember 22, 2017

Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.

Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5

Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.

Kopi Columbia Narino dan Kek Keju Uncle Tetsu

Rabu, Disember 20, 2017

Hari ini bicara tentang kopi dan kek. Heheheh saya dan kopi memang sukar sedikit hendak dipisahkan. Kalau lama tak minum kopi, macam rasa ada yang tidak kena. Tak senang duduk dibuatnya.

Saya nak cerita tentang salah satu produk The Coffee Bean & Tea Leaf - Columbia Narino. Ada banyak seleksi kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf. Antaranya Light & Subtle, Dark & Distinctive, Rich & Smooth, Flavoured, Decaffeinated, etc. Kopi Columbia Narino dari range Medium & Smooth. Adik bongsu saya, si Uje yang belanja 😃 Hoyeahhhhh!!! Kembang kempis hidung saya gembira dapat kopi! My blood type is coffee heheheh.

Kuih Kasturi Frozen

Selasa, Disember 19, 2017

Saya memang akan buat kuih kasturi apabila ada kesempatan. Kuih ini kuih kegemaran kami sekeluarga. Selalunya saya buat banyak-banyak dan simpan sebagai stok di dalam freezer. Jadi kuih frozen lah kiranya. Mudah kalau tiba-tiba teringin nak kuih untuk minum petang, tinggal nak digoreng je. 

Selain itu, sekarang ini Cekebon pergi hospital untuk dialisis pada sebelah pagi. Ini antara makanan yang saya bekalkan buat dimakan selepas selesai dialisis. Nak top up balik protein yang turut sama hilang dalam larutan dialisis semasa proses rawatan.


Kumpulan Mirwana memang antara kumpulan nasyid yang saya suka sejak awal kemunculan mereka sehinggalah sekarang. Antara lagu mereka yang popular - Aku Tanpa Cintamu, Hikmah Kembara, dan Andaiku Pergi. Lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Manifestasi Cinta pun best juga.

Buah tangan terbaru daripada Mirwana - Cinta Bukan Mainan. Not bad at all! Single terbaru ini dan music videonya dah released sekitar awal November yang lalu. 

Chords Cinta Bukan Mainan ini telah saya transposed ke C. Pada dasarnya kord lagu ini versi yang mudah cuma ada Bm. Tak jadi masalah. Bagi yang tak biasa dengan Bm tu, boleh cuba Bm seperti rajah di bawah ni ye.
Kredit


Centerpiece for A Birthday Lunch

Jumaat, Disember 15, 2017

Centerpiece ini untuk sambutan hari lahir yang saya ceritakan di entri ini. Mereka yang menempah ni bawa the birthday girls keluar makan tengah hari dan buat mini celebration. Jadi, kita tidak buat banner, birthday standee atau apa-apa yang besar. Cuma hiasan ringkas untuk diletakkan pada meja makan di sudut yang mereka dah reserved.

Memandangkan yang diraikan ada dua orang, saya buat centerpiece 2-in-1. Apa yang 2-in-1? Well, yang pertama, dua centerpiece kita combine jadi satu. Kalau buat 1 centerpiece seperti biasa, nanti apabila majlis selesai pening kepala pula nak decide siapa antara dua birthday girls yang akan bawa balik centerpiece. Makanya, saya hasilkan centerpiece untuk setiap seorang. Apa yang istimewanya, kedua-dua centerpiece ini boleh digabungkan dan kita display as one.

Kedua, centerpiece ini ada dwifungsi. Saya letak word search di atasnya supaya rakan-rakan yang hadir boleh cari nama mereka dan tanda atau bulatkan. So, it will be a great keepsake for the birthday girls as they could commemorate this sweet celebration and will not forget who were the attendees.

Tema hiasan ialah light blue, black and damask

Resepi Jagung Bakar

Khamis, Disember 14, 2017

Saya memang gemar sangat makan jagung. Tidak kiralah jagung rebus ke bakar atau panggang, corn in a cup (yummy yummmm),...atau yang dimasukkan dalam hidangan seperti cucur bilis dan jagung, coleslaw, lempeng jagung dan sayur asem - Semua saya suka!

Baru-baru ini, Cekengah bawa balik jagung manis. Beli daripada rakan sejawatnya. Cantik rupa paras jagung tu,...geram tengok! Harga pun berpatutan. Ada 3 bungkus, setiap satu bungkus ada 3 tongkol besar-besar. Puaslah untuk makan satu keluarga.

Kebiasaannya, saya suka rebus macam biasa untuk makan ketika minum petang. Jagung rebus lawan dengan kopi atau teh panas - nikmatnya! Tidakpun, kalau saya seorang and I want a quick simple corn treat, saya akan buat Jagung 4 Minit guna microwave.

Kita bersihkan jagung tu, tak perlu kupas pun kulitnya. Masukkan dalam microwave selama 4 minit. Cara ini lebih ringkas, lebih cepat sebab kulit jagung dan rerambutnya akan jadi mudah ditanggalkan. Sapu sedikit mmentega, tabur sedikit garam dan walllahhhhhhh,...sedia untuk dimakan. Ingin tahu lebih lanjut tentang Jagung 4 Minit, baca entrinya di sini. Ada panduan bergambar, senang untuk lebih faham cara-caranya.

KPOP Theme Birthday Party

Rabu, Disember 06, 2017

Susulan kepada entri KPOP Theme Birthday Party - Preparation. Tetapi, dalam entri terdahulu saya hanya tunjuk peringkat persediaan untuk buat hiasan bertema KPOP sahaja. Hari ini saya kongsi hasil akhirnya ya. Baru sekarang dapat import gambar-gambar untuk entri ini. Sebelum ini terperuk lama dalam folder di komputer, tak dan nak sort.

The Decorations for the Table

Tidak silap saya, sambutan ini merupakan birthday lunch yang diadakan di sebuah restoran. It was a party of 6 or 8, I can't recall. Jadi, saya tidak perlu sediakan hiasan untuk venue, cuma hiasan untuk meja makan mereka. 

Photo Props - Movie Night

Selasa, Disember 05, 2017

Tidak silap saya, saya dapat tempahan photo props ini sekitar April yang lalu. Tetapi, dek kerana terlalu sibuk, baru sekarang sempat dan berpeluang untuk buat entri. Kalau diikutkan banyak entri party planning dan kraf yang tertangguh. Ada yang 'tergantung sepi' dalam draf. Ada yang tak edit gambar lagi. 

Berbalik kepada photo props, tema photo props kali ini ialah 'Movie Night'. Tema Movie Night ini agak popular sebenarnya. Kerap juga jadi pilihan untuk keraian yang santai,...yang ringkas. Ada banyak idea-idea menarik yang kita boleh gunakan. Tidak semestinya kena buat tayangan filem/video. Tetapi kebiasaannya, alang apabila tema ini dipilih, pasti tayangan filem/video akan jadi salah satu agenda utama majlis. Barulah meriah!

Skop tema Movie Night agak luas. Kita boleh buat edisi belakang tabir (Behind The Scene) - director cone, film reels, clipboard, film strips,...semua yang ada kena mengena dengan kerja-kerja belakang tabirlah.

Di samping itu, kita boleh buat ala-ala tayangan premier atau Movie Day Out. So, ada popcorn, soda, air botol, kacamata 3D dan tiket wayang.

Disember | Maulud Nabi | Bookdoc Activ Platinum

Jumaat, Disember 01, 2017

Assalamu'alaikum.
1 Disember 2017.
Ada 31 hari je lagi untuk kita habiskan 2017. Saya masuk bulan 12 ni mulalah sibuk. Sebelum ni cuti sebulan lebih (sekejap je...tahu-tahu cuti dah habis!). So, now it's time to get back to work!

Apapun, buat kalian semua, selamat melakar bab dua belas untuk 2017. Moga-moga 31 hari yang akan datang ini penuh dengan cerita-cerita gembira dan bermakna. Dapatlah kita tutup 2017 dengan baik. Ada sebarang perancangan istimewa untuk bulan terakhir ni? Any occasion or celebration? Atau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai? Sempat lagi nak dijadikan kenyataan 🌝

Bagi yang Ingin Berjinak-jinak dengan Fitness dan Workout

Khamis, November 30, 2017

Salah satu perkara penting yang saya ingin capai pada 2017 ini ialah turunkan berat badan, jadi lebih fit dan lebih sihat. I mean in serious term. Selama ni asyik kata nak sihat, nak makan sihat, nak hidup sihat...tapi saya tak betul-betul komited. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya lakukan sedikit perubahan dalam gaya hidup demi realisasikan misi hidup sihat saya.

Personally, saya tidak suka bersenam. Semangat nak bersenam tu ada, tetapi MALAS! Lazimnya, niat nak bersenam tu datang masa saya tengah rehat atas katil sudah hendak lelapkan mata. Hahahah! 😜Dan saya suka makan! Bayangkan,..suka makan, suka kunyah-kunyah snek, tak suka bersenam. Pasifnya hidup! Mujurlah, dari segi pemakanan, saya berpantang dan berjaga-jaga juga. Menguruskan diet harian Cekebon, secara tidak langsung saya turut sama mengawal food intake.

Fitness journey saya tidak drastik tetapi saya sedaya upaya cuba untuk konsisten sebab target utama saya - nak sihat, nak bebas penyakit. Apa yang saya lakukan saya kongsi melalui penulisan artikel di ZALORA. Setakat ini saya sudah tulis 3 artikel santai berkenaan penurunan berat badan dan fitness mengikut pengalaman saya. Jadi, siapa-siapa yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti fitness dan workout, boleh cuba baca artikel-artikel di bawah to give you some insights.


Perfect - Ed Sheeran (Easy Guitar Chords)

Selasa, November 28, 2017

Saya suka benar dengan lagu Ed Sheeran yang satu ini. As a matter of fact, lagu-lagu Ed Sheeran semuanya sedap didengar. Kalau tidak, takkanlah penyanyi ini mampu cetuskan fenomena, kan?! 

Secara peribadi, saya jatuh cinta dengar pertama dengan Perfect. Rasanya belakangan ini memang kerja asyik dengar, nyanyi dan hum lagu ini. 😉 Sweet je kedengaran gubahan melodinya. Lirik pun best. Alang-alang dah suka, bolehlah berdendang dengan si Kapok. Guitar chords di bawah ini saya transposed ke C. Boleh guna capo on the 2nd or 4th, ikut kesesuaian kalian ye.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kord Gitar dan Lirik Perfect - Ed Sheeran (Easy Chords)




                C        Am
I found a love for me
                       F                                   G
Darling just dive right in, and follow my lead
               C                            Am
Well I found a girl beautiful and sweet
                F                                                      G
I never knew you were the someone waiting for me

Lontong Goreng Cendawan | Rendang Cendawan

Rabu, November 15, 2017

Saya memang gemar makan cendawan. Paling suka cendawan shitake dan cendawan tiram. Selalu memang akan pastikan ada cendawan dalam stok bahan masak. Senang nak dibuat lauk. Selain itu, kadang-kadang rajin juga beli enoki atau cendawan butang. Enoki selalunya saya masukkan dalam sayur campur atau buat sup. Cendawan butang pula lazimnya buat inti sandwic, filling pizza atau makaroni bakar.

Di bawah ini ada dua variasi hidangan cendawan tiram. Tidak kiralah cendawan tiram yang kelabu atau yang putih, kedua-duanya saya suka. Asal segar dan sedap dijadikan hidangan.

Antara resepi lain berasaskan cendawan: