Selasa, 8 Oktober 2019

Bikin Jeruk Petai

Ini projek happy saya semasa musim petai baru-baru ini. Sana-sini nampak petai. Melambak-lambak di pasaran. Saya kalau dengan petai memang pantang. Pantang jumpa! Hari tu, Bott balik kampung dan bawa beberapa papan petai sebagai ole-ole untuk saya. Kemudian, pergi shopping kat Tesco ada pula petai reduced to clear. Senyum lebar macam dapat jongkong emas saya grabbed petai masuk troli. 

Balik rumah mulalah proses untuk memastikan kelangsungan hayat petai-petai saya. Satu cara paling mudah ialah kopek petai dan dinginbekukan. Memang boleh tahan lama berbulan-bulan. Tetapi, mentol kat kepala ini menyala terang! Jeruk petai! Siapa suka makan jeruk petai? Bau dia memang tak boleh tahan, tapi rasanya fuhhhhh! Tak toleh kiri kanan dah!


Cara Buat Jeruk Petai
  1. Bersihkan petai dan basuh. Kemudian, tanpa kopek kulit, rebus petai sehingga warna kulitnya bertukar. Cara ini memudahkan kita untuk keluarkan butir-butir petai tu nanti.
  2. Setelah itu, keluarkan isi petai daripada kulit satu persatu. Bilas dengan air bersih. Tuskan.
  3. Dalam sebuah mangkuk, bancuh air masak dengan sedikit garam. Garam inilah yang nak jerukkan petai kita tu nanti.
  4. Masukkan petai ke dalam bekas atau balang. Saya juga masukkan sekali beberapa tangkai cili api dan sekeping asam keping. Kemudian, masukkan air garam hingga menutupi paras petai tadi. Biarkan selama beberapa hari pada suhu bilik. Air akan mula bertukar warna menjadi keruh sedikit. Itu tandanya jeruk petai dah siap. Petai jeruk sedia dimakan!


Yang ini jeruk petai saya buat dalam balang-balang kecil. Mudah nak beri pada orang. Saya punya dalam balang kaca besar. 😀




Sedap dimakan begitu sahaja. Buat macam ulamlah, makan dengan nasi. Tidakpun, masukkan dalam masakan. Saya pernah guna petai jeruk untuk masak sambal tumis udang dan gulai lemak cili api. Rasa petainya lebih heightened. Terangkat!!!

6 ulasan:

  1. campur dgn cili potong,bwg hiris...perghh..bertambah-tambah nasi..

    BalasPadam
  2. sy bkn penggemar petai.. haha

    BalasPadam
  3. BOleh cuba nti ni..cik abg peminat petai.. tak pernah terfikir nak buat jeruk petai..hihi

    BalasPadam
  4. hok ni tok seh kak.. i cannot. bau rasa semua i kenot..

    BalasPadam
  5. tak pernah buat jeruk petai. klu beli pun terus buat masak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...