Isnin, Disember 30, 2019

Hitung Hari 2020 - Happiness Jar

Beberapa tahun lepas, saya ada menulis tentang 'Happiness Jar'. Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari untuk catat semua perkara dan memori manis yang berlaku sepanjang 12 bulan berikutnya. Boleh baca entri 'Happiness Jardi sini. Balang ini kemudiannya hanya akan dibuka dan dibaca pada penghujung tahun, sehari sebelum melangkah ke tahun baharu. 

Sejak 2018 saya sudah buat 'Happiness Jar'. Kadang-kadang banyak perkara baik yang berlaku dan berlalu begitu sahaja. Yelah, masa pantas berlalu. Tanpa kita sedar, kita makin sibuk dengan rutin harian dan lupa hargai perkara-perkara itu. Jadi, sekali-sekala ada peluang kenang balik dan recap, apa salahnya kan? 

Jumpa idea brilliant ni di Pinterest.

Khamis, Disember 26, 2019

Singgang Daging Budu

Sebelum kalian teruskan bacaan, ini entri peram ya. Sudah lama tersimpan dalam bahagian draf. Baru sekarang jadi entri. 😉 

Singgang daging ini dah lama dah saya buat. Pembetulan. Bott yang buat. Kalau bab singgang daging, ini memang kepakaran Bott. Saya pakar bab makan dan habiskan je. 

Sebenarnya, daging lembu bukanlah protein pilihan utama dalam menu di rumah. Kami jarang masak lauk daging. Raya haji beberapa bulan lepas, alhamdulillah banyak pula rezeki dapat daging segar. Jadi, macam-macam menu daging yang disediakan.


Antara yang paling dapat sambutan hingga licin periuk ialah singgang daging budu. Beginilah rupanya. Sedap dinikmati panas-panas. Rasa daging yang bergabung dengan masin budu memang sangat awesome!