Rabu, September 03, 2014

Stressed is DESSERTS Spells Backwards


Dapat tea towel daripada Uje & Dhila a few months back. Lama saya simpan sebab sayang nak guna. Cantik sangat! Too fancy nak jadi tea towel :)

Yang warna merah jambu pekat tu printed 'Stressed is Desserts Spells Backwards'. Oohhh, love it! Boleh jadi alasan yang kukuh untuk selongkar desserts dari dalam peti ais. Hehehe,...agak-agak nak rasa 'guilty', it's OK,... stressed and desserts goes well together ;)

Saya ingat saya nak framekan dan buat sebagai poster hiasan di dapur. Daripada tersimpan dalam almari begitu sahaja. Silap-silap reput kain tu! Tapi, kena survey dululah sama ada boleh beli frame gambar besar yang ready-made di pasaran atau kena hantar pergi kedai bingkai. Agak-agaknya ada tak bingkai yang boleh fit tea towel ni?


Selasa, September 02, 2014

Blogwalking & GA

Seronok tengok rakan-rakan blogger yang aktif anjurkan & sertai pelbagai GA & segmen. Macam-macam! Kreatif sungguh mereka ni ye! Hadiah pun tak kurang hebatnya. Kalau ikutkan hati, memang nak join semua. Seronok apa! Tapi, kudrat tak mengizinkan. Belakangan ini sibuk sikit. Update entri baru pun mostly pakai iPad. Kalau nak masuk GA, nak copy banner + backlink,...saya lebih selesa guna laptop. Pakai iPad jenuh!

Anjurkan GA? Hmmm, Shikin pernah suggest pada saya perkara ni, tapi tulah....faktor kekangan masa + tak confident lagi heheheh ngada-ngada kan?! Tapi, hadiah (seandainya saya nak adakan GA dah banyak dah saya simpan. ) Tunggulah, ada rezeki dan kelapangan hujung tahun ni try buat satu :) Lagipun, misi saya nak letak widget 'Top Commentators' dan update bloglist di blog ni tak terlaksana lagi. Asyik tangguh dari hari ke hari.

Berkenaan blogwalking pula,... sekarang ni saya terpaksa curi masa untuk ziarah kawan-kawan. Bukan apa, masuk bulan September, saya menerima mandat untuk edit sebuah manuskrip yang tebalnya lebih kurang 600 muka surat! Memang sebahagian besar masa kerja saya akan diperuntukkan pada manuskrip berkenaan. Dah berpinar-pinar baca ayat orang, kemungkinan besar allignment nak buat ayat sendiri pun lari hehehe. Jangan risau. Jangan ingat saya lupa pada kalian pula. Insya Allah, akan datang bertandang apabila ada kesempatan.

OK, sehingga jumpa lagi! Tata titi Tutu!
Have a colourful day!