Isnin, 13 Februari 2012

Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi!

Hari ini aku layan 'monday blues' (walaupun aku tak layak nak rasa blues langsung sebab bukannya kena pergi kerja pun!) sambil tengok Bott kemas rumah. Tiba-tiba Bott panggil aku.

"Cepat, Far! Orang yang biasa tu datang!"

Aku pun bergegas ke 'sliding door' depan rumah. Mujurlah kaca 'sliding door' tu jenis 'tinted ' - nampak dari dalam tak nampak dari luar'. Berjedalah kami berdua di depan 'sliding door' tu sambil memerhatikan tingkah laku 'orang biasa' di luar rumah.

Kalian mesti nak tahu kan...siapa 'orang biasa' yang Bott maksudkan. Apa pula yang dia buat di luar rumah kitorang? Kenapa pula tingkah lakunya menarik perhatian kami?



Inilah 'orang biasa' yang kami maksudkan. Aku tidak kenal dengan mereka tetapi aku dan keluarga kerap nampak lelaki ini (kadangkala bersama dengan isterinya) dan anak-anak datang memunggah sampah di luar rumah dan mengambil barang-barang yang boleh mereka ambil (mungkin untuk kitar semula, dijual atau digunakan semula).

Pada mulanya, aku rasa ingin marah kerana bimbang mereka akan sepahkan sampah-sampah tu. Tetapi setelah beberapa ketika aku memerhati, marahku bertukar jadi kasihan. Kebiasaannya mereka akan rasa-rasa dulu bahagian luar plastik sampah. Bila mereka andaikan ada barang yang boleh diambil, barulah plastik sampah dibuka dan 'isi-isinya' diteroka. Setelah mengambil dan mengasingkan sampah-sampah tertentu, mereka akan ikat semula plastik sampah tu kemas-kemas.

Hari ini, si ayah datang setelah mengambil dua orang anaknya dari sekolah. Bayangkan dengan pakaian seragam sekolah, di bawah terik matahari kedua-dua anaknya turut sama menyelongkar plastik sampah besar di hadapan rumah kami! Ada beberapa perkara yang menyentuh hati aku:

  • Si adik terjumpa pen-pen lama yang aku buang semasa kemas bilik arwah nenek. Segera pen-pen itu dicoret ke tangan - ingin pastikan masih ada dakwat atau tidak. Apabila ada yang memuaskan hatinya, pen-pen itu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
  • Si abang pula tidak selfish. Ayah jumpa beberapa sapu tangan lama dan berikan kepada abang. Abang dengan baik hati membahagi-bahagikan sapu tangan antara mereka dua beradik.
  • Ketika sedang sibuk menyelongkar sampah, lalulah sebuah van yang membawa murid-murid. Dalam van tu ada murid yang mengenali mereka dan sibuk melambai pada mereka berdua. Ada juga 'anak-anak tak cukup ajar' yang 'boo' budak-budak ni, mengejek dengan nama-nama sampah dan macam-macam lagi. Apa reaksi adik-beradik ni? Mereka lambai balik pada kawan-kawan dan kemudian sambung balik mengasingkan sampah-sampah. Ya Allah, kalau aku dah 'terkundat' dan muncung bibir dah kena ejek! Silap-silap aku jalan setapak...setapak...tahu-tahu dah sampai dekat bus-stop sebelah rumah pulak! Mungkin anak-anak ini sudah lali diperlakukan sedemikian.


Aku pernah dengar orang kata 'one man's trash is another man's treasure'...tapi tidaklah dalam erti kata begini :(  Entri ni aku tulis bukan untuk merendahkan atau memalukan sesiapa. Ini pengajaran untuk kita semua. Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi! Ada ramai lagi orang yang susah daripada kita.

Sabtu, 11 Februari 2012

Donut Mini Bercoklat


Sekadar siaran untuk jamu mata. Donut kecil-kecil tapi gebu ni aku buat untuk ibu minggu lepas. Ibu mahu sedekah dan beri jemaah masjid makan. Asalnya nak buat donut biasa bersaiz mini,...senang nak masuk mulut heheh. Lagipun comel-comel, berselera sikit orang makan. Last minute baru decide nak buat donut coklat. Kebetulan coklat masakan dan coklat urai ada dalam stok. Apalagi,...berlakulah 'donut upgrade'. Aku sengih sorang-sorang bila dah siap buat. Super comellll!

Terukir di Bintang - Yuna

This piece from Yuna is an 'ear-catcher'. Walaupun pada mulanya aku hanya dengar sebahagian sahaja (untuk promo iklan pakej Astro), aku terus rasa tertarik untuk dengar dan dengar lagi. 'Terukir di Bintang' ni juga merupakan judul album Yuna yang terbaru.


Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Lempeng Jagung aka Creamy Corn Pancakes

Dah lama sebenarnya teringin nak makan lempeng jagung ni. Aku memang suka sangat apa-apa hidangan yang ada jagung. Suka pada rasanya yang lemak manis. Tetapi untuk resepi kali ni, aku guna krim jagung dalam tin saja.

Resepi Lempeng Jagung @ Creamy Corn Pancakes

Bahan-bahannya:
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu garam
  • 50 gm gula kastor
  • 2 butir telur gred A
  • 250 ml susu
  • 3/4 cawan krim jagung (jika gunakan jagung biasa, tambahkan sedikit sukatan gula)
  • sedikit minyak zaitun/minyak jagung/minyak canola (untuk menggoreng lempeng)

Cara-caranya:
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan gula, telur dan susu ke dalam adunan tepung dan bancuh hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan krim jagung dan kacau sedikit.
  4. Rehatkan adunan seketika dalam 20 - 30 minit.
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali.
  6. Balikkan lempeng dan goreng sehingga warnanya sedikit keperangan.
  7. Hidangkan dengan madu dan mentega, jem buah-buahan atau sirap untuk pancake.

My share :) Aku suka makan begitu sahaja dengan secangkir kopi O panas.

Rabu, 1 Februari 2012

All you can do is...

Sometimes all you can do is not think, not wonder, not imagine, not obsess. Just breathe and have a faith that everything will work out for the best.

Betul kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...