728 x 90

Selasa, 29 Disember 2009

Salad Cili Hijau Tumis Mudah

Semalam Chucky excited cerita dekat aku yang pokok cili hijau rumah jiran sebelah dah membuahkan hasil. Mewah jugak! Aku punyalah seronok pergi tengok cili 'life' dekat pokok. Aku suka kalau tengok rumah yang ada tanam daun kari, serai, lengkuas, cili dan macam-macamlah. Senang bila nak masak! Lagi seronok kalau ada tanam herba sedikit sebanyak!

Aku selalu main tunjuk dan beli dekat pasaraya je. Nama nak tanam sendiri, manalah area rumah aku tu ada tanah. Lagipun, belum tentu lagi aku ni 'green fingers'. Secara automatik, minat nak tanam-tanam ni luput begitu sahaja. Borak-borak masa makan dengan nenek, nenek beritahu yang pokok cili hijau tu pokok nenek. Yelah, duduk kat kampung ni mana pakai pagar-pagar. Bila pokok tu dah dekat sempadan antara rumah nenek dengan jiran sebelah, kitorang buat 'jangkaan selamat' yang pokok tu bukan nenek punya.

Dah tahu pokok tu nenek punya, apa lagi! Tak payah tunggu lama, aku dan Chucky pergi petik cili-cili yang dah masak. Aku memang suka cili hijau. Selalu kalau buat ayam goreng kunyit atau ikan goreng, aku akan potong cili hijau dan tumis dengan bawang yang dah dipotong bulat-bulat. Hidangkan sekali dengan ayam goreng kunyit. Buat lauk masak taucu atau masukkan hirisannya dalam sandwich pun sedap!


Kat bawah ni ada 1 resepi simple yang aku biasa buat.

Salad Cili Hijau Tumis Mudah

  • Cili Hijau secukupnya (10-12 batang)
  • Lobak merah (dipotong halus-halus memanjang)
  • 2 sudu minyak zaitun atau kalau nak ubah citarasa boleh letak minyak bijan
  • Garam
  • Lada hitam
  • 3/4 ulas bawang putih
Cara-caranya:
  1. Mula-mula cili hijau tu dipotong serong. Keluarkan biji cili.
  2. Kemudian, panaskan minyak, tumis bawang putih yang dicincang halus.
  3. Masukkan cili hijau tadi dan tumis seketika sebelum masukkan lobak merah.
  4. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
Senang je kan? Sedaaaappppp! Selamat mencuba!

1 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...