728 x 90

Isnin, 5 Jun 2017

Resepi Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆


Resepi Ikan Masak Taucu

Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan:  Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.

Langkah-langkah penyediaan: Mula-mula goreng ikan hingga masak. Ketepikan. Asingkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi. Masukkan sedikit minyak masak yang baru, agak-agak sahaja biar cukup untuk tumis bawang. Tumis bawang besar, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau. Sesudah itu, masukkan taucu, cili api dan asam keping, biarkan seketika. Masukkan air untuk jadikan kuah. Masak hingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam HANYA BILA PERLU. Kebiasaannya apabila guna taucu ni, hidangan dah cukup masin. Simbahkan kuah ke atas ikan goreng. Sedia untuk dihidang.

Untuk hidangan ikan masak taucu yang lebih lazat, boleh masukkan hirisan buah tomato atau belimbing buluh.



6 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...