728 x 90

Isnin, 31 Oktober 2011

Once Upon A Time [2011]

Siapa yang tidak suka pada dunia 'fairy tales'? Semua berakhir dengan 'happily ever after'. Well, tidak dalam 'Once Upon A Time'. TV Show terbaru terbitan ABC lakonan Ginnifer Goodwin, Jennifer Morrison dan Jared Gilmore ini. Dalam siri baru ini, kita tetap akan disajikan dengan watak-watak dongeng yang kita 'familiar' sejak dulu, cuma dengan pelbagai twists here and there.

Once Upon A Time - Mula ditayangkan pada 23 Oktober 2011


Once Upon A Time mengisahkan tentang Emma Swan yang ketika menyambut hari lahirnya yang ke-28, didatangi oleh Henry (seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun). Henry mendakwa bahawa Emma merupakan ibu sebenarnya yang menyerahkan Henry for adoption 10 tahun lepas.

Henry mengajak Emma pulang ke Storybrooke, bandar kecil di mana dia tinggal bersama ibu angkatnya, seorang mayor. Henry turut membawa sebuah buku cerita dongeng dan memberitahu bahawa semua penduduk di Storybrooke adalah watak-watak dari cerita dongeng tersebut yang terperangkap di dunia nyata. Malangnya apabila terperangkap di bumi, tiada seorang pun yang tahu apa yang berlaku. Mereka seolah-olah menjalani kehidupan baru dan masa silam mereka semuanya kabur.

Bayangkan Snow White dihantar ke bumi dan menjadi seorang guru di Storybrooke? Dan ibu angkat Henry adalah si Evil Queen yang bencikan Snow White.

Bagaimana Emma menerima semua ini? Percayakah Emma pada omelan-omelan Henry? Adakah Emma akan tinggal di Strorybrooke bersama Henry lebih-lebih lagi bila Henry memaklumkan hanya Emma yang mampu membetulkan keadaan? Siapa Emma sebenarnya?

Yang pasti ini bukan cerita dongeng biasa. Jalan ceritanya agak berat tetapi sangat menarik. Kita akan didedahkan dengan dua jenis penceritaan (1) dunia nyata di Storybrooke dan (2) scenes dari buku cerita dongeng yang dibaca oleh Henry. Sedikit sebanyak kita akan dapat 'join the dots' dan rungkaikan siapa dan apa peranan Emma dalam cerita ini.

Klik sini untuk rating tv show ini di IMDb.

Isnin yang Blues

3 hari lepas main badminton dengan Dah.
Kebetulan masa tu hujan gerimis, tapi terus gak main.

2 hari lepas pergi jalan-jalan kat Kota Damansara.
Masa tu matahari tegak betul-betul atas kepala.
Aku tak peduli pun nak hydratekan badan dengan minum air.
Excited shoppingla kononnya.

Semalam lepas Asar, join neighbour bawa anak-anak piknik dan main layang-layang.
Pergi lepas Asar, cuaca masih panas. Kepala dah mula pening-pening.
Badan dah start seram sejuk.

Hari ni, demam panas!
Terpaksa duduk 'mengeram' je atas katil dan rehat.

Isk..isk...antibodi lemah mengalahkan budak kecil.

Huarghhhhhhh! I want my MOMMY!!!

Ahad, 30 Oktober 2011

Mahu Lempeng Pisang!!!

Entah kenapa, tiba-tiba pulak teringan nak makan lempeng pisang atau apam pisang macam dalam gambar kat bawah ni. Kecur air liur dibuatnya!


Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu

First time dengar lagu ni berkumandang, aku terus berhenti bercakap! Rasanya siap angkat tangan mohon teman-teman turut berdiam supaya aku dapat concentrate dengar lagu ni. Aku suka lagu ni sebab si penyanyi mengalunkan lagu ni secara bersahaja. Sedap je telinga dengar :)

Lirik Lagu Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Nak dengar lagu ni? Pandai-pandailah korang google atau search dekat youtube, k.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Stress? Tertekan? Baca doa ini.

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Ahad! Selamat berhujung minggu :)

Pagi tadi lepas Subuh, aku belek-belek buku doa - Doa & Zikir Harian oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Terbitan Telaga Biru). Nak buat breakfast awal lagi. So, bacalah buku sikit buat tambah ilmu. Satu ayat pun jadilah hehehe.


Banyak doa mudah yang boleh dipraktikkan dalam buku ni. Yang menariknya, buku ni bersaiz kecil, jadi mudahlah nak dibawa ke mana-mana. As usual, dari segi persembahan, buku-buku terbitan Telaga Biru memang menarik! Sesuai dijadikan koleksi persendirian atau untuk perpustakaan keluarga.

Hari ni, aku nak kongsi satu doa untuk bantu kita atasi tekanan atau stress. Dunia hari ini, perkara remeh-temeh pun boleh buat kita tertekan, kan? Jangan stress! Tak elok untuk kesihatan. Baca dan amalkanlah doa kat bawah ini.

*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Lihat juga entri mengenai Ensiklopedia Solat dan 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cara Mudah untuk Buang Toksin dalam Badan

Hmmm...hari ni saya nak kongsi cara mudah untuk buang toksin dalam badan kita. Bahan yang diperlukan pun senang sangat nak cari = LIMAU NIPIS. Unsur 'pectin' yang ada dalam limau nipis ni boleh bantu hilangkan kandungan toksin dan racun-racun lain dalam tubuh.

Caranya?

  • Masukkan perahan sebiji air limau nipis ke dalam segelas air masak dan minum. Jangan letak gula pula.
  • Susuli dengan segelas air masak biasa setiap satu jam yang berikutnya.
Cuba amalkan setiap pagi.

Selain daripada menyingkirkan toksin, amalan minum air limau ni setiap hari dapat bantu meningkatkan daya tahan tubuh. Maklumlah, kandungan Vitamin C dalam buah ni tinggi. Cubalah!

Khamis, 27 Oktober 2011

Sambal Ikan Bilis Kering

Pagi ni mari jamu mata dengan semangkuk sambal ikan bilis kering. Ini antara lauk kesukaan aku nih. Dulu time-time belajar & duduk asrama, suka bawak bekal banyak-banyak dari rumah. Time lapar, makan dengan roti. Syokkkkk!


Nak resepi? Check entri aku yang sebelum ni Sambal Tempe Kering. Tukar-tukar je bahannya ikut citarasa kalian :)

Kek Oren Cacamarba

Aku dengan ibu memang suka sangat makan kek oren. So, lepas beberapa kali kami saling mengomel teringin nak makan kek oren, aku buatlah juga hari Rabu minggu lepas. Masalahnya, masa tengah sibuk mengadun kek, masa tu lah aku dapat panggilan penting. Sambil usik tepung, pukul telur, sambil tu jugalah aku ke bilik kerja semak fail, semak dokumen. Kerja tak boleh kata tidak. Kek pun kena siap jugak heheheh.

Akhirnya, masak sudah kek aku. Dari segi rasa, Alhamdulillah sedap. Cuma teksturnya tak berapa cantik. Dah tu, sebab tak sabar nak makan. Panas-panas aku dah potong. Bungkus terus masuk Tupperware. Ibu dapat boleh terus ngappp!

Sempat snap gambar kek sebelum kena bungkus.
  
Kek ni aku panggil Kek Oren Cacamarba sebab ada pelbagai unsur dalam kek ni. Selain gunakan buah oren, aku masukkan juga madu dan badam cincang. Tambah pula dengan unsur kelam-kabut masa tengah buat kek heheheh memang cacamarba lah. Insya Allah, resepinya aku akan update kemudian :)

Selasa, 25 Oktober 2011

Salad oh Salad

Happy Tuesday! Aku belum lunch lagi. Tapi kan...hari ni rasa macam teringin sangat nak makan salad. Bukan daun salad je tau. Maksud aku, aku nak makan salad yang proper. Yang ada macam-macam dalam satu mangkuk! Oh, sedapnya! Saat ni kat kepala terbayang...

(1) Salad Aunty Fida buat masa aku ziarah dia last month. Bayangkan 1 mangkuk besar aunty hidang pada aku, Dah & Angah! Puas kitorang makan.


(2) Sicilian Chicken Salad yang aku makan dekat Italiannies. Sedap sangat!!! Daun salad yang segar crunchy, chicken slices, red grapes, mango slices, pine nuts dengan lemony dressing. Fuhhhh!

I want salad for lunch. Nak buat malas! So, let's hunt around looking for the best salad in town!

Isnin, 17 Oktober 2011

Onde-onde @ Buah Melaka

Dalam banyak-banyak kuih tradisional, aku rasa inilah kuih yang paling senang nak buat! Sedap pun sedap.


Ini resepinya. Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g tepung pulut
  • 125g tepung gandum
  • jus pandan secukupnya (ambil daun pandan dan blender untuk dapatkan jus dan warna hijau yang cantik) - kalau tak ada daun pandan boleh guna pewarna hijau atau kuning (ikut citarasa)
  • gula melaka - parut atau potong dengan pisau biar jadi cebisan kecil
  • kelapa parut - ambil yang putih sahaja (gaulkan dengan sedikit garam dan kukus dengan sehelai daun pandan - supaya kelapanya tak cepat rosak)

Cara-cara:
  1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekit di tangan dan boleh digentel.
  2. Ambil sedikit adunan dan leperkan. Masukkan cebisan gula melaka di tengah-tengahnya dan tutup semula. Bulat-bulatkan.
  3. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola pulut yang siap digentel. Tunggu hingga bebola timbul di permukaan air. Angkat dan toskan sebentar.
  4. Golekkan kuih di atas kelapa parut. Sedia untuk dihidang!

Sambal Tempe Kering

Resepi sambal ni senang dan ringkas. Cuma nak keringkan sambal tu la makan masa sikit.

Bahan-bahan:
  • Kacang Tanah
  • Suun
  • Tempe
[Bahan-bahan kat atas ni ikut suka nak guna banyak mana - digoreng, kemudian ketepikan. Tempe dipotong nipis-nipis dan goreng lama sedikit sehingga garing.]

  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 4 - 6 sudu besar cili giling
  • Sedikit belacan (tak guna pun - 1 isi rumah allergic belacan)
  • Air asam jawa
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara:
  1.  Blender bawang merah dan putih. Panaskan minyak dan tumis kedua-duanya sekali.
  2. Masukkan cili giling. Tumis sehingga cili masak. Masukkan air asam jawa dan belacan. Perisakan dengan garam dan gula.
  3. Biarkan hingga sambal kering.
  4. Apabila sambal dah kering, biarkan sejuk. Kemudian barulah digaulkan dengan kacang, suun dan tempe yang dah digoreng tadi.

Sedap makan dengan nasi panas! Ratah macam tu pun okay...makan dengan roti pun boleh :) Sambal ni tahan lama sebab jenis kering. So, bolehlah buat sekali banyak-banyak dan simpan.


Sabtu, 15 Oktober 2011

Kreatif Menipu!


Alim nak minta duit




Aduhai! Sekarang ni macam-macam taktik orang buat nak tipu orang. Kiranya bukan main kreatif lagi bergeliga otak diorang ni berjalan semata-mata untuk dapat keuntungan dengan guna jalan mudah. Kalau setakat gores & menang, bawa fail kononnya wakili pertubuhan amal atau gunakan budak-budak untuk minta derma ikhlas dah season dah...penipu-penipu sekarang pun pandai 'shift paradigm'.

Baru-baru ni aku baca, ada yang menyamar jadi muallaf, jadi orang alim dan pergi ke surau/masjid untuk tagih simpati jemaah di sana. Dahsyat betul keupayaan minda diorang nih! Boleh pula terjangkau dek akal diorang ni untuk menyamar jadi saudara baru semata-mata untuk perdaya orang, kan? Kalaulah kebijaksaan dan 'kegeligaan' tu digunakan untuk sesuatu yang positif, tentu masyarakat kita akan lebih maju.

Nak baca lebih lanjut? Klik sini. Kalian nilaikan sendiri :)

Selasa, 11 Oktober 2011

Tahap Kesihatan Merudum

Dua tiga hari ni, aku kurang sihat. Setelah sekian lama tak kena asthma attack, penyakit ku ini datang menjengah bertanya khabar. Datang berkembar dengan batuk pulak tu. Hehehe mujurlah tak perlu sampai ke hospital untuk dapatkan rawatan. Di samping itu, faktor cuaca yang panas dan kering + habit aku yang makan tak mahu berpantang = ruam-ruam manja (rashes) dek kerana allergic pun datang sama!

Rimasnya!! Dahla bila kena panas ruam-ruam tu jadi gatal. Mulalah jari-jemari ni laju je nak menggaru! Bila dah rimas ni bedak puteri naga ke,... Calamine lotion ke,... semuanya jadi macam dah hilang fungsi. Yelah, otak dah mula serabut (baru Allah uji dengan penyakit sebesar hama - dah mula serabut heheheh)

So, dua tiga hari ni, aku dah macam kuda kena suntik ubat penenang. Semua ubat yang aku makan buat aku pejam mata almost sepanjang hari :) Nampak gayanya, selagi tahap kesihatan aku belum pulih, selagi itulah aku terpaksa declare hari tu hari Ahad - so boleh terus pejam mata dan rehat!

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bacaan Sebelum Masuk ke Rumah untuk Hindari Gangguan Syaitan

Salam Sabtu! Moga hari ini semunya berjalan lancar. Yang rehat dapat rehat. Yang kerja dapat laksanakan kerja hingga langsai. Yang jalan-jalan selamat perjalanan pergi baliknya.

Di bawah ni ada ayat yang boleh kita baca sebelum masuk ke rumah. Yelah, kadang-kadang balik kerja lewat malam atau pergi jalan-jalan merata tempat, bimbang juga jika 'terbawa' balik apa-apa yang bukan-bukan. Bacalah ayat ini, Insya Allah tidaklah ada syaitan yang ikut masuk ke rumah. Dengan izin-Nya juga, akan terhindarlah kita daripada sebarang gangguan syaitan.



 
Terjemahan: Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya
[Surah At-Tariq: Ayat 4]

Jumaat, 7 Oktober 2011

Selawat Syifa'

Salam Hari Jumaat! Semoga hari ini penuh dengan keberkatan untuk kita semua.

Hari ni aku nak kongsi tentang Selawat Syifa'. Selawat ini elok dibaca dan diamalkan ketika kita sakit atau kurang sihat. Lebih baik jika selawat ini dihafal dan dijadikan amalan harian.


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Be Careful of What You Plant

If you plant honesty, you will reap trust.
If you plant goodness, you will reap friends.
If you plant humility, you will reap greatness.
If you plant perseverance, you will reap victory.
If you plant consideration, you will reap harmony.
If you plant hard work, you will reap success.
If you plant forgiveness, you will reap reconciliation.
If you plant openness, you will reap intimacy.
If you plant patience, you will reap improvements.
If you plant faith, you will reap miracles.

But

If you plant dishonesty, you will reap distrust.
If you plant selfishness, you will reap loneliness.
If you plant pride, you will reap destruction.
If you plant envy, you will reap trouble.
If you plant laziness, you will reap stagnation.
If you plant bitterness, you will reap isolation.
If you plant greed, you will reap loss.
If you plant gossip, you will reap enemies.
If you plant worries, you will reap wrinkles.
If you plant sin, you will reap guilt.


Thus, you have to be careful of what you plant as it will determine what you will reap tomorrow. Always bear in mind, someday, you will enjoy the fruits, or you will pay for the choices you plant today.

Khamis, 6 Oktober 2011

Hari Dapur Kecoh

Hehehe tak adalah kecoh mana sebenarnya. Tapi, hari ni memang lama jugak duduk kat dapur. Mula-mula buat muffin ketot-ketot untuk beri pada jiran yang akan kenduri esok hari. Muffin ketot ni ibu yang order. "Nak yang kecik-kecik je Long biar sekali ngaapppp je."

First batch - siap susun dalam kotak supaya tak bergolek-golek :)
Sambil tu buat onde-onde. Jenuh jugalah menggentel adunan pulut ni sebab buat dalam 2 kilo. Untuk orang expert tak delah penat mana. Tapi untuk aku yang terkial-kial ni, sakit jugak pinggang dibuatnya! Ni untuk member yang order dari minggu lepas (tak sempat buat) + untuk jamu orang surau & masjid.

Sempat minum petang dengan onde-onde!
 Last sekali, buat Chocolate & Walnut Brownies. Aku memang suka brownies dengan walnut tapi belum jumpa resepi yang betul-betul kawwwww dan kena dengan tekak. Setakat ni kalau buat brownies chocolate & walnut ni memang tak pernah jadik dengan sempurna. Percubaan kali ni dianggap separuh berjaya :( teksture tak cantik. Rasanya pun tak cukup 'chocolatey'....reject resepi nih! (Sambil pangkah besar-besar dengan pen merah) Fortunately masih 'edible' lagi lah. Tak pe, malam ni 'treat' budak-budak kat dewan. Sure diorang suka!

Brownies yang separuh jadik ahaks.

Kemaruk Susu Kacang Soya Jagung

Aku memang suka air soya.
Air soya bandung ke air soya ros ke...semua aku suka.
Sekarang ni suka minum air soya jagung pulak. Best!!! Selalunya aku akan beli jenama Drinho sebab air soyanya tak manis sangat. Yeos pun sodapppp! Yang syiokkkk masa buka air tu, baunya punyalah wangi!
Rasa jagung tak keterlaluan sampai mengatasi rasa soya. Semuanya sedang-sedang saja!
Tak pernah rasa? Cubalah! Minum dengan ais buat penghilang dahaga :)

Oh, selain tu nak kongsi resepi di sini. Air soya ni sedap juga dibuat milk shake@ice blended.

  • 1 gelas air soya jagung
  • 1/2 gelas ais
  • 2 'scoop' ice-cream vanilla
  • 1 sudu besar jagung dalam tin
  • Whipped cream
Blend semua sekali, tuang ke dalam gelas yang telah diisi 1 sudu besar jagung dalam tin. Finally, touch up sikit dengan whipped cream :)

Rabu, 5 Oktober 2011

Doa Mohon Dipermudah Kesusahan atau Kesulitan

Hmmm, hari ni aku nak kongsi doa ringkas dan mudah untuk diamalkan tatkala kita berdepan dengan kesulitan. Ayat ni daripada Surah 'Abasa, Ayat 22. Pendek je, jadi senanglah nak dihafal :) Amalkan baca doa ni di saat-saat kita ada masalah dalam urusan kehidupan harian. Mohon dengan kesungguhan agar Allah lorongkan jalan dan mudahkan apa-apa yang menyulitkan kita. Insya Allah!


 Terjemahan: Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).


Semoga doa ini dapat dimanfaatkan :)


Isnin, 3 Oktober 2011

Sir Lancelot is BACK!!!

Sir Lancelot

Sir Lancelot? Siapa yang ikuti Merlin, mesti tak akan lupa pada Sir Lancelot kan? Yeayyyy! Season 4 dah start! Mula-mula aku ingat, bila Morgana dan kakaknya berjaya ditumpaskan, Merlin takkan ada season baru. Well, season ni lagi best! Baru episod 1, kemelut dalam negara bawah pemerintahan Arthur semakin berat. Of course, Sir Lancelot antara knights yang gagah di barisan hadapan. Guess what?! Morgana is back too!
Lady Morgana

Dalam episod finale season 3, Morgana dan kakaknya (walaupun berjaya ditumpaskan) hilang dan tidak dapat dikesan. So, permulaan season 4 ni,...lebih kurang setahun lepas tu - Morgana datang lagi dengan mission yang lebih hebat. Jangan lupa tengok! As usual, watak Arthur & Merlin tetap menghiburkan macam dulu.

King Arthur



Merlin

Selamat Berjuang Calon PMR 2011

Esok semua calon PMR seluruh Malaysia akan mula 'bertarung'. Inilah masanya untuk menguji sejauh mana mereka mampu aplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang tiga tahun. Diharap kalian semua dapat lakukan yang terbaik! Semoga dapat menempuh setiap 'paper' dengan tenang dan hati yang lapang.

Di sini, ingin dikongsikan untaian-untaian doa untuk calon PMR yang beragama Islam. Terdapat juga zikir mudah yang boleh diamalkan.


Sumber: funcrayons.blogspot.com

 Selamat Maju Jaya!

Ahad, 2 Oktober 2011

Cream Cheese Muffin

Rasanya, dah lama dah aku buat muffin ni. Baru hari ni sempat nak share resepinya. Itu pun lepas kemas kini gambar-gambar dalam laptop - jumpa gambar ni. Untuk penggemar cream cheese, muffin ni bakal tepati citarasa korang. Yang best tentang muffin ni,...kita akan nikmati double treat of cream cheese! Satu pada adunan muffin tu sendiri. Then, dalam muffin tu ada cream cheese filling. Sorry tak sempat nak 'bedah' muffin dan snap photo 'filling' kat dalam. Tapi percayalah, akan senyum sampai telinga :)



Resepi Muffin 'Cream Cheese' 
 A.
3 cawan tepung gandum/serba guna
1 sudu kecil garam halus
4 sudu kecil 'baking powder
1 cawan gula

B.
1/2 cawan mentega (cairkan dan biarkan sejuk)
2/3 cawan susu
3 biji telur

C.
250g cream cheese (dibiarkan pada suhu bilik)
1 cawan gula

Cara-cara:
  1. Ayak tepung. Kemudian, gaul hingga sebati bahan-bahan A di dalam mangkuk.
  2. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati (Jangan kacau terlalu lama).
  3. Pukul bahan-bahan C sehingga kembang dan gebu. Masukkan setengah daripada adunan cream cheese ke dalam bancuhan muffin di atas dan sebatikan. Selebihnya diasingkan.
  4. Masukkan bancuhan muffin ke dalam muffin tray hingga 1/2 penuh. Letakkan 1 sudu kecil lebihan cream cheese ke atasnya. Kemudian tutup lagi dengan bancuhan muffin hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit (ikut kepanasan oven).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...