Gardening dah jadi aktiviti santai aku sejak duduk di Kuang. Pokok yang mula-mula aku ada untuk launched hobby ala-ala green-fingers ni -- pokok cili api. [Sila baca entrinya di sini]. Malangnya, jodoh aku dengan pokok cili api aku tak panjang. Pokok ciliku mati diserang ulat daun huhuhu. Selain pokok cili, aku ada tanam beberapa pasu pokok tomato. Dah berbulan-bulan aku tanam. Makin tinggi naik pokoknya dan dah mula berbunga.
Sempat aku komplen pada Bott dan Ar perihal pokok tomato aku yang hanya tahu berbunga tapi buahnya masih belum nampak bayang :) Nak dijadikan cerita, elok je aku ngomel-ngomel pasal pokok tomato, esoknya pokok tu terus berbuah! Alhamdulillah, tuan pokok excited bukan kepalang! Walaupun masa tu, buahnya hanya sebiji, setiap isi rumah aku (termasuk kitten Angah, Yu-Ri) aku khabarkan dengan berita gumbira nih.
Hari ni aku bilang dah ada 11 biji kesemuanya. Super duper excited! Moga pokok tomato aku terus sihat dan biarlah sempat aku rasa buah-buahnya :) Ni gambar buah tomato yang aku sempat snap pagi tadi.
Hehehe...sesungguhnya dalam hati ada tomato! |
p/s: Tiba-tiba teringat pulak pada kartun TomatoMan masa aku kecik-kecik dulu.
Tomato tomato tomato-mato!
Tomato tomato tomato-mato!
Tomato ke n ga n Tomato ke n ga n
Tomato-Ma-n!