NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Selasa, 22 Mei 2018

Ramadhan yang Lebih Baik



Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah! Berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Allah izinkan kita untuk kejar ganjaran besar bulan hebat ini. Rasanya, belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah-ibadah Ramadhan. Maaf, baru hari ini sempat buka blog.

Harapan saya, mudah-mudahan kita semua dapat peluang untuk manfaatkan bulan ini sebaik-baiknya,
Ampun maaf andai ada salah silap, salah perilaku, tindakan atau kata-kata saya terhadap kalian. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk menempuh Ramadhan, menunaikan ibadat bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jadual saya sepanjang bulan Ramadhan lapang sedikit. Dapatlah luangkan lebih masa di rumah. Tahun ini, saya pasang misi untuk cuba masak masakan dan hidangan sihat (less oily, less fat and less salty) untuk bersahur dan berbuka puasa. Then, kalau boleh nak masak sendiri di rumah, kurangkan pembelian di kedai atau pasar Ramadhan. Moga-moga mampulah capai misi heheheh. Setakat puasa ke-5 ni, alhamdulillah,..berjaya melaksanakan misi. 😃


Jangan lupa amalkan doa harian Ramadhan ye.


Image Credits to: iluvislam.com

Di bawah ini pula, checklist Ramadhan yang telah saya gunakan sejak beberapa tahun lepas. I found it very useful. 




Oh ye, bagi sesiapa yang ada target untuk tampil lebih langsing dan fit semasa lebaran nanti, jemput baca artikel saya di Thread Zalora. Saya ada kongsikan 5 senaman mudah yang boleh dilakukan dari sekarang di rumah, (tanpa perlu sebarang alatan tambahan) agar dapat peroleh bentuk tubuh yang lebih baik. Selamat membaca dan selamat bersenam ye!


13 ulasan:

  1. Salam Ramadan.. Selamat berpuasa sis..

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa, kak Farrah :)

    BalasPadam
  3. InsyaAllah.. doakan sy juga. moga Ramadhan kali ni lebih baik dan dpt rebut byk peluang sama2

    BalasPadam
  4. selamat berpuasa Farrah dan jaga kesihatan... tahun ni mrs pip off dulu dr berpuasa since tengah preggy dan kesihatan agak terjejas ...

    BalasPadam
  5. salam ramadan akk manisss ;-)

    BalasPadam
  6. salam ramadan
    semoga segalanya dipermudahkan sepanjang Ramadan ini

    BalasPadam
  7. salam ramadhan kak farah :)

    BalasPadam
  8. tak lama dh nk puasa kan... selamat berpuasa

    BalasPadam
  9. Tak lama dah nak raya.. Maaf baru singgah blog kak farah

    BalasPadam
  10. dah nak habis Ramadhan da kak pejam celik. tahun ni rasa lajunyaa..

    BalasPadam
  11. Jengah balik entri ni dah nak raya dah....Selamat menunaikan hari-hari akhir Ramadan. Selamat Meraikan Kemenangan. Salam Syawal daripada saya. Maaf Zahir dan Batin.

    BalasPadam
  12. moga kita dipanjangkan umur dan dpt bertemu Ramadhan lagi. aminnn...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...