Sabtu, Mei 10, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara untuk Buat 'Accordian Folded Flower'.

Berikut, ditunjukkan langkah demi langkah cara mudah untuk membuat accordian folded  flower.




Potong kertas secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki. Jika mahu buat bunga yang besar, kita akan perlukan 2 jalur kertas.

Gunakan 'paper scorer' untuk buat kesan lipatan. Jarakkan sekurang-kurangnya 0.5cm. Lipat jalur kertas secara berselang-seli mengikut kesan 'scoring' yang dibuat.

Cantumkan jalur kertas supaya membentuk bulatan dengan corak kertas (corak yang hendak dijadikan bunga) di bahagian luar.

Perlahan-lahan tekan bahagian atas kertas sehingga kertas meleper dan membentuk bunga. 

Tampal bahagian belakang bunga dengan secebis kertas keras yang telah diletakkan dengan hot glue supaya bentuk bunga kekal. Boleh juga menggunakan 'mount tape'/ 'dimentional tape'.

Hiaskan bahagian tengah bunga dengan butang atau embellishment lain.

Gunakan untuk menghias scrapbook, kad atau papan notis. Selamat mencuba!


'Accordian Folded Flower' untuk Kraf

'Accordian folded flowers' adalah antara hiasan/embellishment yang biasa digunakan dalam kraf kertas. Ini contoh 'accordian folded flowers' yang telah saya buat. Bukan sahaja senang untuk dihasilkan, malah cantik diletakkan pada kad atau 'scrap page'.


Kita boleh buat sendiri bunga ni agar bersesuaian dengan tema & warna projek kraf kita. Gunakan butang, reben atau apa sahaja yang menarik (tapi kena pastikan boleh melekat atas permukaan bunga kita) untuk hasilkan 'accordion folded flower' mengikut kreativiti sendiri.

Ingin tahu bagaimana nak buat bunga ini? Ikut tutorial bergambar ini.