728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 20 Mac 2017

Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Isnin! Selamat kembali bekerja dan mulakan minggu baru.

Saya cuti hari ni. Paksa diri untuk jengah tower sekejap. 
Lama terbiar sepi.


Sebelum ini, saya pernah buat entri Wordless Wednesday berkenaan Overnight Oat. Memang sekarang, saya lebih gemar makan OO untuk sarapan. Dulu-dulu, saya buat oat dengan air panas dan susu. Tabur kismis dan sedikit serbuk kayu manis. Sekarang, semua nak mudah, nak cepat,..jadi OO menjadi pilihan. Bangun pagi, buka peti sejuk dah ada OO sedia untuk dimakan.

Resepi pertama OO yang ingin saya kongsi - Strawberry and Peanut Butter 



Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • 1/2 cawan instant oat/rolled oat
  • 1/2 cawan susu segar/penuh krim/rendah lemak
  • 3 biji strawberi (dihiris)
  • 1 sudu kecil peanut butter

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masukkan oat, susu dan peanut butter ke dalam botol/mason jar/bekas minuman.
  2. Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan hirisan strawberi.
  4. Tutup botol/mason jar/bekas minuman dan dinginkan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Keesokan harinya, nikmati OO dengan senyum lebar. Jika OO agak pekat, tambahkan sedikit susu. Ikut citarasa nak pekat atau cair sedikit.
Ini antara OO pilihan utama saya. Saya suka kombinasi masam manis buah strawberi dengan rasa lemak peanut butter. Yummehhhhh! Oh, bagi yang baru mula nak berjinak-jinak dengan oat, saya cadang masukkan satu sudu teh madu supaya rasanya manis sedikit. Bolehlah tambat selera. Macam saya, manis strawberi dan peanut butter tu pun dah memadai.


Tips untuk Olah Resepi Overnight Oat:
  1. Jika ingin something crunchy, taburkan sedikit kacang walnut/badam yang telah dibakar.
  2. Ada chia seed? Tambahkan 1 sudu teh chia seed bersama bahan-bahan di atas sebelum disejukkan.

Selamat Mencuba!


Psstt!! Terima kasih buat yang sudi datang, tinggal komen meskipun saya sunyi lama. Insya-Allah, saya akan buat kunjungan balas. Jangan risau ye,...


12 ulasan:

  1. nmpak sedap..boleh cuba ni..thanks sudi berkongsi

    BalasPadam
  2. Wah..sedap ni..mrs pip pun suka mkn oat, tapi oat panas ditabur bersama milo dan sedikit susu manis. Nak cuba juga nnt resepi farrah ni.

    BalasPadam
  3. tapi tu lah.. nanti belioat hangat2 ta*& ayam je.. *lap peluh*

    BalasPadam
  4. Dulu selalu buat overnight oat ni. Pasni boleh lah mula balik buat. 😊

    BalasPadam
  5. boleh cuba buat makan OO ni

    BalasPadam
  6. dah lama teringin nak cuba..thanks share resipi

    BalasPadam
  7. kalau rajin, sy buat. kalau x rajin... hrmmm

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...