Rabu, Oktober 28, 2020

Resepi Apam Ambon

Assalamualaikum. 

Pernah makan apam ambon? Apam ambon ini merupakan salah satu kuih Kelantan yang saya suka. Dahulu semasa saya sibuk berulang-alik ke hospital untuk check up tyroid, saya akan pastikan saya singgah kantin terlebih dahulu untuk beli apam ini. Masa tu, apam ambon ni dijual kecil-kecil, letak dalam paper liner macam cupcake

Lama dah tak makan. Kalau ada orang jual kuih Kelantan dekat-dekat sini pun, tak jumpa yang jual apam ambon. Makanya, disebabkan teringin sangat nak makan, saya cubalah buat sendiri. Gigih tau cari resepi di internet. Kebanyakannya saya tak berani nak cuba sebab lihat kandungan gula yang digunakan. Macam banyak sangat pula jika dibandingkan dengan jumlah tepung.

Inilah apam ambon saya. Resepi godek-godek sendiri. Walaupun rupanya tak semenggah (sebab saya kejap-kejap bukak tutup penutup pengukus nak intai apam naik ke tidak hahaha) dan warna agak pucat, rasanya tetap sedap!


Tak menyempat. Terus potong makan masa apam masih suam. Yummeh!

Isnin, Oktober 26, 2020

Apa Itu Junk Journal | Bahagian 2

Ini merupakan entri sambungan kepada 'Apa Itu Junk Journal (Bahagian 1)'. Dalam entri terdahulu, saya sudah ceritakan sedikit sebanyak tentang junk journal dan bagaimana hendak kumpul material bagi menghasilkan junk journal.

Dalam bahagian ke-2 ini, saya ingin kongsi beberapa halaman junk journal lagi dan hiasan setiap halaman secara ringkas. 

Kebiasaannya, apabila saya buat junk journal from scratch, saya tidak akan terus hias setiap muka surat bahagian dalamnya. Jika ada pun, hias sikit-sikit sahaja untuk bagi junk journal tu nampak seakan miliki tema tersendiri. Selebihnya, saya akan lakukan ketika saya hendak menulis nanti. Masa tu, baru feel untuk hias betul-betul.


Gambar pertama - Page dari kamus lama itu saya tidak sentuh. Kelak, bahagian tersebut bolehlah digunakan untuk tampal gambar atau coretan. Tidak sesuai tulis secara terus di atas permukaan halaman sebab akan nampak semak. Bahagian kanan pula, kertas kosong. Banyak sedikit ruangan menulis. Saya guna clear stamp tulisan sambung pada bahagian bawah sebelah kanan. Bagi efek ala-ala surat cinta lama. Klip kertas itu pula kira macam page markers untuk tanda muka surat.