728 x 90

Isnin, 7 November 2011

Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Mari cuba resepi mudah ni. Untuk fillingnya, boleh tukar ikut citarasa. Gantikan dengan rasberry/kiwi/mango fillings atau bagi penggemar coklat, gunakan Nutella :)


Bahan-bahan:
  • 125g mentega - suhu bilik
  • 100g gula
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
(3 bahan di atas diayak bersama)

  • 3/4 cawan susu
  • Blueberry filling/jam

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Pastikan semua bahan telah sebati.
  2. Masukkan campuran tepung dengan susu berselang-seli. Campuran pertama -- tepung, diikuti dengan susu dan mestilah diakhiri dengan tepung.
  3. Masukkan ke dalam cup atau muffin tray kira-kira 1/2 penuh. Masukkan 1/2 ke 1 sudu teh filling/jam. Kemudian tutup filling dengan adunan sehingga 3/4 penuh. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celsius dalam 20 - 23 minit.

6 ulasan:

  1. nak buat cheese tart blueberri...tp blueberri takde...mana nak cari??jenama apa?

    BalasPadam
  2. @Sa Y. - memang sedap! nak buat pun senang.

    @Dalila - samalah kita.

    @Shima - cari di kedai menjual bahan-bahan buat kek - cari 'blueberry fillings' tau. kalau tak ada 'blueberry toppings' tapi selalunya yang toppings ni orang guna untuk letak/hias atas kek.

    BalasPadam
  3. ohh..blueberi filling dengan jem blueberi berbeza kan?

    BalasPadam
  4. @shima - beza. klu shima nak buat blueberry cheesetart, guna blueberry fillings. klu utk muffin, bolehla guna blueberry jam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...