Khamis, November 10, 2022

Buat Chilli Oil Garing dan Beraroma

Baru-baru ini saya buat chilli oil. Bukan jenis curah minyak panas seperti yang lalu-lalang di TikTok tu. Saya buat versi yang kena masak. Kita goreng cincangan bawang putih di dalam minyak bersama beberapa rempah sehingga warnanya bertukar perang keemasan, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Andai kalian suka nikmati chilli oil yang ada cincangan bawang putih garing ... yang wangi beraroma ... boleh cuba resepi ini.

Resepi Chilli Oil

Minyak cili siap!

Selasa, November 08, 2022

Tetamu Istimewa Bawa Rezeki Daun Pisang

Hujung minggu lepas, saya dan Bott tidak ke mana-mana. Kami sambung rehat puas-puas supaya badan betul-betul kuat. Jumaat malam memang kami batalkan kelas tuisyen. Pagi Sabtu tu pun, sepatutnya saya ada kelas lukisan dengan beberapa orang murid cilik. Saya batalkan juga. Perancangan dari awal, kita rehat, tidur dan recharge supaya masuk minggu baharu dah boleh kerja dan jalani rutin seperti biasa. Bab makan, makan jelah apa-apa yang ada di rumah.

Baru habis bersarapan, ada panggilan masuk. Si Khudri (jiran lama merangkap bekas anak murid tuisyen saya) maklumkan yang dia dah ada di hadapan rumah bersama tiga VVIP. VVIP pertama dan kedua saya maklumlah, ibu dan neneknya. Mana datang VVIP yang ketiga?

Rupa-rupanya…

Si Zero yang manja asyik nak dukung.

Ahad, November 06, 2022

Cerita Sedih Ke Ni?

Pagi ini, rasa badan kuat sedikit. Demam dah kebah, letih sakit tu masih bersisa. Jadi, saya dan Bott cuba sibuk-sibukkan diri kemas rumah.

Tengah mengemas, Bott datang bawa sebuah papan putih mini yang ada lukisan di atasnya. Papan putih yang dah bertukar kelabu tu sebenarnya sudah tidak kami gunakan lagi. Hukum buang dah. 

Baru saya teringat, ada satu hari, salah seorang murid kelas hujung minggu saya lewat dijemput oleh ibunya. Sementara saya sibuk sanitize ruang belajar setelah habis kelas, dia minta izin untuk main conteng-conteng pada papan putih berkenaan sehinggalah ibunya datang.

Hari ini baru saya dan Bott sempat tengok lukisannya.

“Wah, bukan main lagi Q. Lukis RV!” (Recreational vehicle)

“Ni pergi bercuti dengan caravan ke apa ni?” Saya pun teruja sama.

Lukisan si Q