Khamis, Januari 28, 2016

Selera Sitrus

Ni semua menu minggu lepas. Saya kurang sihat dijengah selesema dan sakit tekak. Jadi, mulut tu rasa payau. Teringin nak makan yang bukan-bukan je. Lagi-lagi yang masam-masam.

Kek Lemon 90 Saat

Pada mulanya tak berniat langsung nak buat kek microwave ni. Dalam pada tak ada mood nak buat kerja sebab air hidung asyik meleleh, saya parut kulit lemon dan perah jusnya. Nak simpan dalam freezer. Kat rumah ni stok lemon dah berlebih-lebih pula. Kebiasaannya, saya memang pastikan buah lemon sentiasa ada di rumah. Beli punya beli, tak sangka kat rumah ada beberapa plastik lagi yang belum digunakan. Jadi, sebelum lemon tu jadi ganyut dan kering jusnya, kita perahlah siap-siap. Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan. Nanti nak guna senang :)

Dalam pada sibuk bergelumang dengan jus dan parutan kulit lemon, Cekebon masuk dapur.

Projek Ngaku Terbantut!

Siapa yang suka makan kerepek ngaku? Nama commercial Arrowhead Root Chips! Sedappppp! Menjelang raya Cina ni, saya mulalah mengidam-ngidam, terbayang-bayang keenakan dan kerangupan kerepek ngaku. Maklumlah, akar ngaku ni setahun sekali je boleh jumpa. This time around-lah musimnya.

Jadi, belakangan ini, memang setiap kali saya pergi shopping barang dapur, mata akan melilau cari ngaku. Dah dua tiga kali hampa. Last week, pergi TESCO, awal-awal Bott dah ingatkan pergi cari ngaku. Hehehe sebab selagi tak jumpa ngaku, selagi itulah mulut saya bertonyeh,..nak ngaku,..teringinnya nak makan ngaku...ada rezeki ke kita buat kerepek ngaku tahun ni? (Konon-kononnya, kalau beli siap tak feel. Makan tak puas hehehe)

Jumpa ngakunya. Tapi,...