Isnin, Mac 31, 2014

Promosi Material & Peralatan Kraf di POPULAR

Hari ini saya perlu hantar ibu ke PPUM untuk check-up. Sementara menunggu, saya dan Bott sempat curi peluang ke Ikano Power Centre (IPC). Singgah POPULAR. Sekarang sehinggalah 20 April nanti, ada promosi potongan 25% untuk barang dan peralatan kraf keluaran POPULAR. Masa inilah, jika ada duit lebih, saya akan beli embelishments, decorations dan peralatan kraf yang selama ini saya idamkan.

Pembelian berbaloi saya untuk kali ini ialah 'glue tape refills' dan 'Deep Edge Border Punch'. Sekotak 'glue tape refills', ada 10 isian semula + 2 lagi isian semula percuma. Harga biasa sekitar RM40 dan paling murah pun dalam RM35/kotak. Tapi promosi kali ni, harganya jatuh hingga RM29.95. Puas hati saya dapat beli sekotak buat stok. Untuk paper-crafts, kita memang akan banyak gunakan 'glue tape', jadi bila ada peluang macam ni memang kena grab.
Glue tape yang biasa saya gunakan. Brand 'norino'.

'Deep edge border punch' pula memang dah lama saya aim nak beli. Tapi selalu berkira-kira. So, hari ini saya pilih design punch yang paling saya suka dan beli. Harga asal RM39.90 dan selepas potongan 25%, harganya RM29.90.

Border punch setelah 'dipandu uji'.

Dhia & Sad Smiley


Ini Dhia. Masa ni Dhia dan rakan-rakannya sedang belajar tentang 'Likes & Dislikes'. Semasa aktiviti, setiap seorang diberi sebatang lidi dengan wajah Happy Smiley untuk mewakili 'Likes' manakala Sad Smiley untuk 'Dislikes'. Saya akan sebut nama-nama makanan. Mereka dikehendaki menggunakan smiley tu untuk nyatakan sama ada mereka suka makanan tersebut atau tidak.

Apa yang mencuit hati saya, setiap kali Dhia pilih Sad Smiley untuk makanan yang tidak digemarinya, Dhia akan turut buat muka sedih. Real sangattttt! Aksi Dhia buat saya benar-benar terhibur!