Khamis, Mei 08, 2014

Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.

Sekadar perkongsian ringkas buat hari ini. Untuk mengingatkan diri saya juga. Lazimnya, apabila kalian dipuji, apa reaksi pertama kalian? Apa pula tindak balas atau respons kalian terhadap pujian tersebut? 

Common courtesy - kita akan cakap terima kasih, bukan? Tetapi, cukupkah sekadar itu? Ya, mungkin cukup untuk orang yang memuji kita. Untuk diri kita sendiri?

Islam benar-benar sempurna dan cukup indah sehinggakan situaasi kita dipuji pun ada adab dan amalan baik yang wajar kita praktikkan. Yalah, orang puji kualiti yang baik pada kita. Kualiti berkenaan datang dari siapa? Ada baiknya dalam situasi begini, kita tidak terus 'kembang hidung' sebaliknya guna kesempatan yang ada untuk mengingati Sang Pencipta.

Bilamana kita mendapat pujian daripada orang lain atau apabila kita dilimpahi dengan kesenangan dan kebahagiaan, jangan lupa untuk lafazkan:


Hadza min fadhli rabbi

Terjemahan: Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.


Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku. Apa yang baik pada diri kita memang datang daripada-Nya. Jadi, tidak salah untuk kita bersyukur dan mengingatkan diri dari semasa ke semasa. 


Rabu, Mei 07, 2014

Ayat Amalan untuk Pesakit Darah Tinggi

Potongan ayat di bawah ini wajar diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Insya-Allah dapat mengelak daripada pengsan secara tiba-tiba apabila tekanan darah menjadi tidak terkawal. Letakkan tapak tangan pada dada dan baca setiap kali selepas usai solat.

Surah An-Nisa’, potongan ayat 164


Terjemahan:  Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).


*Ilmu yang dikongsi oleh Ustaz Sharhan melalui salah satu ceramahnya di TV9.