728 x 90

Isnin, 9 Oktober 2017

Honey Butter Cashewnut Korea

Baru-baru ini saya berpeluang merasa salah satu snek dari Korea yang sedap yumm yummm! Kacang gajus bersalut mentega dan madu. Cekengah kirim pada kawan dia. Beginilah rupa packaging snek Honey Butter Cashewnut tu.


Bagi yang suka mengunyah macam saya, kalian memang akan enjoy snek ni. Sekali dah masuk mulut, memang tak boleh berhenti! Ketagih dibuatnya. Lepas satu, satu masuk mulut. Kacangnya rangup dengan rasa mentega dan madu yang rich,...oh,..heaven in your mouth! Krup krap krup krap. Habis rosak diet saya hahahah, Masa makan tu dah tak kira dah calorie intake untuk hari tu, Calorie what?! Tiba-tiba buat lupa 😃 Honey Butter Cashewnut punya pasal, diet berterabur pun pejamkan mata aja. Berbaloi!

Selain gajus, ada juga kacang badam - Honey Butter Almond. Itu pun sedap juga. Senang cakap, dua-dua best!

Teringin nak makan? Cuba beli secara online ye. Nanti dah rasa, boleh kongsi pendapat kalian dengan saya.

Psstt! Teringin susu pisang Korea? Boleh cuba buat sendiri. Entri resepinya di sini.


24 ulasan:

  1. saya apa saja cashewnut mmg sy suka

    BalasPadam
  2. rindu nak mengunyah..cepat-cepatlah boleh cabut gigi besi ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dont worry. The time will come. Dah boleh kunyah2 nanti inform kat akak,...akak bawa 7 dulang jamu Sal nanti 😊

      Padam
  3. sedapnya..suka dua2..almond & cashew...

    BalasPadam
  4. hehehe apa itu calories ? idk what is calory ? hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...apa tu kalori? Hahaha kacang abis baru tahu balik kalori tu apa 😂

      Padam
  5. suka kacang macam tu, kalau dah kacang pun suka, yang ni mesti kena dengan selera.. tapi sekarang tak boleh makan, kena bagi batuk ok dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau batuk, tangguh dulu hasrat nak berkacang-kacang ye, Eyda. Semoga cepat sembuh.

      Padam
  6. kenapa x tnjuk isinya..hehe...nk tahu jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe leka makan lupa pula nak snap gambarnya. Kacang ni macam kacang gajus tong nam tu cuba diselaputi serbuk-serbuk sikit (tapi tak melekit). Serbuk-serbuk tulah yg berasa mentega dan madu.

      Padam
    2. gajus tong nam?
      feveret aida tu, farrah :)

      Padam
  7. WHAT IS THIS?? SNACK yang menggiurkan. heee

    BalasPadam
  8. ada member aida post kat fb.
    kata nyer dia rindu. jumpa kat jusco kot.
    aida baca jer la status dia.
    rupanya farrah pon mcm dia. teringin kcg korea :)

    BalasPadam
  9. Hari tu masa pergi Korea ada nampak benda ni dekat airport. Takde rasa nak beli masa tu. Tapi, bila dah balik Malaysia baru rasa menyesal.

    BalasPadam
  10. kalau dpt ni tak berhenti kunyah

    BalasPadam
  11. btw akak ada link utk beli tak hehe

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...