Selasa, 16 Julai 2019

Jumpa Jalan Pulang

Assalamu 'alaikum. Hai semua! Akhirnya, setelah hampir sebulan lebih, saya jumpa juga jalan pulang ke tower ini. Dah berhabuk bersawang! Kasihan blog terabai lama.

Semenjak raya, sehinggalah ke hari ini masih sibuk tidak bertepi. Kebetulan sepanjang tempoh ini keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Ibu jari tangan kanan under repair. (Yang ini cerita nanti ye). Jadi, banyak kerja yang terbengkalai termasuklah kemas kini blog. Kasi can lah saya guna alasan sakit untuk jadi si grumpy and grouchy yang malas nak buat apa-apa melainkan makan dan shopping. Heheh jangan salah anggap, shopping kat Eco, Mr. DIY, DAISO dan kedai jual barang kraf je. Konon-kononnya terapi buat diri.




Bagi rakan-rakan yang datang berkunjung ke blog sepanjang ketiadaan saya, terima kasih banyak-banyak. Domo arigato! Inshaa Allah saya akan terjah untuk balas kunjungan. Cuma cepat atau lambat je lah. 

Begitu juga dengan yang tinggal komen, pertanyaan-pertanyaan dan e-mel yang saya belum balas. Maaf sangat-sangat. Keterbatasan pergerakan jari dan tangan buat saya tak larat nak menghadap komputer atau pegang telefon. Nanti saya balas perlahan-lahan ye. 

Guitar chords? Ye, memang tower ni lama sunyi dengan kord gitar mudah. Adik-adik yang request kord gitar lagu-lagu baharu, harap maaf. Tak dapat akak tunaikan dalam masa terdekat ini. Tengoklah jari akak kat atas tuh. Macam mana nak petik gitar kan....

Akhir sekali, buat kalian yang ikuti perkembangan 'Lelaki Langit Bumi', ada syarikat produksi  dari seberang yang berminat untuk jadikan kisah Ariyyan dan Diha sebagai sinetron. Running title - 'Cowok Langit Bumi'. Tetapi, semuanya masih di peringkat awal. Banyak perkara yang perlu dirundingkan. Faham-fahamlah, jika karya kita hendak ke sana, ada banyak red tapes. Tukar ini, ganti itu. Jika projek ini baik dan bermanfaat, inshaa Allah. Jika banyak sangat bumps here and there, kita anggaplah tiada rezeki. Apapun, terima kasih pada semua yang sudi baca 'LLB'. Sekarang, novel tu dah nak hampir tamat. Saya je yang belum sempat upload ke Wattpad.

OK, itu sahaja update untuk kali ini. Jumpa lagi nanti apabila saya dah betul-betul sihat ye.




19 ulasan:

  1. baca prenggan terakhir.... wahhhhhh TAHNIAHHHHHHHHH!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum boleh tahniah lagi, Anies. Masih di peringkat perbincangan :)

      Padam
  2. Semoga dipermudahkn urusan kak farah

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sihat kak Farrah dan tahniahhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Nani. Tahniah tu tak boleg terima lagi...masih panjang prosesnya heheheh

      Padam
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan, kak Farrah :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. semoga urusan menjadi sinetron akan sukses.. Tahniah kak farah..
    Tak sabr nak tahu ending Lelaki Langit Bumi.. Akak tak nak bukukan ke? Limited print mungkin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam jauh lagi perjalanannya, Sha. Banyak benda nak kena consider kalau proceed. LLB dah ada ending. Nak tahu ke? 😂 Akak ni tak pernah terfikir nak jadi penulis pun. Jadi, bab terbit2 buku tak terlintas di kepala. Tetapi, tak tahulah pada masa akan datang macam mana. Don’t worry, kalau LLB terbit...inshaa Allah you will be guaranteed to receive a copy.

      Padam
    2. Jangan bagi tahu ending.. Sha nak baca kat wattpad.. Setia menanti ini.. Hope one day i'll read LLB in hard copy edition.. :)

      Padam
  6. kak farahhhhhhhhh ya allah moga dipermudahkan segala urusan akak. wahhhhhhhh LLB bakal ke seberang. tahniah akak! moga akak cepat sembuh & dapat aktif berkarya semula seperti sebelumnya aminnnnnn :*)


    *ana dah received parcel dari akak. terima kasih banyak2 & moga bertambah murah rezeki kak farah sekeluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnnn. Terima kasih atas titipan doanya, Ana. Alhamdulillah, sekarang dah bertambah-tambah OK cuma masih kena buat terapi sikit utk gerakkan jari 😊

      Dah sampai? Syukur. Hari tu lepas pos, akak terhilang salinan slip. Tak dapat track. Hope you like the gift.

      Padam
  7. Singgah sini dari blog Ana Mizu! :p Semoga cepat sembuh kak Farah. Moga semuanya baik-baik aje. Baru lah boleh blogging semula kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan, Nadratul. Terima kasih sudi berkunjung ke mari. Terima kasih tidak terhingga atas doanya 😊

      Padam
  8. semoga cepat sembuh kak farah..
    lamenyeee xdtg sni...

    BalasPadam
  9. Moga Farah cepat sembuh dah kembali aktif seperti selalu.

    BalasPadam
  10. Semoga cepat sembuh. Sama laa dah kurang menulis semenjak dua menjak nih. Bulan ni In shaa Allah cuba banyakkan menulis.

    BalasPadam
  11. kenapa tu? tak perasan dlm ig. semoga dipermudahkan urusan akak.. tahniah!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...