Jumaat, 30 November 2018

Tips Merancang Parti yang Hebat

Andaikan kalian ingin menganjurkan parti atau majlis keraian, tentu mahu majlis tersebut berjalan lancar dan tinggalkan memori hebat kan? Tak susah nak merancang parti sebenarnya asalkan ada perancangan dan perlaksanaan yang betul. In fact, apabila kita rancang sendiri sesuatu majlis tu dari awal, from the scratch, kita sendiri akan rasa lebih puas hati.

Jadi, bagaimana nak jadi hos kepada sebuah parti yang hebat? Bulan lepas, saya ada tulis artikel mengenai party planning - What You Need to Throw An Awesome Party Your Guests Will Never Forget untuk terbitan Thread by Zalora. Baru sekarang sempat nak update di blog. 

Well, di bawah ini merupakan sebahagian daripada tips yang ingin saya kongsi.




1. Apa, bila, siapa dan di mana.
Langkah pertama untuk mula merancang keraian kalian ialah dengan menetapkan butiran-butiran asas.

  • Apa - apa jenis parti yang akan diadakan, bertema ataupun tidak, formal atau kasual
  • Bila - tarikh dan masa parti bakal diadakan
  • Siapa - siapa yang bakal dijemput sebagai tetamu
  • Di mana - tempat parti bakal diadakan, rumah, restoran, indoor or outdoor


Once kita dah tetapkan perkara-perkara asas ini, bolehlah maju ke langkah seterusnya.


2. Bajet
Ini penting! Kita kena tahu berapa bajet dan peruntukan yang kita ada yang boleh dibelanjakan untuk persiapan-persiapan parti. Apabila dah tahu anggaran bajet, segala perbelanjaan seperti kos makan, kos tempat, kos hiasan dan macam-macam lagi mestilah dalam range bajet yang kita ada. Tak boleh sesuka hati rangka itu ini tapi at the end of the day kita belanja lebih daripada had bajet kita.


3. Set tema
Parti bertema memang best! Lebih seronok! Suasana lebih hidup. Tidak kiralah kalian merancang untuk majlis hari lahir, sambutan anniversary atau keraian di tempat kerja, pilih dan set tema yang sesuai. Boleh pilih tema dari kombinasi corak dan warna, tema berdasarkan filem popular atau tema lain seperti Bohemian, Luau, Koboi dan Bollywood. Kemudian, jangan lupa ingatkan para tetamu supaya datang hadiri parti dengan berpakaian mengikut tema.


Seterusnya, kena pertimbangkan perkara-perkara seperti pemilihan makanan, set up tempat makan, hiasan-hiasan parti dan apa aktiviti yang bakal dilangsungkan. Jika ingin tahu lebih lanjut, jemputlah baca artikel saya di Thread by Zalora. Jika ada idea nak tambah atau pengalaman nak share, tinggalkan komen di bahagian bawah artikel berkenaan ye.


Artikel ini pun turut keluar di Thread by Zalora Hong Kong. 😃



Bersedia untuk rancang parti awesome yang seterusnya? Jika diberi pilihan untuk menetapkan tema parti, tema apa yang kalian akan pilih? Kongsi di bawah ye. Dalam masa terdekat ini, saya sedang merancang majlis untuk anak kecil dan setakat ini tema yang dipilih ialah Unicorn. Menarik tak?



5 ulasan:

  1. Setuju dengan idea Farah ni terbaik..buat yang terdaya

    BalasPadam
  2. Dulu ada gak rancang nak buat event planner tapi tak ada job pun. Bila dah jual segala peralatan ramai lak tanya buat lagi tak. Sedih sangat...

    BalasPadam
  3. dr dulu lg sy teringin nk jd sebahagian drpd event planner...so sy tgk dr zero kpd yg WOW!

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang baik. sekarang banyak yang suka buat parti mengikut tema tertentu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...