Sabtu, April 22, 2017

Pilihan Hotel Murah, Bajet dan Selesa Sekitar Langkawi

LANGKAWI? Sebut sahaja tentang destinasi pelancongan yang satu ini, pasti macam-macam yang indah, yang menarik terlintas di kepala, kan? Coklat murah, shopping barang-barang murah, tempat-tempat bersejarah, keindahan alam semula jadi dan aktiviti-aktiviti riadah yang menyeronokkan untuk dicuba.

Kredit
Jika kalian merancang itinerari ke Langkawi, jangan lupa kunjungi The Buffalo Park Langkawi, Pulau Singa Besar, Langkawi Sky Bridge, Wonderland di Kuah dan banyak lagi. Terokalah setiap inci tanah Langkawi sepuas-puasnya. Soal penginapan jangan bimbang. Jangan pusing kepala! Terdapat banyak pilihan hotel dan penginapan mulai dari hotel 1 bintang hingga hotel 5 bintang di sekitar Langkawi yang bakal menepati citarasa keperluan kembara kalian. Tidak kiralah sama ada bercuti sendiri, bersama keluarga atau rakan taulan. Tentunya ada bilik yang sesuai untuk diinapi.

Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mahsuri ini, memilih penginapan sesuai yang akan memberi nilai terbaik untuk wang merupakan cabaran utama. Apatah lagi jika kalian mempunyai bajet yang terhad. Maka, adalah lebih baik mencari hotel di Langkawi yang menawarkan harga murah. 

Kebanyakan hotel di Pulau Langkawi tertumpu di dua destinasi pelancongan popular iaitu sekitar Bandar Kuah atau di Pantai Cenang. Kedua-dua kawasan ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Jika kalian kaki makan (foodie) dan kaki shopping, kalian patut menginap di Bandar Kuah. Kalian tidak akan berdepan dengan masalah mencari tempat makan yang sedap dan juga terdapat pelbagai kedai Duty Free popular ibarat syurga beli-belah di bandar ini. 

Sebaliknya, jika kalian ingin menikmati keindahan panorama pantai, menghirup udara segar dan mendengar desir ombak, pilihan hotel di sekitar kawasan Pantai Cenang mungkin lebih ideal untuk dipertimbangkan. Apa yang penting, kadarnya menepati peruntukan bajet kalian sepanjang bercuti.

Berikut merupakan antara hotel atau tempat penginapan murah dan selesa yang berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan:

Hotel Green Village Langkawi Resort

Hotel pertama ialah Hotel Green Village Langkawi Resort. Resort ini mendapat gelaran “Green” atau hijau daripada pokok buluh dan pokok Angsana hijau yang tumbuh cara semula jadi di sekitar kawasan resort. Terletak empat minit dari Pantai Cenang, resort ini menawarkan bilik dengan teres peribadi yang menghadap hutan. Di samping itu, setiap bilik dilengkapi penyaman udara, televisyen dan bilik air peribadi. Wifi percuma boleh diperoleh di lobi. Di sekitar kawasan resort, terdapat kolam renang, meja pool, tempat permainan kanak-kanak dan gimnasium yang sesuai untuk aktiviti riadah dan berlibur bersama keluarga.




Hotel Easy Crystal

Hotel yang berhampiran dengan pekan Pantai Cenang ini menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi, servis photocopy dan tempat parkir percuma. Selain Wifi percuma, terdapat juga penyaman udara, bilik air persendirian, televisyen, dan pengering rambut. Jarak antara hotel dengan Lapangan Terbang Langkawi hanya 15 minit memandu sahaja. Antara tarikan popular yang terletak berdekatan dengan hotel ialah Cenang Mall untuk barang Duty Free dan Underwater World Langkawi. Harganya untuk semalam? Sangat-sangat berpatutan!



Hotel Malibest Resort



Hotel ini merupakan hotel bajet yang agak popular di Langkawi. Dengan harga serendah RM150 semalam, anda dapat menginap di sebuah resort selesa yang terletak betul-betul di tepi pantai. Nikmati Wifi percuma di kawasan lobi resort. Di dalam bilik pula tersedia segala kelengkapan untuk menjamin keselesaan penginapan anda seperti penyaman udara dan bilik air persendirian. Banyak juga tarikan popular yang terletak berhampiran dengan resort ini misalnya Langkawi Cable Car, Underwater World Langkawi dan Pekan Pantai Cenang.



Langgura Baron Resort




Resort ini sangat disyorkan sebagai pilihan. Terletak di lokasi yang unik; - berhampiran Pekan Pantai Cenang dan hanya beberapa minit saja jaraknya dari pantai. Ingin ke pantai untuk mandi-manda atau ke pekan mencari sajian yang enak? Kalian boleh pilih untuk lakukan kedua-duanya. Atau rancang sahaja untuk 'menyelami dunia dasar laut' di Underwater World Langkawi kerana lokasinya lebih kurang 300 meter dari resort.


Best Star Resort 




Resort ini jaraknya cuma 16 minit masa memandu dari Lapangan Terbang Langkawi dan 30 minit dari Pekan Kuah. Antara hotel yang disarankan kerana harganya yang agak berpatutan. Lokasi tarikan pelancongan yang berhampiran:- Underwater World Langkawi dan Beras Terbakar. 


Pelbagai lagi hotel yang murah terdapat di Langkawi. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan berlengah! Rancang percutian kalian dan segeralah book the cheapest hotel in Langkawi. Jadikan percutian kalian di Langkawi percutian paling indah, paling menyeronokkan, paling bermakna dan paling berbaloi!😃


11 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik. Dah lama tak pergi Langkawi ni, nanti kalau nak pergi boleh la rujuk entry ni hehe.

    BalasPadam
  2. perkonsian yg menarik ..tq for sharing.

    BalasPadam
  3. Tq for info admin...nak juga ke langkawi tahun ni...

    BalasPadam
  4. baron memang ada banyak cawangan, pilih je nak area mana

    BalasPadam
  5. dah 12 thn x ke sana...rindunya kat Langkawi!

    BalasPadam
  6. betul tu kak Farrah, nak pilih hotel kena tengok jugak itinerary. if nak shopping or food hunting lagi baik duduk di bandar. If nak mandi laut, cari kat pantai cenang. Ada orang pulak suka duduk area kampung, nak bergaul dengan masyarakat setempat

    BalasPadam
  7. thanks sharing kak. nty gi langkawi lagi. leh follow entry akak ni. tahun lpas gi langkawi duk deparment jaa. best gakk :)

    BalasPadam
  8. tak pernah sampai lagi langkawi boleh guna entri untuk rujukan tengok hotel nanti

    BalasPadam
  9. bila ntah nak terjah Langkawi lagi.. anak-anak laa seronok..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.