Selasa, 7 April 2020

Planner Accessories - Klip Kertas Berhias dan Penanda Buku Bermagnet

Ada sesiapa di sini yang suka hias jurnal atau planner? Bagi yang gemar dan aktif hias jurnal atau planner, apa aksesori planner yang kalian suka letak/sisip pada lembaran muka surat? Kebiasaannya, saya tiada aksesori yang tertentu. Ikut angin. Tak pun ikut tema halaman yang saya hias. Antara planner accessories yang saya biasa guna ialah page borders, page markers/magnetic bookmarks, decorative paperclips dan decorative tussels.

Di bawah ini planner accessories yang saya buat sendiri guna kertas bercorak, klip kertas, reben, pelekat dan adhesive diamentes. Saya buat beberapa set. Sebahagian saya simpan untuk kegunaan sendiri manakala selebihnya saya jual di Carousell. 


Set pertama ini lima klip kertas berhias (decorative paperclips). Secara peribadi, saya suka gabungan warna ungu dan kuning untuk set ini. Rekaan bunganya comel dan sedikit kebudak-budakan. Sesuai dijadikan penyeri planner atau jurnal peribadi.


Klip kertas #1 - Sweet
Klip kertas #2 - I 💓 today
Klip kertas #3 - HEY!
Klip kertas #4 - POSITVE VIBES
Klip kertas #5 - HELLO today is gonna be...WONDERFUL


Contoh penggunaan klip kertas berhias pada planner, jurnal, buku catatan atau diari - untuk tanda halaman muka surat tertentu. 


Cerialah jurnal atau planner jadinya. Bersemangat sedikit kita nak menulis dan semak semula apa yang ditulis. 😍 


Set di bawah ini pun lebih kurang sama cuma selain klip kertas berhias, ada tiga penanda buku bermagnet. Gabungan warna pastel yang sweet. Boleh suntik mood happy dalam diri.


Klip kertas #1 - Oh Friday LET ME HUG YOU
Klip kertas #2 - WONDERFUL
Klip kertas #3 - Pink butterfly with blue ribbons
Penanda buku bermagnet #1 - HELLO WEEKEND I'm so happy to see you
Penanda buku bermagnet #2 - HAPPILY grateful
Penanda buku bermagnet #3 - BRAND NEW DAY
Pelekat-pelekat yang saya gunakan ini saya dapat dari buku pelekat yang dibeli di Mr. DIY. Cantik-cantik kan? Sesuai sangat untuk hias jurnal atau planner.



Guna untuk catatan hujung minggu.



Yeayyyyyy! T.G.I.F


Bagi yang sudah mula tercari-cari idea untuk hadiah Hari Guru, cubalah buat klip kertas berhias atau penanda buku bermagnet seperti di atas. Beri hadiah DIY lebih bermakna tau...dan tentunya lebih jimat. Cikgu-cikgu boleh guna pada buku rekod mengajar mereka 😉


Rujuk tutorial di bawah ye:
Klip Kertas Berhias
Penanda Buku Bermagnet


15 ulasan:

  1. Jurnal saya biasa je. Guna buku log buku tebal luar. Boleh ambil inspirasi puan ni untuk hias.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau, dear. Jurnal biasa pun boleh jadi luar biasa kalau kita hias ikut taste kita :)

      Padam
  2. pink butterfly tu ohsem, farrah :)
    cute.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Aida berkenan yang butterfly tu ye :)

      Padam
  3. wak punye photojurnal guna blog tu jeer., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Photojournal wak dah memang awesome, Wak. Memang wajarlah guna blog supaya ramai orang boleh enjoy the photos :)

      Padam
  4. semua pun cantik.
    masalahnya bila saya benda2 mcm ni, anak2 akan rebut.
    haish.

    BalasPadam
  5. Haritu ada beli tau pelekat dkt MR.DIY yg quote pun ada juga. sampai skrg tak guna lg. tak tahu nak buat apa. T_T

    BalasPadam
  6. semua comey2 memang hasil tangna orang seni. saya xdak jurnal ke planner ke kak.. sjenis yang tak terurus hahaha..

    BalasPadam
  7. Sha kalau ke DIY atau Kedai buku memang suka belek mende-mende ini.. comel je.. Nak beli tapi tak guna pun.. Sudahnya belek-belek lepas tu balik.. hehehe

    BalasPadam
  8. wow! cantik semuanya. saya takde ketabahn lagi nak buat diy ni. huhu. *kena tunggu anak-anak besar dulu

    BalasPadam