Sabtu, Mac 07, 2015

CekeTed daripada Shikin

Awal minggu lepas apabila Cekebon maklumkan yang saya ada parcel besar, bergegas saya balik rumah. Punyalah excited walaupun ketika tu tak ada idea daripada siapa. Nak kata hadiah GA ke,..hadiah penghargaan pengomen tegar ke,...tak mungkin sebab Februari merupakan bulan sibuk-huru-hara saya.

Rupa-rupanya terima belated birthday present daripada Shikin. Sob,..sob,..dah tua-tua ni dapat hadiah, feeling lebih sikit hahahah. Bukan sekadar dapat bebear, dapat folded handmade note daripada Shikin (ni nanti dah naik Bloggers' Board saya akan share) dan sekeping Shiseido Black Mask lagi. Thanks so much, Shikin! Akak benar-benar hargainya. Bebear ni buat akak senyum setiap hari. Punyalah sayang, sampai Yu-Ri tak boleh sentuh langsung! Berterabur kucing tu lari kena hambat dengan akak ;)

Ahli baru FAMF Tower :)

Besar kan?! Lembut dan gebu lak tu. Bebear ni kembar tau! Shikin beli di Cameron Highland ketika ke sana untuk bercuti baru-baru ini. Satu untuk Shikin and satu lagi untuk akak Shikin hehehe. Dalam kegumbiraan tu, tercetuslah idea nak buat entri Jom Cuba Nasib yang pertama untuk tahun 2015. Kena buat apa?

  1. Kena teka bebear ni siapa yang bagi, dan
  2. Beri nama sesuai untuk bebear.

Bagi yang dah berkunjung ke blog Shikin, memang bonuslah sebab melalui entrinya, Shikin dah tunjuk gambar bebear kembar dan dah beri hint akan beri pada someone. (Akak pun baca entri Shikin setelah bebear ni selamat sampai ke pangkuan.) Klik gambar di bawah untuk ke entri yang saya maksudkan. Siapa yang belum berkenal-kenalan dengan Shikin, inilah masanya!

Aksi Iri dengan Bebears

So, let's cut to the chase:
Pemenang untuk Jom Cuba Nasib: Teman Baru ialah:-
  1. Cik Mimie - yang pertama berjaya teka bebear ni daripada Shikin.
  2. Scdha Sein (SS) - suggested nama CekTed. Ted singkatan untuk Teddy. Tapi sebab nak lagi comel, saya jadi kan CekeTed. Bolehlah senada dan seirama dengan Cekebon & Cekengah hahahah.

Tahniah buat mereka berdua! Hadiah? Ada,..ada... Lambat sikit ye,..saya hantar sekaligus dengan hadiah top commentators dan beberapa surat lain. Saya ni banyak pengalaman tak best di pejabat pos. Jadi, biar pergi tu sekali harung je. Nanti dah pos saya inform.


Note to Shikin: 
Jazakumullah Khairan Katsiran. Terima kasih banyak-banyak sebab dalam kesibukan harian, masih ada ruang untuk Shikin ingat akak. Akak tak dapat bayangkan macammana Shikin struggled untuk bungkus bebear tu. Suka sangat dengan folded note yang Shikin tulis. Yes, memang tulisan tu boleh baca hihihih Akak doakan Shikin beroleh kebahagiaan dunia akhirat, kesihatan sempurna dan dapat membesarkan 3 Adams dengan baik. Moga 'fwenship' kita akan berkekalan dan dirahmati-Nya.

Bertenang dan,...

...nikmati hujung minggu kalian =)

Credit
Salam hujung minggu, semua! Apa plan menarik untuk hari ini dan esok? Saya akan berada di luar sepanjang hari. Konon-kononnya nak santai dan rehat-rehatkan minda. So, I'll be away from the net. Hutang blogwalking dan balas komen buat sementara waktu ye. Apa-apa entri yang 'muncul' selepas ni, semuanya auto publish.

Oh, lupa pulak. Pemenang Jom Cuba Nasib, insya-Allah akan diumumkan by malam ni. Maaf lambat sikit. Saya sibuk dengan anak-anak cilik minggu ni. Lagipun, nak minta tolong yang tukang beri sama-sama pilih nama.

Tata Titi Tutu!


Khamis, Mac 05, 2015

Cekengah's Birthday Lunch - Social Media Inspired Theme

Tarikh: 1 Mac 2015
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Subak Restaurant, Sungai Penchala
Tema Majlis: Social Media Inspired

Kali ini giliran saya pula untuk rancang sambutan majlis hari lahir Cekengah. Walaupun hanya 'kita-kita aja',..tetapi masing-masing teruja nak bertema. Fikir punya fikir, akhirnya kami pilih 'Social Media' =)

Setiap ahli keluarga kena berpakaian mengikut warna-warna social media seperti Facebook, Instagram, Pinterest, Twitter & Whatsapp. Dapat inspirasi dari gambar di bawah ni.