Assalamualaikum w.b.t.
Petang semalam angin saya memang tak baik. Tengah sibuk hendak siapkan kerja, masa tulah komputer buat hal. Saya pun rehat sekejap, cuba nak blogwalking guna phone. Dua tiga hari belakangan ini, in fact dah nak dekat seminggu dah … saya sukar nak tinggal komen di blog rakan-rakan kalau guna phone. Penat-penat taip tak lepas pun. Keluar error page. Biasanya kalau clear cache akan okey balik tapi kali ni tak! Adalah yang tak kena kat mana-mana tu.
Malas nak fikir banyak, saya sibukkan diri di bilik kraf sambil layan lagu raya. Tengah-tengah tekun pegang brush pen sambil mencemarkan alam sekitar dengan suara saya 🤣, ada notifikasi Whatsapp masuk. Nombor tak dikenali bagi salam. Saya sambung kerja dulu sambil kerling-kerling skrin dan nampak ‘Happy Reading’. Happy Reading?
Apabila buka Whatsapp dan baca betul-betul terus senyum teruja seorang diri. Nak tahu kenapa? Kita dapat kiriman hadiah Ramadan dan Syawal lah. 😊🥰
Jika tadi keadaan saya dah separa murung, muka muram mengalahkan langit mendung, tiba-tiba terus rasa macam dunia saya indah bercahaya! Chewahhh! Kita dapat buku baru! Kalian tentu kenal siapa ‘adik blogger Kasihku Amani’ ini. Betul! Tak lain tak bukan, Dinda Sha Mohamed.
Terkejut, terharu, gembira, teruja … semua perasaan jadi berbaur. Kebetulan, saya memang sudah lama tidak berpeluang membaca karya baharu. Terus muat turun dan simpan cepat-cepat.
EVASIF
Tak sabar nak mula baca. Empat penulis dengan empat karya berbeza berkolaborasi membentuk EVASIF.
Terima kasih banyak-banyak, Sha.
Terima kasih banyak-banyak, Sha. Terima kasih untuk naskhah e-book ini, terima kasih untuk ingatan. 😘 Gembira tak terkata akak menerimanya. Bolehlah nanti baca buku ni untuk lengkapkan book challenge.
Semoga Allah sentiasa meluaskan ruang rezeki buat Sha dan keluarga, merahmati kalian dengan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan. Buku-buku yang Sha beri selama ini pun semua akak sayang dan jadikan koleksi peribadi.
Bagi yang masih belum mengenali Sha, ringankan langkah berkunjung ke Blog Kasihku Amani sekarang. Buat yang dah kenal dan dah follow, jomlah ngabuburit ke sana!
*ngabuburit (Indo) - aktiviti santai yang dilakukan sementara menunggu azan Maghrib (waktu berbuka puasa). 😁