Selasa, Ogos 06, 2019

Kad Klef Trebel - Just For You Card

Sebenarnya sudah lama saya siapkan kad yang satu ini. Terperam ibarat jeruk maman dalam draf. Baru sekarang sempat buat entri. Saya hendak berikan kepada seorang kawan merangkap bekas majikan saya untuk wish dia 'Good Luck'. Ini dikira sebagai kad 'Selamat Maju Jaya' lah.


Pandangan hadapan


Bahagian hadapan kad ini merupakan bentuk klef trebel yang dibuat menggunakan susunan not-not muzik kecil. Not-not kecil tu hasil tebukan craft punches. Kemudian, disusun satu persatu sehingga membentuk satu klef trebel besar. Seingat saya, bahagian hadapan kad yang bikin mata saya berpinar semasa menyusunnya ni, saya buat pada penghujung tahun lepas. Tetapi, ketika itu sekadar buat suka-suka. Tak decide pun lagi hendak buat kad apa atau beri pada siapa. Lagipun saya memang ada sejenis 'kecintaan' pada klef trebel sejak kecil. Kalau conteng-conteng buku saya kerap lukis klef trebel, sampaikan alas meja, buku nota malah pakai inai kat tangan pun pilih design klef trebel. 


Lazimnya, jika saya bosan-bosan, saya akan duduk di dalam bilik kraf...usik ini...usik itu...buat kad  kosong atau hiasan-hiasan menarik yang boleh diletak pada kad atau scrapbook. Nanti apabila tiba-tiba nak beri pada orang, tidaklah kelam-kabut time tu baru nak bersilat 😉

Disebabkan kawan saya ni nak launch projek dia yang ada kaitan dengan muzik, so kira kena dengan temalah kad saya ini.

Bahagian dalam

Ini pula bahagian dalamnya. Once kita buka kad, kad tu boleh dilipat sedikit dan ditegakkan macam dalam gambar di atas. Boleh display cantik-cantiklah ala-ala trofi gitu. Tolong jangan tanya saya kad sebegini apa namanya. Saya tahu hasilkan je. Bab bab nama ni saya fail sedikit. Sentimen 'Wishing You All The Best' tu guna clear stamp. Jalur not-not muzik di bahagian bawah pula guna washi tape. Kad untuk base, saya pilih kad hitam yang keras 230gsm. Kemudian dilapiskan dengan kad putih. Sturdy sikit.

Oh, sebelum beri pada kawan saya, sempat juga kad ini buat penampilan istimewa dalam 'Lelaki Langit Bumi'. Konon-kononnya kad ini yang Diha beri pada Ariyyan sebelum Ariyyan dan ARJUNA jayakan konsert di Jakarta. Haa...siapa yang suka membaca novel, bolehlah singgah baca 'Lelaki Langit Bumi' di Wattpad. Saya dan team sedang usahakan supaya novel ini ada lebih banyak elemen interaktif dan bersifat visualistik. Inshaa Allah, setakat ini 'Lelaki Langit Bumi' akan kekal sebagai bacaan percuma di sana. 🙂


5 ulasan:

  1. Patutlah macam pernah tengok je kad ini.. rupanya dah buat penampilan istimewa dalam LLB.. hehehe..

    BalasPadam
  2. hai farrah. lama x jejak sini :)
    rinduuuuu dgn hasil kraf farrah yg ohsem!

    BalasPadam
  3. lamanyaaa tak singgah!! cantik as always :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.