728 x 90

Selasa, 18 Disember 2012

Kerabu Suhun & Ketam

Ini percubaan pertama saya buat kerabu suhun. Selama ni memang teringin nak buat, tapi asyik lupa je masuk dalam menu planner. Untuk kerabu ni saya guna suhun dalam 100g, fillet ketam & fishballs. Seperti biasa, nak 'kawwww' lagi masukkanlah serai, daun limau, sos ikan dan cili padi. Perasakan dengan perahan jus limau. OK, selamat jamu mata.

'Corner Punch' for Papercraft

Hari ni saya nak bercerita sedikit tentang 'Corner Punch'. Fungsi 'corner punch' ni adalah untuk buat kemasan melengkung pada hujung kertas/kad/projek kraf kita. Tool ni datang dalam pelbagai jenis dan saiz.

Ini 'corner punch' milik saya. Khusus untuk buat lengkungan yang bersaiz kecil :)

Ada juga yang bentuknya sebegini.
Credits to: dawsondesigns.wordpress.com

Untuk dapatkan lengkungan yang sempurna, selarikan kertas dengan betul dan 'punch' bahagian hujung kertas yang diingini.

Inilah hasilnya! Dengan menggunakan 'corner punch', kad ni jadi lebih menarik.
'Corner Punch' seperti yang ditunjukkan di atas boleh didapati di kedai menjual barangan kraf & kedai alat tulis dengan harga sekitar RM15 - RM25.

Agar-agar Rambutan

Agar-agar ini pun siaran tertunda :) Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepinya di sini.


Bahan-bahan:
  • Satu paket agar-agar 25g
  • Air 1.2 liter
  • 200g isi rambutan dikisar bersama 200ml air dan ditapis.
  • 1 senduk gula/ mengikut citarasa - kalau mahu lebih manis, tambahkan gula.
  • 1 cawan isi rambutan/lebih.

Cara-cara:
  1. Rendam agar-agar 30 minit - sejam supaya mudah hancur apabila direbus. Toskan.
  2. Didihkan 1.2 liter air. Masukkan agar-agar tadi. Kacau hingga agar-agar betul-betul hancur.
  3. Masukkan jus rambutan yang dikisar dan gula. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan agar-agar dan sejukkan.

Nota: Masukkan daun pandan dan tukarkan gula kepada gula perang/gula Melaka untuk pelbagaikan rasa :)

Asam Gelugur & Projek Buat Asam Keping

Sebenarnya ini projek dua minggu lepas. Ibu balik kelas agama bawa beberapa biji buah asam gelugur. Itulah kali pertama saya tengok buah tu. Mula-mula ingat pisang kaki hehehe. Bila ibu kata buah ni yang kita buat asam keping, saya lah yang over excited. Time tu juga minta ibu ajar nak buat macam mana.

OK, inilah rupanya buah asam gelugur. Buah yang ibu bawa balik ni besar-besarlah juga saiznya. Menurut Bott, dulu masa di kampung dia biasa tengok mak & nenek buat asam keping, tapi buahnya kecil-kecil.


Selepas buah-buah tu dibersihkan, kita potonglah kepada beberapa bahagian kecil macam kat atas tu. Ha,..dalam gambar tu, Cekebon (my beloved mum) sedang beraksi memotong asam gelugur.


Selesai dipotong, susunlah dalam dulang. Dah boleh jemur! Bila tengok lapisan atas dah mula kering, terbalikkan asam ni supaya bahagian bawahnya pula kena panas. Kena jemur beberapa hari hingga asam betul-betul kering. Yeayyy! Merasa buat asam keping sendiri ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...