Isnin, Julai 09, 2018

Hiasan untuk Sudut al-Quran

Bulan puasa yang lalu, saya banyak habiskan masa di rumah. Kemas apa yang patut. Buang barang-barang yang dah tak guna. Tak mahu jadi hoarder. Penat mengemas, masuk bilik kraf buat kad, hias scrapbook. Kemas bilik kraf sekali. Semasa mengemas tu, terpandanglah bingkai gambar IKEA yang dihadiahkan pada saya. Masa mula-mula dapat dahulu, saya niat nak print gambar di Photobook untuk isi slot-slot bingkai ini. Sampai ke sudah tak jadi apa-apa.

Kebetulan, saya memang sedang dalam usaha nak buat satu sudut al-Quran di rumah. Selain di bilik masing-masing (setiap seorang ada al-Quran sendiri yang dia prefer), naskhah-naskhah al-Quran lain akan saya kumpul dan letak di satu sudut di ruang tamu. Nak baca Quran, nak baca tafsir atau nak tadabbur senang. Niat saya, sudut itu akan jadi peringatan buat saya, ahli rumah dan mungkin juga tetamu yang datang berkunjung supaya baca kalam suci Allah ini setiap hari, bilamana ada peluang. Tak dapat baca banyak, satu halaman pun dah cukup. Tak mampu baca satu halaman, dua tiga ayat pun jadilah.

Oleh itu, saya gunakan bingkai gambar IKEA untuk projek sudut al-Quran saya. Saya pilih tema hitam, putih kelabu - guna kertas-kertas kraf yang ada dalam simpanan. Kemudian, saya cari khat Iqra', ayat Quran dan terjemahan hadis yang sesuai. Cetak dan tampal atas kertas kraf. Salah satu slot bingkai saya jadikan sebagai tempat letak memo. Boleh guna sticky notes/white board marker untuk tulis catatan kecil.

Sabtu, Julai 07, 2018

Kembali Sayang Blog

Assalamu'alaikum,

Rindu benar dekat blog saya ni. Rindu kawan-kawan dan adik-adik blogger juga. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun tower ini terabai, masih ada lagi yang sudi jengah dan singgah. Really appreciate setiap komen kalian. Insya-Allah, ada kesempatan saya akan balas dan blogwalking ke rumah kalian pula ye.

Alhamdulillah, cuti raya dah habis. Puas beraya dah pun! Dah mula sibuk dengan tuntutan kerja. Tetapi, syukurlah sekarang ini jadual saya semakin teratur. Jadi, bolehlah masukkan blogging dalam rutin harian balik. Kalau tak, tenggelam timbul je. So, sekarang pasang tekad nak kembali sayang blog. Biar rajin, biar lebih kerap tulis entri baru dan kongsi perkara-perkara yang bermanfaat. 😃


Penkek dan Puding Roti