728 x 90

Khamis, 24 Ogos 2017

Another Card in A Box

Assalamu'alaikum. Fuhhh! Lama betul tak bersiaran. Mujurlah ingat lagi 'jalan pulang' nak kembali ke tower. Hari ini entri berkenaan card making. Kad kotak a.k.a card in a box. Sebelum ini saya pernah buat beberapa card in a box (atau ada yang panggil boxcard). Contohnya di sini. Kad yang di bawah ini pun jenis yang sama. Tak silap saya, saya buat sebelum raya. Nak dekat raya haji baru sempat nak buat entri!

Card in a box - Hey There
Apa yang istimewa tentang kad ini ialah bentuk 3 dimensinya. Tidaklah flat sahaja seperti kad biasa. Basically, card in a box ni ala-ala bouquet of flowers la. Kita susun hiasan (embellishments) dalam the so-called box. Nampak meriahlah hiasan-hiasan tu as if 'tersembul' keluar dari dalam kotak.


Untuk buat card in a box, tidaklah sesukar mana. Apa yang penting, kita set tema dulu dan ada hiasan yang sesuai. Misalnya, kalau nak buat kad hari lahir, boleh guna hiasan belon, hadiah, kek dan confetti. Kalau nak tema bunga, letaklah pelbagai jenis hiasan bunga. Kalian boleh guna die-cuts embellishments (boleh dicari di kedai jual peralatan kraf, art supply store, kedai buku seperti POPULAR dan Mr. DIY/DAISO) atau print gambar ikut kesukaan masing-masing. Sekarang ini, semua mudah. Cari je di Pinterest. Banyak gambar dan templates yang cantik-cantik.

Kebiasaannya, apabila nak buat kad ini, saya suka guna  die-cuts embellishments yang ada dalam koleksi. Die-cuts embellishments selalunya dijual dalam pek ikut tema. Contohnya bunga-bungaan, graduation, tags, party. So, tak pening kepala nak mix and match hiasannya. Dah nama pun satu tema kan,.. senanglah. Ton warna, corak dan hiasan-hiasannya saling padan dan melengkapi. Jadi, saya hanya pilih satu tema dan susun-susun dalam box.

Macam kad Just Because yang saya buat ini, I chose flowers, birds and butterflies dari pek embellisments yang sama.

Susah Nak Pos?!

Ramai yang bertanggapan kad ini tak praktikal untuk dikirim pada someone special sebab bentuk kotaknya. Nanti kemek, terlipat, susah nak pos,..bla..bla...bla... Tidakkkkk. Kad ini boleh dilipat leper dan dikirim seperti surat/kad biasa. Tengok gambar di bawah ini.

Masukkan je dalam sampul :)

OK, insya-Allah jika ada masa, saya akan buat tutorial untuk kad kotak ini. Tetapi, rasanya tidak dalam masa terdekat sebab sekarang sibuk uruskan kerja lain. Sementara itu kalau nak idea untuk buat kad boleh klik tab Dari Bilik Kraf dn DIY.

26 ulasan:

  1. Sangat-sangat cantik! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Dapat die cuts cantik2 begini memang senang kerja dibuatnya :)

      Padam
  2. Kreatifnya.. Saya suka sangat baca entry2 art and craft farrah... Tapi untuk sy nak buat tu, blm lagi lah buat masa ni, cuma hanya mampu dptkan idea dulu.hehe

    BalasPadam
  3. memang unik kad macam ni..tapi nak membuatnya perlu kesabaran jugak lah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sementara nak biasakan diri tu sabar kena berlapis lapis hehehe

      Padam
  4. comeinya la haiiii.. tolonglah ada sifat kreatif ni sikit.. teringin ja nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh kita buat sama-sama jom! Boleh tu,...

      Padam
  5. Hai Kak Farrah !! lama bebeno MZ tak singgah.. hopefully Kak Farrah dalam keadaan sihat2 hendaknyaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi MZ!!!! Thanks sebab singgah. Alhamdulillah, sihat seadanya. Akak pun minta maaf sebab lama dah tak jengah MZ. Insya Allah nanti akak datang jenguk ye.

      Padam
  6. Kalau dah kreatif, semua benda boleh buat, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai,..takdelah kreatif mana, Cik Azz. Potong2 tampal2 je :)

      Padam
  7. Die-cuts LZ guna untuk decor cover planner atau scrapbooking.. LZ tak pandai buat cards..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih saya tak pandai hias planner :)

      Padam
  8. kreatif tak pernah tak lawaa.. kena ada minat bru menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ninaaaaaa! Rindu kat Nina. Nway, thanks, dik!

      Padam
  9. ms g bangkok, sy jumpa ramai jual kad mcm ni tp syg diorg x buat secara live. kalu ada sure sy dah amik video. tp serius mmg lawa2 kad dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya, Anies. Diorang jual kat craft market eh?

      Padam
  10. cantik dan menariknya.. bila nak mai balik mood rajin dan kreatif nih..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...