Selasa, Februari 03, 2015

Cara Mudah Rebus Pasta

Baru-baru ni kat Facebook, ramai kawan-kawan yang shared video cara paling mudah untuk rebus pasta. Memang betul-betul senang! Jimat masa, jimat air. Tak perlu kita didih sampai satu periuk besar air semata-mata nak rebus pasta hingga lembut.

Caranya?
  1. Letakkan pasta yang hendak digunakan dalam periuk atau frying pan.
  2. Tuang air sejuk (Air dari dalam peti ais tau!) sehingga cover permukaan pasta.
  3. Hidupkan api. Biarkan hingga mendidih. Sambil tu kacau-kacau sedikit supaya pasta tak melekat pada bahagian bawah kuali/periuk. Tindakan haba dengan air sejuk akan membuatkan pasta kita lebih cepat masak.

Saya sendiri dah cuba. Tengok ni,..

Al dente! :)

Selalunya apabila nak buat kuah, saya akan simpan secawan dua air rebusan pasta. Haa,..apabila guna method ni, disebabkan airnya dah evaporated, kita akan dapat air rebusan yang kawww...yang pekat! Lagi dap dap dap lah kuah yang bakal disediakan tu :)


Kalau nak tengok cara-cara dengan lebih jelas, tonton videonya di sini.



Utusan Kasih Cik CT Humairah

Dapat kiriman daripada CT ni dari minggu lepas lagi. Tetapi, baru sekarang berkesempatan nak buat entri penghargaan. CT hantar hadiah sebab saya jadi antara pengomen terbanyak di blognya - Siti yang Menaip. Susah-susah aja, dik. Anyway, akak benar-benar hargainya. Dapat keychain dari Kuching, pelekat cermin 'Jangan Lupa Tutup Aurat' and a lovely note from her.

Key-chain, Sticker from CT =)
Apa lagi,... dapat gifts sebegini, tempatnya di Bloggers' Board sayalah.

Dah terpampang di board!

Akak dah re-arranged sikit board tu. CT dok satu lot dengan Sis JM & Shikin. Sticker 'Jangan Lupa Tutup Aurat' pula akak nak tampal kat cermin di dewan tuisyen. Jadi penyeri. Cermin tu biasa guna untuk latih pronunciation budak-budak. Biar setiap kali diorang mengadap cermin, boleh baca kata-kata nasihat Mak Ti.  

Thanks so much, CT! Moga CT sentiasa diberi kelapangan untuk setiap urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah. Moga 'fwenship' kita akan terjalin dengan lebih kukuh :)

Bagi yang belum mengenali CT, rajinkan jari telunjuk anda, klik sini - Siti yang Menaip


Isnin, Februari 02, 2015

Tetamu Hebat Januari

Januari dah labuhkan tirainya. Sepanjang bulan lepas, inilah tetamu-tetamu hebat yang tidak jemu datang berkunjung dan menceriakan FAMF Tower dengan komen-komen mereka. Nampaknya dah dua bulan berturut-turut Ratu Komen kita, Miss Zarul Farhana berada di puncak carta. As usual, ada hadiah untuk juara carta! Akak pos hadiah-hadiah Zarul sekali harunglah nampaknya :) Yang lain, jangan bimbang,...blog kalian semua secara automatik tersenarai di bloglist Tetamu VVIP.



Terima kasih banyak-banyak semua. Jom kita blogwalking dan komen banyak-banyak di rumah mereka pula.