Lemau dalam Pejabat Pos
Rabu, Februari 04, 2015
Haihhhhhh,...itulah hakikatnya. Lemau dalam pejabat pos! Hari ni hasrat hati nak uruskan hadiah Tetamu Hebat 2014 dan Tetamu Hebat Bulanan. Lama benar tertunda. Setakat ni hadiah Tetamu Hebat 2014, Shikin seorang je yang dah dapat. Itu pun sebab pos sekali dengan kad birthday dia last month.
So, alang-alang keluar beli barang dapur, singgahlah pejabat pos sekali. Hari ni ramai orang sebab 2 hari cuti kan,...dapat pulak line slow. Transactions slow, counters slow. Rezeki sayalah baca semua poster dan risalah kat dalam pejabat pos tu. Duduk sampai punggung kebas, berdiri sampai kaki lenguh. Tabah ni...tabah demi nak tunaikan janji hahaha. Muka dah kedut dan kemek sana sini :(
Dah siap gi makan, gi toilet, gi solat,..nombor tak sampai-sampai lagi! Sekali pandang keadaan dalam dan sekitar pejabat pos tu dah macam pusat pemindahan mangsa banjir pula. Orang ramai yang menunggu dah naik renyah,.. gelimpang duduk atas lantai, bertinggung tepi pintu. Aishhh,..saya ada beli bahan basah tadi. Rosak pula ayam dan ikan tu nanti.
Akhirnya, saya dan Bott ambil keputusan untuk balik je. Tak tahu urusan kami kalau diteruskan selesai pukul berapa. Tak mahu sangkut dalam trafik. Lagipun, saya kena buka dewan awal untuk pendaftaran students baru. Maaf ye adinda-adinda yang berkenaan. Kena postpone lagi. Akak akan hantar ASAP. Insya-Allah. Kat dalam beg ni kalian punya,...