Rabu, Mac 30, 2016

Win-win Notebook POPULAR

Minggu lepas saya dan Bott keluar berjumpa dengan teman lama kami, N. Lepas makan, sembang-sembang, kami masuklah ke kedai kegemaran saya, POPULAR. Kebetulan saya perlu beli beberapa jenis kertas untuk projek kraf dalam masa terdekat ni. Saya seperti biasa, pergi section kraf, Bott hilang pergi tengok novel seram dia manakala N cari buku kerja dan alat tulis untuk anaknya.

Setelah lebih kurang setengah jam 'bergelut' cari barang dan rambang mata dalam POPULAR tu, kami pun pergilah membawa harta-harta pancingan ke kaunter bayaran. Sebaik sahaja di kaunter, saya terus tertarik dengan buku yang dipamerkan di situ. Win-win Notebook? Cantiknya cover dia!

"Notebook ni special sikit kak, kak. Dalam tu ada beberapa muka surat juga untuk mewarna," jelas adik manis yang peramah dari belakang kaunter. Saya pun belek setiap satu buku. Masa tu, si N pandang sebelah mata je.

"Lepas tu dalam tu ada voucher RM10." Terus N buntang mata.

Selasa, Mac 29, 2016

Tutorial Kraf Kertas - Sticky Notes Tag

Tutorial hari ini kita buat DIY mudah yang sweet and simple tetapi cukup eksklusif untuk dijadikan hadiah. Boleh beri pada teman-teman, rakan sepejabat atau dijadikan titipan istimewa sebagai tanda penghargaan/ingatan. Hadiah Hari Guru ke,..Friendship Day ke...Selain itu, planner addicts boleh letak tag kecil mudah bawa ini di dalam planner mereka. Adik-adik yang masih belajar pun sesuai guna sticky notes tag untuk buat reminder atau tanda halaman buku.


Sticky Notes Tag