Tertunggak - Terima Kasih, Anies!
Khamis, Oktober 04, 2018
Entri ini entri penghargaan tertunggak khusus buat Anies. Saya, tangguh dan tunda memang macam dah sinonim dah sekarang ini. Heheheh ini baru semak balik entri-entri yang terperam dalam draf. Mula nak terbitkan satu demi satu.
OK, nak cerita tentang hadiah yang saya terima daripada Anies. Sehelai tudung Aidijuma Gold Label ini merupakan hadiah kemenangan saya menyertai giveaway anjuran Anies pada awal tahun lalu. Hadiah ini dah lama saya dapat, dah pakai banyak kali dah tetapi seperti yang saya jelaskan tadi, entri terima kasihnya yang tertunda. Huhuhu nampak tak berapa lama entri ini terperam?! Nasib baik sempat publish sebelum 2019! 😄
Aidijuma Gold Label |
Cantik kan? I like it very very much! Personally, saya memang suka pakai tudung berwarna gelap terutamanya hitam. Tudung cerah atau pastel tak sesuai dengan saya. So, bertambahlah koleksi tudung saya! Alhamdulillah. Tudung ni jadi salah satu persalinan semasa Syawal. Kena dengan tema baju raya pulak tu. Tetapi, gambar menggayakan tudung ni tak dan ambil.