728 x 90

Selasa, 5 September 2017

Bab 9 sudahhhhh,...

Assalamu'alaikum,

5 September 2017. Baru ada peluang untuk menulis. Diam tak diam dah masuk bab ke - 9 untuk tahun 2017. Adehhhh, apabila ditenung-tenung, dibelek-belek, ada beberapa bulan je lagi untuk lengkapkan azam dan misi tahun ni! Sempat ke?!

Tengok blog sendiri, sedih terabai begitu sahaja. Entri dalam draf banyak tak edit-edit lagi. Tutorial kraf, entri resepi,..bila nak usik je, mata dah ruyup! Tak pun mood tak de. Kesudahannya, sunyi sepi jelah tower ni dari sebarang entri baru.

Bagi yang e-mel tanya pasal kord gitar, saya minta maaf banyak-banyak. Si Kapok digantung tugas buat sementara waktu. Saya di Kota B, Kapok di kampung,..jadi memang tak boleh nak lepak santai-santai buat chords. Insya-Allah, apabila komitmen penting saya langsai, kita kembali berdendang ye.

Oh, by the way, nak kalian cuba teka gambar di bawah ni. Rasanya tahun ni saya tak buat sebarang Jom Cuba Nasib pun. So, kita main teka-teka ye...


Hanya nyatakan di ruangan komen, i. apa benda kat atas ni dan ii. apa kegunaannya. Tidak kisahlah dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan dapat hadiah! Till then, jumpa lagi. Jangan lupa coret yang indah-indah untuk Bab 9 kalian 😃

Pssttt! Rakan-rakan blogger sekalian, (terutama sekali rakan-rakan baru), beri peluang dan sedikit masa untuk saya bal;as komen-komen dan berkunjung ke blog kalian ye. Insya-Allah, akan sampai jua meninggalkan jejak.

14 ulasan:

  1. Welcome back Kak Farrah ! Ecehh... welcome kan tuan rumah pulak

    BalasPadam
  2. In sha allah.. semoga bab 9 membawa seribu kebaikkan kepada kita... :)

    BalasPadam
  3. Tak tahu apa benda kat atas tu. First time nampak :O

    BalasPadam
  4. Ye kan begitu cepat masa berlalu..sob sob sob... azam wa tahun ni dah lama berkubur hihihi

    BalasPadam
  5. Berfikir apalah gambar kat atas tu ..
    Nampak mcm board games, tapi tak juga,
    nampak mcm kad yg boleh diputar ... apa erk?

    BalasPadam
  6. mcm siput pulak.. kejap dh masuk minggu ke 2

    BalasPadam
  7. Tu macam paten mengait je. Hahaha.

    Sibuk mengait ke sekarang ni?

    BalasPadam
  8. Assalam kak farah!,
    maaf sangat sebab lama dah dah jenguk blog akak komen apatah lagi! moga Allah mudahkan urusan akak

    BalasPadam
  9. saya rasa mcm tangga pusing2 tu org kampung sy panggil tangga cina sbb cuma kat kedai2 cina bandar je ada tangga mcm tu hahaha

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak farah.

    fuh baru sempat singgah sini

    BalasPadam
  11. Dah lama tak tinggalkan jejak

    BalasPadam
  12. Sya pun tak tahu benda apa kat atas tu....

    nampak macam cangkerang siput hahaha

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...