Khamis, Mac 07, 2019

Photo Accordion Card

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama saya tak jengah blog ni. Sibuk memanjang. Asyik tak cukup masa. Makanya, update blog dalam mimpi jelah. Bangun pagi dengan harapan memang betullah ada terbitkan entri, hampa. Hahahah.🤣

Hari ini punya sedikit kelapangan. Jadi, nak tunjukkan kad kotak bergambar yang saya panggil Photo Accordian Card

Apa istimewanya Photo Accordian Card? Kad ini boleh letak banyak gambar. Ala-ala macam buat kolaj/scrapbook. Kenapa pula dipanggil accordian card? Sebab bahagian dalamnya yang berlipat-lipat seperti alat muzik accordian.


Inilah rupa luarannya. Kad kotak ini, panjang lebar dan tingginya lebih kurang macam saiz kotak pen. Dapat gambaran? Seperti biasa, apabila cuba buat kad design baharu, saya akan pilih warna hitam putih. Tema kad - butterfly. Ini kad hari lahir yang saya buatkan untuk rakan pejabat Cekengah yang dah jadi adik angkat saya. 😀

Photo Accordian Card

Rabu, Februari 27, 2019

Apa Itu Brads dan Kegunaannya

Apakah itu brads? Pernah dengar tak mengenainya? Asalnya brads digunakan sebagai paper fastener - untuk kepilkan kertas-kertas. Brads yang digunakan untuk kegunaan pejabat biasanya berwarna keemasan. Lihat gambar di bawah. Biasa tengok, kan?
Brads


Kalau untuk kegunaan kraf pula, brads ada beraneka corak dan bentuk. Macam-macam saiz, besar ... kecil ... sederhana ... semua ada. Didatangkan dengan pelbagai corak berwarna-warni yang menarik, brads selalu digunakan sebagai hiasan (embellishments) untuk hias kad ucapan, jurnal, planner dan scrapbook. Sekarang ni kan trend orang hias planner dan jurnal, haaa... ini antara hiasan atau aksesori yang kalian boleh pertimbangkan.

Kredit Imej

Imej - Perkongsian di Pinterest

Saya tidak banyak miliki koleksi brads. Cuma ada dua pek sahaja buat masa ini. 

Brads beli di Daiso

Di bawah ini pula, contoh kad yang saya buat menggunakan brads.

Kad ucapan Happy Birthday.


Satu lagi kad ucapan hari lahir.

Selain sebagai hiasan kraf, jurnal dan planner, brads ini turut boleh digunakan oleh adik-adik yang masih belajar untuk kepil nota-nota. Nampak fancy sikit! Barulah ada semangat nak selak-selak untuk belajar.

Okey, itu sahaja serba sedikit mengenai brads.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai material atau peralatan kraf, tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui email.