Jumaat, September 06, 2013

Bila Tiba - Ungu


Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu
Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Lagu 'Bila Tiba' ini merupakan lagu ciptaan Pasha Ungu untuk soundtrack filem 'Sang Kiai' (2013), sebuah filem Indonesia yang bertemakan kemerdekaan. Rasanya sebelum ni diorang tak pernah hasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan seperti ini. Saya suka lagu ni sebab liriknya sangat simple and straight to the point. Tapi mesejnya jelas. Padat. Melodinya pula menyentuh perasaan.So touching!


Mati itu pasti. Sebagai manusia, kita harus sentiasa bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Bersediakah kita?

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
 

Rabu, Julai 17, 2013

Doa Ketika Basuh Beras

Salam 8 Ramadhan! Dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Alhamdulillah, semoga kita mampu jalani ibadah-ibadah di bulan puasa ni dengan sempurna.

OK. Hari ni aku nak kongsi doa yang boleh kita amalkan setiap kali nak masak nasi untuk keluarga. Bacakan doa ni ketika sedang membasuh beras.



Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamamu sebagaimana engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi.

Basuh beras tu dengan buat pusingan lawan arah jam (anti clockwise) beberapa kali. Kemudian masaklah seperti biasa. 

Isnin, Julai 15, 2013

Bacaan Doa dalam Sujud Akhir Ketika Solat



Ya Allah,
tambahkanlah bagiku 
rezeki yang banyak lagi halal,
iman yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar.

Rabu, Julai 10, 2013

Checklist Ramadhan

Alhamdulillah! Atas izin-Nya, bertemu lagi kita dengan satu lagi Ramadhan. Hari ini tak larat nak menulis panjang. Cuma mahu kongsikan sesuatu yang menarik untuk kita di bulan Ramadhan ini. 'Checklist Ramadhan' ini (klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih besar) dikongsikan oleh Dr. Fadila Grine di akaun Facebooknya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau atas perkongsian ini.

Senarai semak untuk Ramadhan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan kepada kita untuk terus lakukan ibadah mulia di bulan penuh keberkatan ini.



Selamat  Berpuasa! Selamat Melaksanakan Ibadah-ibadah Ramadhan! Semoga Ramadhan kali ini lebih beerti buat kita berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jangan lupa baca doa harian Ramadhan. Klik di sini - Doa Harian untuk Sepanjang Ramadhan.