Ahad, Mei 16, 2021

Lambaian Aidilfitri - Jamal Abdillah feat. Saleem (Easy Chords)

Memandangkan kita semua masih dalam mood beraya, saya belanja satu lagi lagu raya legend. Raya kan sebulan. 😁 Suara dua penyanyi otai ini memang bukan kaleng-kaleng. Mendayu-dayu perasaan anak rantau dibuatnya. Selamat berdendang!


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Lambaian Aidilfitri - Jamal Abdillah feat. Saleem (Easy Guitar Chords)


Saleem:

Am            Dm

Suara takbir berkumandang

E         Am

membisik di hati

Am

sebak terasa di dada

E             Am

ku teringat kampung halaman


Am            Dm

Di pagi indah Aidilfitri

E         Am

yang mulia ini

Am

sayup jauh di ingatan

E             Am

ayah bonda sanak dan saudara


Jamal Abdillah:

Dm

Jangan sedih

E             Am

usahlah kau berduka

Dm

melayan gundah di hati

F             E

gema takbir menambat di jiwa

Khamis, Mei 13, 2021

Selamat Mencipta Memori Indah Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Syawal. Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas, kesihatan dan kesempatan untuk meraikan Syawal 1442 H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raikan detik kemenangan kita ini sebaik mungkin. Jangan bermuram durja pada hari baik bulan baik ini. Saya faham kebanyakan kita sedih kerana terpisah dan tidak dapat bersama-sama orang tersayang. 

Be positive!

Jarak hanya membuat jeda pada jasad, bukan pada hubungan.

Biar tidak bersemuka, itu bukan alasan untuk kita membataskan mesra.


Maaf atas salah silap.

Kendatipun kebanyakan antara kita hanya berkenalan dan bersua secara maya, biarpun antara kita jauh dibatasi jarak, saya yakin kesalahan tetap boleh terpahat.