728 x 90

Khamis, 3 November 2011

Cara 'Brilliant' Guna Semula Tin Biskut!

"Buang je lah tin tuh!" JANGAN! Kalau semua benda kita nak buang, 5 atau 10 tahun akan datang kita akan jadi negara sampah. Aku bukanlah nak pupuk habit kumpul sampah atau barang-barang tak guna....tapi cuba tengok gambar ni.

Cantik tak? Tin biskut yang selama ni kita buang dan kita lanting dalam tong sampah tu, lepas sessi 'make-over' boleh jadi ekslusif macam ni. Tin biskut 'vogue' ni di pasaran harganya dalam RM40 - RM60 tau! Sesuai untuk jadi ahli baru di dalam dapur korang. Sangat presentable dan bergaya untuk letak di meja makan atau meja hidangan. Letaklah keropok ke, rempeyek ke, biskut ke atau jadikan kotak simpanan barang-barang yang kecil,...stationeries, kids' stuff/small toys.

Bagi aku, ini cara guna semula tin biskut yang sangat-sangat brilliant! So, to all the creative-crafty hands out there, apa lagi....gunakan kepakaran dan kreativiti kalian untuk hasilkan sesuatu yang bernilai dan yang penting -- dah tak jadi sampah lagi :) Yeayyyy! Let's Go Green!

2 ulasan:

  1. Cantik! Hasil kerjatangan saper ni?

    BalasPadam
  2. @Alin - yang ini ada orang hadiahkan. cantik kan... ada juga yang buat decoupage (yg tampal kertas tisu bergambar tu) pun menarik juga :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...