Isnin, Februari 20, 2017

Chanel Theme Birthday Party

Sabtu lepas, saya dan keluarga pergi makan-makan sempena birthday saya. Keluarga kami ni kecil je. Jenis susah nak cukup korum pulak tu. Ada orang ni, orang tu tak da. Yang ni available, yang itu pula outstation. Jadi, bila ada occasion sebeginilah, kami berpeluang berkumpul bersama.

Plus, birthday saya ni dikira sebagai celebration pertama untuk setiap tahun. So, semua akan super duper excited. Saya? Lagilah berlipat ganda excitednya. The initial plan was just to go and have a decent meal at Penang Village, Great Eastern Mall. 

but,..my ebullient sister-in-law, Dhila managed to do these! All these!

Chanel Theme Birthday Party
Mula-mula saya kena tunggu kat luar sebab masa saya sampai, mereka tak habis set up tempat lagi. Terharu tengok adik-adik keluar masuk kedai, turun naik tangga dan escalator sebab mengangkut birthday stuff saya. 

Masuk-masuk je,...wahhhhhhhhh!
Decorations di entrance, sebelum masuk ke tempat makan. Yang berbelon-belon tu tempat kami menjamu selera :)


My birthday pavlova.
Display board (FARRAH AIDA IS 36) tu sungguh awesome!!! Cantik kan? Then, ada Chanel Memory Frame. Since saya ni jarang bergambar, susah Dhila nak dapatkan gambar untuk isi frames tu. Last-last, import gambar IG je. Heheheh. Love the frame very much!

Birthday cake? Nope. This year - birthday pavlova 😃😃😃 Pucuk dicita ulam mendatang. Dua tiga menjak ni memang saya craving nak makan pavlova. Tetapi, berkira-kira nak beli sebab takut terbeli jenis yang manis sangat. Alhamdulillah, rezeki dapat sebijik yang besar! Yummehhhhhhh! Pavlova ni dibeli di Alexis, Great Eastern Mall. Sedappp sangat! Kena dengan citarasa kami. Tak terlalu manis. Semuanya ngam-ngam je.

Setting meja makan

Table mat Chanel - Dhila designed dan hantar cetak saiz A3 supaya jadi table mat.
Party favours - Dalam box putih dan yang berbalut dengan kertas bunga tu.

Personalised box untuk setiap seorang dan di belakang box ada quotes from Coco Chanel. 
Isi kandungan - loofah dan minyak angin aromaterapi. 👍👍👌

Then, each of us got an eye mask (dalam bungkusan kertas bunga). Comel sangat sebab eye mask tu ada expression emoji - crying, sad, shy and angry. Puas jugalah kami bergambar dengan eye mask masing-masing.

Saya dan Cekebon. Nampak tak expression Cekebon macam sakit kena penyek dengan saya? 😆 

We have this special cards as well. Selain daripada jadi penanda tempat/seat di meja makan, kad ni berfungsi sebagai wish card. Nanti, semua akan tulis ucapan untuk saya dan di akhir majlis, saya dapat kumpul kad ni dan bawa balik sebagai kenang-kenangan.


Semoga dapat dijadikan idea/sumber inspirasi untuk majlis keraian kalian.


To my family, especially Dhila dan Faidz,
Thanks so much sebab sanggup berhabis, bersusah payah sampai lambat tidur untuk birthday Along.

To Cekengah, Cekebon dan Bott, thanks for being there. Terima kasih sebab angkut Along ke sana. Domo arigato for the lovely presents as well!

To my friends, thanks so much for all your kind wishes and du'as di IG, di FB. Setiap ucapan dan kiriman doa kalian menjadikan sambutan hari lahir saya lebih indah :)

Psstt! Untuk idea parti bertema yang lain, klik di sini.


26 ulasan:

  1. saya is jelesss nak mcm ni jugaaaaakkkkk

    BalasPadam
  2. btw, happy belated birthday tuan tower ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks so much. ni pun dah belated giler balas komen :)

      Padam
  3. Happy birthday kak farah...best n nice theme birthday party

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Tahniah.
    Muda lagi tu 36. Hehehe.

    BalasPadam
  5. wahh..happy birthday kak Farah. Tak sangka Kak Farah lagi muda dari Acik

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh ye ke Acik? Kak Farrah lagi mudah?! ;)

      Padam
  6. happy belated birthday kak farah yg baik dan comel..semoga pnjg umur dan happy selalu..dimurahkan rezeki,dimakbulkan doanya :D

    BalasPadam
  7. waaaaa syoknya birthday celebration macamni! hehe happy belated birthday ya! May Allah bless you :)

    BalasPadam
  8. hepi besday farah...lawa la dekor2 tu..moga bahagia menjadi milikmu selalu

    BalasPadam
  9. hepi birthday kak Farrah! adik-beradik kreatif macam akak jugak.eye mask tu paling comel.

    BalasPadam
  10. i is awayz jeles tauu...
    alhamdullilah bertambah umur lagi kak farrah
    semoga sntiasa dimurahkan rezeki kak farrah sayang

    BalasPadam
  11. wahhhh ohsem sgt! tak pernah lg kena mcm ni. dedulu prank main tepung jelah.
    susah nk dpt kek pavlova yg tak terlalu manis. sedap nengok

    BalasPadam
  12. wowwwww... idea sgt menarik...
    best betul klau dpt cm ni

    BalasPadam
  13. Meriah birthday kak farah aritu

    BalasPadam
  14. menarik tema dan idea nih.. kita sebaya, tapi birthday Eyda belum tiba..

    BalasPadam
  15. Bestnya burthday theme..
    Semoga sentiasa sihat n happy n murah rezeki..
    Cheers.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.