Sabtu, 9 Mac 2019

Thanks So Much, Sha Mohamed!

Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.

OK. Ini merupakan entri penghargaan istimewa buat Sha Mohamed. Entri terima kasih tertunggak. Inilah masalahnya bila dah tak kerap berblogging. Kiriman selamat diterima dah berkurun lama, baru saya terhegeh-hegeh nak tulis entri. Tak apalah ye, Sha. Omputih kata, it's better late than never. Yang penting, the thought that counts.

Adinda yang seorang ini selalu buat kejutan hantar titipan gembira. Sebelum ini saya pernah terima sebuah zine seram daripada Sha. Boleh baca mengenainya di sini.

Pada awal Januari yang lalu, Sha hantar satu lagi 'bungkusan senyum'. Tidak silap saya, pemberian kali ini adalah disebabkan giliran saya terpilih untuk terima buku/hadiah. Sebelum ini Sha pernah adakan giveaway. Saya bukan antara pemenang yang bertuah. Tetapi, apa yang menarik, peserta-peserta giveaway tersebut akan berpeluang untuk turut terima hadiah daripada Sha. Antara cepat dengan lambat je. Pemurah adinda yang seorang ini. Moga Allah kurniakan dengan ganjaran rezeki yang berlipat ganda buat Sha sekeluarga.

OK. Di bawah ini kiriman daripada Sha.




Tersengih sampai telinga tau! Especially buku puisi oleh Nadhira Brundage. Buku nota panda tu pula, anak murid cilik saya sibuk dok kenen. "Cikgu dah besar, kasi sayalah buku budak-budak ni!" 🤣🤣🤣

Sekarang ini, saya memang tengah 'bergelut' belajar puisi, sajak, haiku, senryu semua tu. Asalnya awal tahun dulu nak belajar water colour arts. Ada masalah teknikal, saya asyik ponteng kelas! Tau-tau sangkut dengan kelas puisi pula. So, buku puisi ni datang tepat pada masanyalah. Buat bawa jalan-jalan sambil feeling-feeling ala penyajak penyair gitu. Hahahah! OK Tipu. Selalunya, saya akan selak beberapa halaman, baca dengan Bott dan teruja bila puisi yang dibaca tu macam wowww! 

Terima kasih banyak-banyak, Sha! Love you to the moon and back. Hugs and kisses untuk kedua-dua puteri cilikmu.

Bagi yang sudah mengenali Sha, kalian tentu tahu Sha ni 'ulat buku tegar', rajin blogging, rajin blogwalking dan rajin tinggal komen. Ha, bagi yang belum kenal Sha, cepat-cepatlah terjah blog Sha dan kata Hi!

Sebenarnya, saya tak pandai bab-bab review blog teman-teman blogger sebab saya bimbang I don't do justice in describing their great blogs. Tetapi, saya dan Team LLB pernah review blog Sha dalam novel online kami. Dua kali kami 'jelmakan' Sha dalam LLB. Jika ingin kenal Sha melalui mata dan persepsi saya, jemputlah baca bab-bab di bawah:





Jumpa lagi di lain kesempatan. Enjoy the rest of your weekend!

14 ulasan:

  1. Alahai comelnya hadiah :D

    BalasPadam
  2. bestnya dapat suprise gift dari kaksha! Semoga ukhuwah korang berdua kekal sampai jannah :D

    BalasPadam
  3. Hahaha.. Kak Farah.. u make me cry.. Terharu sangat untuk entry ini.. Terima kasih banyak-banyak ye.. Love You too.. Alhamdulillah suka bila kiriman yang diberi disukai.. 😘😍

    BalasPadam
  4. Kak Sha memang pemurah. Hee. ika pun received one that day. Tau je cara nak happykan kita macam mana. hee. :)

    Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    BalasPadam
  5. Seronoknya bila dpt kejutan mcm ni..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki Kak Farrah :) Tahniah!

    BalasPadam
  7. Kak Sha memang rajin blogwalking and tingglkan jejak kasih syg dia :D

    BalasPadam
  8. Uwaah bestnya Farrah. Dapat gifts best2. Jeles I tengok :)

    BalasPadam
  9. Akak pulak dah malas nak buat review fasal buku.. :)

    BalasPadam
  10. baca puisi sambil main gitar akak tu.. ada gaya Cinta AADC hehehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...