Ahad, Mac 16, 2014

Bait-bait Doa Dhuha dalam Lagu Sahrul Gunawan

Saya dengar lagu ni ketika sedang berbual dengan Cekebon saya depan TV. Kebetulan masa tu ending slot 'Kifarah' TV3. Syahdu je dendangan lagunya. 'Paused' borak dengan ibu, terus saya capai pen dan sticky notes. Sebahagian lirik lagu yang saya dengar saya catatkan pada lembaran sticky note.

"Kakak buat apa?"

"Catat lirik lagu ni. Kakak nak search kat internet lagu apa. Lirik dia pakai doa sunat dhuha kan, Bu?"

"Memang tajuk lagu ni Dhuha pun." (Dengan bersahaja ibu respon pada kata-kata saya).

"Aik? Macam mana ibu tau. Ni lagu Opick ke?" (Ibu peminat 'tegar' Opick, so make sense-lah kalau dia tahu lagu tu. Tapi tak dengar macam suara Opick pun...)

"Ni ha...nama penyanyi dia Sahrul Gunawan." (Ibu balas sambil tunjuk paparan 'credit title' di skrin TV.)

 
Buat muka kelat dan terus letak pen. Memang ada kalanya saya ni 'kurang bijak'. Kenapalah tak terfikir nak tengok 'credit title'?!

Lirik Lagu Dhuha - Sahrul Gunawan

Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Air mata menetes, mohon dikabulkan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan

Bila masih haram, engkau sucikan
Bila masih kotor, engkau bersihkan
Tuhan


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Sabtu, Mac 15, 2014

Pelarian - Sakura Band feat. Adi 6ixth Sense (Easy Guitar Chords)

As usual, guitar chords yang saya kongsikan di blog ini semuanya yang senang-senang. Minggu ni saya akan berlatih main lagu OST untuk drama 'Jika Itu Takdirku' & 'Aku Isterinya'.


Guitar Chords Pelarian - Sakura Band feat Adi 6ixth Sense 

(OST Jika itu Takdirku & Aku Isterinya)

C Am F
Engkau datang kepadaku
G C
Dengan sejuta harapan
Am F G
Kau janjikan cinta itu
C Am F
Ternyataku hanya persinggahan
G C
Hatimu yang luka
Am F G
Sungguh ku tak sangka

F G
Dan saat kekasihmu
F G
Inginkan kau kembali

F G
Tinggalkan aku
C Am
Lupakan ku
Dm G C
Kembalilah kau kepada dirinya
F G
Kerna kutahu
C Am
Cinta ini
Dm G C
Hanya pelarian bagimu

*Boleh guna capo 4th fret atau 7th fret.


Updated 9 April 2014
Ada seorang sahabat (I wish you shared your name) yang bermurah hati kongsi chords lagu ini yang lebih baik & lebih sedap :) Sila scroll ke bahagian komen untuk dapatkan chords yang dimaksudkan. 

**Kalau saya main, akan ada 'silent mode' pada Bm ;p jari-jemari masih keras lagi nak petik Bm.


Updated 2 Mei 2014

Satu lagi perkongsian chords. Thanks so much to Azmi Sham. Mari kita cuba chords yang ini pula :)

G Em Am
Engkau datang kepadaku
D G
Dengan sejuta harapan
Em Am D
Kau janjikan cinta itu
G Em Am
Ternyataku hanya persinggahan
D G
Hatimu yang luka
Em C D
Sungguh ku tak sangka

C D
Dan saat kekasihmu
C D
Inginkan kau kembali

C D
Tinggalkan aku
G Em
Lupakan ku
Am D G
Kembalilah kau kepada dirinya
C D
Kerna kutahu
G Em
Cinta ini
Am D G
Hanya pelarian bagimu

Resepi Peria Goreng Berempah


Resepi Peria Goreng Rempah 

Hidangan peria kegemaran saya :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4-5 biji peria katak (kalau nak guna peria biasa pun boleh) 
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (saya biasa buat guna rempah kari ikan) 
  • 2 sudu tepung jagung 
  • garam secukup rasa 
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Potong peria, buang biji dan hiris nipis-nipis. 
2. Masukkan peria ke dalam mangkuk besar, gaul rata dengan bahan-bahan di atas. 
3. Goreng dengan minyak yang panas. Terbalik-terbalikkan agar gorengan sekata. 
4. Angkat apabila warna peria dah bertukar keperangan. Sedia untuk dihidang 

Tips:

Untuk lebih sedap, selepas goreng peria, tumis sedikit daun kari dan gaulkan bersama peria tadi. 
Untuk lebih rangup, tambahkan dalam 1 sudu besar tepung beras bersama bahan-bahan di atas. 
Untuk lebih berempah, boleh tambahkan 1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih. 
Untuk lebih sihat, guna minyak jagung/canola/bunga matahari semasa menggoreng.