Rabu, Februari 24, 2021

Temujanji Mata | Nasi Kerabu Sedap

Assalamu’alaikum.

Kelmarin, saya ada temujanji di klinik pakar mata. Positif je cakap kat Bott, musim-musim Covid ni rasanya tak ramai orang.

Sesampai je di Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh, muka saya macam dah kemek tengok orang yang beratur menunggu di luar. Tak boleh nyanyi lagu Zarul Umbrella macam ni. Ramalanku tidak benar belaka! Ya Allah, ramainya umat manusia! Baru je nak cari telefon untuk call si Bott, dia dah call terlebih dahulu. Dengan jelas dia hantar warning - Jangan terfikir nak lari balik! Saya dah penat pusing-pusing cari parking nih!

Tak proper ambil gambar kat hospital, tunjuk gambar kad appointment je lah 😊

Isnin, Februari 22, 2021

Tutorial Kraf Kertas - Kad Ucapan Istimewa

Hari ini saya kongsi semula beberapa entri tutorial buat kad ucapan DIY. Jika ingin hasilkan DIY kad ucapan istimewa, bolehlah tengok jenis-jenis kad di bawah untuk dapatkan idea. Kebanyakannya tidak sukar, cuma kena teliti sedikit ketika hendak membuatnya. Selamat mencuba!


Impossible Card

Tiada apa yang mustahil tentang kad ini sebenarnya. Cuma cara kad ini dilipat kelihatan unik dan seolah-olah menggunakan beberapa keping kad. Hakikatnya, hanya sekeping kad yang diperlukan untuk menghasilkan kad ini. Teknik potongan dan lipatan yang menjadikan kad ini kelihatan sedemikian rupa. Lihat template kad  di sini.

Simple Explosion Card

Usah bimbang! Tiada apa yang meletup! Hahaha! Kadang-kadang saya terfikir juga, dramatik betul nama-nama kad ucapan buatan tangan ni, kan? Satu kat atas tu impossible, yang ini explosion. 😂



Apabila kad dibuka, kertas bahagian dalam macam buat explosion effect. Jika mahukan kesan yang lebih wow, bolehlah letakkan confetti di dalam kad ini. Lihat siri tutorial di bawah: