Jumaat, Ogos 26, 2016

Cara Buat Huruf Blok 3 X 5

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Pernah dengar tentang huruf blok? Saya ada dua tiga orang pelajar sekolah menengah yang ambil kelas lukisan dengan saya. Minggu ni dan minggu lepas kami banyak buat sesi berlatih membuat  huruf-huruf blok. Huruf-huruf blok ini antara asas yang penting bagi memudahkan mereka untuk buat poster, signage, kad dan macam-macam lagi. Dalam erti kata lain, senanglah hendak siapkan tugasan seni visual yang diberikan oleh guru.

Ada banyak cara dan jenis huruf blok yang boleh kita hasilkan. Antaranya, huruf blok tiga lima (3 X 5), huruf blok (4 X 7) dan huruf blok 3D. Nanti jika ada kesempatan, saya kongsikan satu persatu di sini. 


Hari ini saya ingin kongsi dan tunjukkan cara membuat huruf blok tiga lima (3 X 5). Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'tiga lima' ialah bilangan kotak melintang (mendatar) dan kotak menegak yang digunakan dalam menghasilkan huruf blok yang seragam. Perhatikan gambar di bawah, setiap huruf dilakar di atas 3 kotak melintang dan 5 kotak menegak (kecuali huruf M dan W yang guna 5 X 5).

...untuk Si Dia yang tengah demam Pokemon Go

Malam tadi, lepas habis kelas, saya dihubungi oleh seorang teman yang nak tempah kad istimewa. Katanya dia mahu kad simple bertemakan Pikachu. Nak diberikan kepada someone yang tengah gila dengan Pokemon Go. Saya pun iyakan sahaja sebab sebelum ini saya pernah tengok di Pinterest kad ucapan Pikachu. So, dah ada general idea. Tak adalah pening kepala nak memikir ;)

Pagi ni masuk bilik kraf, sediakan apa yang patut. Saya guna Diamond Press Tool saya dengan dies bulat-bulat yang baru beli. (Baca mengenainya di sini).

Bahan-bahan yang diperlukan.