728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 30 Disember 2011

"Bulan depan panggil lagi ye..."

Hari ini aku kena 'stand by' di rumah sebab dah buat janji dengan pak cik (rasanya layak panggil atuk) tukang potong rumput. Selalunya bab-bab potong rumput ni arwah nenek aku yang uruskan sendiri. Setiap bulan, bila dah dapat wang pencen, nenek akan telefon Pak Cik/Atuk K untuk potong rumput. Pak Cik/Atuk K ni baya-baya nenek, kurus orangnya, ada sakit semput pulak tu. Selalu masa potong rumput aku tengok dia batuk-batuk. Rasa penat sikit, dia akan rehat sekejap lepaskan lelah. Tapi Pak Cik K ni orangnya teliti. Kemas dia potong rumput. Lambat sikitlah rumput nak panjang.

Selepas arwah nenek pergi, urusan 'rumput panjang' tergalas di bahu ibu hehehe. Ibu pula tak ada nombor telefon Pak Cik K. Jadi, ibu panggil dan cari orang-orang yang dia kenal. Malangnya semua tak memuaskan hati. Ada yang ambil upah macam potong rumput satu stadium. Ada pula yang dah potong rumput tapi tak kemas sisa rumput. Yang paling menyedihkan, ada yang potong serupa tak potong. Baru 3 hari rumput dah meninggi balik. Pening juga kepala ibu aku. Ibu selalu nak pastikan rumput laman dan keliling rumah pendek.  

"Senang kakak nak main badminton,"katanya. Hehehe terukkan aku. Irresponsible betul. Dah aku yang selalu main badminton kat laman tu, akulah yang patut in-charge potong rumput!

Akhirnya, setelah 4 bulan, ibu berjaya dapatkan nombor telefon Pak Cik K. Seawal pukul 8 pagi Pak Cik K dah datang rumah. Dengan muka ceria dia mulakan kerja. Sempat juga berbual-bual dengan aku sambil memotong rumput di sekeliling rumah. By the time ibu balik (dari hospital - pergi ambil ubat), Pak Cik K pun datang jumpa ibu. Dah beres kerjanya!

"Bahagian belakang luar pagar tu dah potong rumputnya?" Ibu tanya minta kepastian. Masa tu aku dah tepuk dahi. Alamak!! Macam mana Pak Cik K nak potong rumput kat luar pagar yang berkunci tu kalau aku - si irresponsible kuasa 2 nih lupa nak bukakan pintu pagar pagi tadi! Terkedek-kedek aku lari dapatkan kunci pagar belakang tapi sempat tangkap perbualan pakcik K dengan ibu.

"Dah potong dah. Macam biasa yang tepi-tepi longkang tu pun saya dah potong,"balas Pak Cik K. Ibu masa tu dah dapat hidu 'kecuaian' aku.

"Pak Cik ikut mana? Saya terlupa buka kunci pagar belakang."

"Saya pusing dari pagar depan," balasnya dengan senyuman. 

Ya Allah, boleh je dia tanya tentang kunci pada kami yang ada di rumah ni. Tahan dia bersusah payah keliling pagar luar rumah aku untuk langsaikan tugasnya. Dapat sesetengah orang, dah tahu pagar kunci,  tak akan berpotonglah rumput kat luar tu. Rasa bersalah pula aku menyusahkan orang tua ni.

Ibu pun segera keluarkan sejumlah wang dan bayar pada Pak Cik K.

"Bulan depan panggil lagi ye..." Perlahan suaranya tapi jelas di pendengaran aku.

Hati aku betul-betul tersentuh. Mesti Pak Cik K tertanya-tanya kenapa dah 4 bulan kami tak panggil dia untuk potong rumput. Betapa besarnya erti dan nilai sebuah rezeki pada Pak Cik K. Upahnya tak adalah banyak mana. Dengan kudrat yang tak seberapa sanggup dia berpanas, membuat tugasnya seikhlas dan sebaik mungkin demi dapatkan sedikit wang poket.

Ya Allah, semoga aku dapat contohi keikhlasan Pak Cik K dalam mencari rezeki yang halal. Yang penting, at the end of the day aku dan ibu senyum lebar....hasil kerja Pak Cik K memang tip-top!!!

Selasa, 27 Disember 2011

Kerepek Biji Durian


Tattadaaaaa! Inilah kerepek biji durian yang berjaya saya hasilkan petang semalam. Pernah rasa tak? Rasa dan tekstur ala-ala macam kerepek ubi cuma rasanya lemak sikit. Nak buat kerepek ni kenalah kumpul biji-biji durian dulu. Terima kasih kepada jaguh-jaguh makan durian ~ Angah & Uje yang secara tidak langsung menyumbang kepada penghasilan kerepek biji durian ini.

Macam mana nak buat? Senang je...

1. Mula-mula bersihkan semua biji durian dan basuh. Kemudian rendam di dalam bekas selama 2 - 3 hari. Tujuannya adalah untuk kembangkan biji durian tu sehingga lapisan kulit luarnya merekah dan senang dikupas.

2. Kupas kulit luar biji durian. Ambil biji bahagian dalam. Haaa...kat bawah ni gambar biji durian yang telah dikupas dan dibersihkan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan sagatla biji durian tu hingga jadi hirisan halus. Bagi yang expert boleh terus sagat masuk ke dalam kuali (bila minyak dah panas tau!). Yang masih baru nak coba-coba, bolehlah sagat masukkan ke dalam bekas. Tapi gaulkan dengan sedikit garam supaya hirisan-hirisan tu tak melekat antara satu sama lain.

4. Goreng hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan. Perasakan dengan garam.

5. Kerepek dah sedia untuk dimakan. Ngapppppp! Krup krap krup krap!


Nota Senyum: Oh, kalau nak lagi umpphhh...bolehlah dihiris beberapa biji bawang merah dan beberapa ulas bawang putih. Gorengkan hingga rangup macam nak buat bawang goreng tu dan gaulkan sekali dengan kerepek biji durian tadi.

Pokok Cili Api Istimewa

Selama ni aku memang minat gardening tapi tak done buat apa sebab aku duduk kat apartment. Space sangat-sangatla limited. Sekarang, since aku dah duduk Kuang, bolehlah aku tanam apa yang patut. Kawasan keliling rumah sikit punya luas. Tinggal nak diusahakan je. Aku pulak dah jadi macam Belanda kemaruk dapat tanah. Tak sabar-sabar nak gardening. Masalahnya boleh naik ke pokok-pokok yang bakal aku tanam nih?

Sebenarnya, aku lebih kepada nak tanam cili, sayur, tomato dan herba supaya senang nak masak. Kiranya nak usahakan taman herba dulu la. Bunga-bunga ni KIV dulu.

Nak dijadikan cerita, masa aku shopping kat Tesco, aku lalu kat section Peralatan Berkebun. Nampaklah beberapa anak pokok yang dijual. Apa yang bestnya ada anak pokok cili api!!!! Lagi best bila pokok cili tu dah memang berbuah...I mean ada cilinya! Heheheh ni kita panggil pokok cili ekspres. Beli pokok terus dapat cilinya. Tanpa fikir panjang aku terus beli. At least boleh 'boost' mood gardening. Takdelah aku terkial-kial tunggu pokok cili aku hidup.



Ibu dan Angah pun excited tengok pokok cili aku nih. Puas jugalah kitorang guna untuk masak. Lepas ni aku nak keringkan cili untuk buat benih dan tanam lagi biar stok cili api tak putus hehehe Insya Allah.

Jumaat, 16 Disember 2011

Chapati or Tosei?

Pagi tadi, sewaktu mengajar 'M' subjek English, aku bimbing 'M' buat latihan Conjunctions (Kata Hubung).

Aku  : Let's try this one. Do you like chapati ____ tosei?
'M'   : (Setelah diam sejenak dan berfikir) 'Or'. Do you like chapati   or   tosei?
Aku  : Good. (Sambil cuba untuk berinteraksi dengannya. aku ajukan soalan seterusnya)   So, 'M',  do you like chapati or tosei?
'M'   : (Sambil menggeleng) No, I like CHAR Kuey Teow.

Hahahah! Aku hanya gelak dalam hati. Sooooo sweeeeeetttttt! Sekurang-kurangnya aku tahu dia faham heheheh.

Khamis, 15 Disember 2011

5 Sebab Aku Suka Merlin

Season 4 Merlin dah nak habis. Kat tv Malaysia rasanya dah aired sampai episod 2. Kat sana dah nak season finale. Hehehehe tak apa. Akan ada Season 5. Kenapa aku suka tengok citer Merlin?

Image from wired.com
  1. Aku memang suka magik! Sejak kecil fascinate dunia magik hehehe
  2. Aku suka dengar slang UK! 
  3. Love the fact that Prince Arthur (now King Arthur) sanggup lakukan apa sahaja for his fellow subjects dan buktikan that he is worth a king. 
  4. Love the characters! Enjoying the chemistry between Arthur and Merlin (though in real history diorang tak sebaya pun!), father-son relationship between Merlin and Gaius... dan Knights yang good-looking, gagah perkasa dan setia pada Arthur  - sanggup berperang habis-habisan untuk Camelot.
  5. Love the script & language - using classic and proper English. 

"Halt! Declare yourself!
"We bear you no harm."

Best kan?!


p/s: Masih frust sebab Sir Lancelot dah mati huhuhuhu

Rabu, 14 Disember 2011

90kg Sampah = RM18


Hari ini, aku & Bott uruskan sampah-sampah untuk kitar semula. Kebetulan kitorang baru saja selesai pindah, maka banyaklah buku-buku, kertas-kertas lama yang kena classified "BUANG". Tapi tak buang dulu... Kitorang ikat kemas-kemas dengan tali rafia (supaya senang nak bawa) dan angkut pergi kedai yang beli barangan kitar semula.

Sebelum ni kertas-kertas, majalah dan buku-buku yang dah tak boleh digunakan lagi memang aku akan jual di kedai recycle. Apa yang penting, aku tak bakar sampah-sampah tu. Ulang sekali lagi - AKU TAK BAKAR SAMPAH! Dapatlah dalam RM2-RM5. Siapa nak bagi, kan? Sekurang-kurangnya sampah kita tu ada jugak nilainya hehehe

Trip ke kedai recycle kali ni, penuh satu kereta dengan sampah kertas. Pekerja tu nampak kitorang terus tanya, "Semua kertas?"

Bott angguk.

Lepas tu pekerja tu suruh Bott reverse kereta dan naik pada tempat yang ditunjukkan. Eh, nak buat apa ni? Selalunya pekerja tu ambil dari bonet kereta pakai kereta sorong je...Rupa-rupanya dengan kitorang sekali kena timbang! Hahaha

Mula-mula, apabila kita sampai, berat keseluruhan kenderaan akan ditimbang. Err,..termasuklah berat aku & Bott yang terpinga-pinga dalam kereta. Kemudian, semua sampah kertas akan dikeluarkan dan kenderaan akan ditimbang semula. Dua nilai timbangan ini ditolak untuk dapatkan berat sampah kertas yang kitorang bawa.

Tengok gambar kat bawah ni:


Nilai timbangan 1 - 990kg
(aku penyumbang utama kepada nilai ini hehehe)
Nilai timbangan 2 - 900kg 
(kertas-kertas dah tak ada...hanya berat aku, Bott & kereta)

Maka berat kertas = 90kg x RM0.20 (utk setiap kg) = RM18.00

Punyalah kitorang excited sebab first time kena timbang sekali! Apapun, hari ni, bertambah duit tabung kitar semula aku (tabung ni aku adakan untuk simpan semua wang yang aku dapat hasil recycle).At the end of the day, rumah bersih daripada sampah, aku tak cemarkan alam dengan bakar sampah & the best part aku dapat sejumlah wang untuk sampah-sampah aku. Let's Go Green!

Sabtu, 10 Disember 2011

Si Too-Tee Mangsa Anak-anak Cuti Sekolah

Sekarang ni dekat mana-mana riuh dengan suara budak-budak. Al-maklumlah cuti sekolah. Kat area rumah aku, amat meriah sekali! Tak ada istilah sunyi sepi. Anak-anak jiran aku sangatlah aktif. Aktiviti diorang memang dari buka mata sampailah pejam lena....enjoyyyyy!

Tak sangka pula dalam 'kegumbiraan' mereka berkejar main sana-sini, anak-anak kucing aku turut menjadi sebahagian daripada aktiviti mereka. Biasanya diorang tak ada masa sangat nak main dengan Si Toe-Toe & Too-Tee (baca tentang mereka di sini). Yelah, pagi petang sekolah. Sekarang, tahu-tahu Si Toe-Toe dah kena kendong sampai ke Tingkat 5 blok depan. Sayup je aku nampak anak kucing aku dari tingkap rumah :)

Si Too-Tee? Aku balik rumah satu petang jumpa Too-Tee dengan penampilan setelah 'make-over'. Cuba korang perhatikan dekat atas kepala dia. Ada sentuhan make-up highlighter warna hijau.


Tengok gambar close-up nih.


Dah tu, seluruh badan penuh debu. Confirm kena gomol + guling-guling dalam longkang nih. Inilah antara aktiviti bebudak tu. Kreatif sungguh!

Hik hik hik! Carta Pai Kiut!


Hehehe ini masa aku check Lokasi Pengunjung pada 21 November lepas. Terkena cantik pulak time tu 50% Malaysia 50% U.S. Cantekk pula pie chart ni di mata aku  :)

Ops Pindah Selesai!!!

Wah, lama tak update post baru! Mujur tak bersarang blog aku nih :) Well, aku sebenarnya dalam proses pindah rumah. So, super-duper busy! Walaupun jarak rumah lama dengan rumah baru lebih kurang 7 - 8 km saja, tetapi terasa seksanya nak pindah sebab barang-barang aku banyak punya banyak! Rasanya dalam proses mengemas rumah ni, dah banyak barang yang dah diberi pada orang, hantar recycle dan dibuang. Yang peliknya, barang-barang masih banyak mengalahkan family yang isi rumahnya 8 orang!!!

Alhamdulillah, genap seminggu aku dan Bott tunggang terbalik mengemas, akhirnya dengan kembang hidung aku boleh 'declare' bahawasanya OPS PINDAH SELESAI! Heheheheh syukur semuanya berjalan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...