Khamis, Februari 15, 2024

Buat Kerongsang Resin untuk Free Market

Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Sekejap betul masa berlalu sekarang ini. Tahu-tahu, dah nak dekat hujung minggu semula.

Hari ini saya hendak cerita tentang kerongsang mini yang saya buat untuk acara free market sebuah sekolah hujung tahun lepas. Adik ipar saya dan keluarganya antara yang terlibat dengan aktiviti ini. Jadi, saya pun ‘sibuk’ sama menyelit nak sediakan sesuatu untuk meriahkan suasana. 😂

Puas juga fikir mahu beri apa. Pelajar-pelajarnya semua perempuan. Fikir punya fikir punya fikir… saya putuskan untuk buat kerongsang resin. Kerongsang mini atau yang biasa orang panggil baby brooch tu.


Kerongsang DIY saya 😊

Kuih Bom Bijan Inti Kentang

Ada yang panggil kuih bom...  kuih bijan… kuih bom bijan. Ada juga yang panggil onde-onde manis. Apapun namanya, kuih ini memang antara kuih tradisional kegemaran saya. Saya paling suka bahagian kulit luarnya. Inti tidak kisah inti apa… inti kelapa manis ke… kacang hijau ke… janji kulit luar tu best

Pernah masa musim PKP dulu, walaupun bahan serba tak cukup saya buat juga kuih bom bijan ini semata-mata hendak menikmati kulitnya. Itu yang jadi kuih bom mentega kacang tanpa salutan bijan tu. Janji lepas craving kulit kuih bom sudah. 😂

Kali ini saya buat kuih bom inti kentang. Memang ada sesetengah adunan kuih donat dan kuih bom menggunakan kentang yang telah dilenyek untuk mendapatkan tekstur kulit yang lebih lembut. Tetapi, kuih bom yang saya buat ini tidak guna kentang untuk doh kulit sebaliknya kentang dijadikan sebagai inti.


Kuih bom sedia untuk digoreng.

Kord Gitar Sinar Sunyi - Hariz Fayahet | OST Menanti Senja

Semasa mula-mula dengar lagu Sinar Sunyi nyanyian Hariz Fayahet ini, macam tak menangkap sangat. Tetapi, apabila setiap kali tonton drama Menanti Senja dengar lagu ini, rasa macam okey pula. Kerap jugalah dalam tak sedar saya hum lagu ni. 😆

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Sinar Sunyi - Hariz Fayahet | OST Drama Menanti Senja (TV3)