Jumaat, November 09, 2018

Mata Ketiga - Siri Original Tonton

Mata ketiga? Mata siapa? Kalau nak tahu 'Mata Ketiga' ini mnerupakan siri baharu yang sedang ditayangkan di Tonton. Mula-mula masa came across cerita ini, rasa macam tak berminat sangat. Saya ni penakut sedikit. Hihihi. Tetapi, apabila baca giest of the story rasa tertarik pula. Lagi-lagi ini cerita SKOP Productions. Cerita seram dan mistik terbitan SKOP memang best.

Kredit
'Mata Ketiga', sebuah naskhah yang diadaptasi daripada novel, berkisar tentang lima sekawan: Faizul, lakonan Hafeez Mikail, Khalid (Mustaqim Bahadon),  Farah (Isyariana), Rafidah (Dayana Roza) dan Budin (Fimie Don) yang menuntut di universiti dalam jurusan yang berbeza. Ada yang ambil jurusan Sains Sukan, ada yang ambil Undang-undang. Walaupun berbeza fakulti, mereka suka lakukan aktiviti bersama-sama. 

Salah seorang daripada mereka, Faizul (watak utama) mempunyai kelebihan melihat makhluk-makluk dari dimensi lain. Kelebihan ini diwarisi daripada moyangnya kerana Faizul merupakan 'anak kedua dari anak kedua' dalam keluarga. Semasa mereka menyertai sebuah perkhemahan, Farah dirasuk oleh penghuni hutan setelah memetik sekuntum bunga.


Rentetan insiden itulah, Faizul mula berinteraksi dengan makhluk-makhluk alam lain menggunakan mata ketiga. Pada masa yang sama, Faizul turut dikacau gangguan-gangguan jahat yang ingin membalas dendam terhadap keluarganya. Out of curiosity, Faizul mengambil keputusan pulang ke kampung. Dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah moyangnya. Di sinilah pelbagai gangguan dan serangan menimpa Faizul dan rakan-rakan.


Setakat entri ini ditulis, 'Mata Ketiga' sudah bersiaran hingga episod 9. Menarik. Cerita pun tak meleret-leret. Setiap episod dalam setengah jam sahaja. Ada banyak lagi konflik! Dendam lama, rakan yang akan tikam belakang dan bantuan daripada pendekar lama yang berusia 150 tahun. Siapa yang gemar tonton genre sebegini, 'Mata Ketiga' patut jadi senarai wajib tonton kalian. Pelakon-pelakan lain yang terlibat dalam siri ini ialah Dato' Rahim Razali, Sabrina Ali, Radhi Khalid, A. Galak dan Shahonizam.

Selain di TONTON, boleh juga saksikan cerita ini di saluran Youtube TONTON.MY.

6 ulasan:

  1. Menarik sinopsisnya.. sha baca buku jelah.. hahaha..

    BalasPadam
  2. Akak ni tak rajin nak layan tonton tu. Tak mampu nak hadap laptop lama-lama. Ni pun dah mula berpinar biji mata.

    BalasPadam
  3. waahhh! macam best je crita ni.. nak gi tengok la

    BalasPadam
  4. Teringin nak tengok tapi tak berani sangat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.