728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 15 Februari 2017

Gosip Pasal Nak Pergi KLCC

Malam tadi, habis kelas sekitar pukul 10, saya tak terus balik rumah. Lepas kunci sekolah pondok siap-siap, saya dan Bott pergi kedai runcit. Jalan kaki je sebab kedai tu cuma sepelaung dari rumah. Lagipun saja nak ambil angin, jalan-jalan sambil beli barang rumah yang habis.

Selesai beli barang, kami pun ambil own sweet time menapak balik. Plus, barang-barang yang saya bawa plastiknya besar dan berat. Makanya, jalanlah terkedek-kedek slow-slow. Sampai rumah dah pukul 10.30. Tengok-tengok si Cekengah masih belum tidur. Dok melanguk di meja makan tunggu saya balik.

Bukan tunggu kosong, ada burger untuk saya dan Bott. Yeayyyyy!!! Supper time! Alang-alang dia menemankan kitorang supper, sempatlah borak-borak + gosip-gosip sikit. Selalunya waktu beginilah saya jadi tok selampit, jadi tukang update cerita-berita-kisah yang dia tak sempat ambil tahu termasuklah kisah viral 'Nak pergi KLCC'! 
Dapat tak? Tahu kan?! Alaaa yang nak pergi KLCC, nak naik kereta sendiri dan ... [selebihnya ,.. please sambung sendiri!] Tak ada kerja, siap pergi masuk Youtube, dengar lagu, dengar covers. Siap compare mana lagi best. One thing led to another sampailah ke tweet di bawah ni. Yang tak tahan, Air Asia pun sama naik!

Winnnnnn!!!!

Finished the session after several yawns. Thanks for the treat, Ngah.

Psstt! I have nothing against the book. Coffee table book,..collectible item,... 😆


25 ulasan:

  1. Ala tak faham la yang klcc tu pasal apa eh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Syed...tu ha buku coffee table terkini paling hangat di pasaran...

      Padam
    2. eh jap! pasal buku fattah amin ke??

      Padam
    3. Hehehe buku tu dah jadi bestseller tau!

      Padam
  2. haha..terlebih viral..kesian kat pelakon tu..hihi..
    selalu gak gi KLCC naik keta sendiri, tapi parking kt basement je...buang duit je amik valet..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. memang kaw-kaw la dia kena kutuk

      Padam
    2. Ada orang pertikaikan, kat klcc mana ada valet,..saya tak sure sebab saya gi klcc naik lrt je 😊

      Padam
  3. Haha...werius AIRASIA ni pun kelakar la juga...

    BalasPadam
  4. Hahaha.. me either.. tak paham gak.. no updated person in term of the viral things.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula-mula baca entry Farrah ni saya tak faham. saya ingatkan Farrah yang nak pegi KLCC. Tapi bila baca komen-komen kat atas ni, barulah paham... rupanya kes viral buku si patah. hahahha

      Padam
  5. dah jadi viral dah hehehe..airasia tu memang win lah

    BalasPadam
  6. hahaha memang lawak la ka farrah
    rinduenye kak farrah
    rindie tower kak farrah
    lame da nak komen tapi blm kesempatan
    skg baru dpt komen, akhirnye
    kelakar kan?? hahhahah

    BalasPadam
  7. Amik masa nak paham gak ni..hahahaa

    BalasPadam
  8. kak...saya mengintai sebentar.

    BalasPadam
  9. ok. macam tak paham je part 'KLCC' tu. haha 😅

    BalasPadam
  10. tgk perkataan KLCC tu je sy mmg dah faham heheheh

    BalasPadam
  11. kelakar la airasia pun viral pasal si dia tu

    BalasPadam
  12. haha..kat twitter memang meriah. tapi saya gi klcc naik bas je. kelakar kan...

    BalasPadam
  13. hmmm..nampak sgt erny pun sebahagian dr yang tercicir train...hehehe...baru sibuk menggoogle bila baca entry ni..

    BalasPadam
  14. Yup viral ttg buku Fattah Amin tu Farrah mmg jadi buah mulut..
    Ada yg menyokong tapi lebih ramai mengutuk..

    BalasPadam
  15. 'Alaaa yang nak pergi KLCC, nak naik kereta sendiri dan...' ok, dah faham tentang apa dan siapa 😝 tahniah airasia ✈ tweet paling win 😉

    BalasPadam
  16. Biarlah dia.
    Dia buat buku untuk fanatik dia.
    Kita yang bukan fanatik ni, duduk je diam-diam tulis blog.
    Haha.

    BalasPadam
  17. Assalam memula tak faham, ingat tertinggal berita "viral" ni, pastu baca sampai habis okey faham

    BalasPadam
  18. orang cakap apapun bku dia tetap bestseller, orang tak habis bercakap, dia jugak tersenyum haha

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...