Selasa, April 25, 2017

DIY Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)

Sebelum ini, ada beberapa pembaca yang personally e-mel saya bertanyakan hiasan kraf yang saya guna dalam projek kraf seperti kad ucapan dan scrap page (scrapbook). Maaf ye, kalau jawapan dan info yang saya beri kurang lengkap atau kurang memuaskan. Ketika itu, saya agak tergesa-gesa dan sibuk melunaskan urusan kerja. Ada yang ingin tahu sama ada saya buat sendiri embellishments atau beli di kedai kraf. Jawapan saya, kedua-duanya. 

Kadang-kadang, untuk isi masa senggang, saya akan buat hiasan kraf sendiri menggunakan barang-barang yang saya ada. Jimat pun jimat. Pada masa yang sama, kita dapat buat hiasan bersesuaian dengan projek kraf yang sedang dihasilkan dan lebih menepati citarasa kita. Ada kalanya, saya akan beli crafts embellishments di kedai terutamanya apabila ada promosi/diskaun dan hiasan kraf itu boleh digunakan dalam kebanyakan projek saya. 

Baca tips membeli hiasan kraf (embellishments) di sini.

Hari ini, kira entri throwback. Saya nak tunjukkan sebahagian daripada hiasan kraf (embellishments) yang saya buat sendiri untuk kegunaan cardmaking and scrapbook. Klik sahaja pada gambar untuk ke entri yang berkaitan 😃



Hiasan Kraf Menggunakan Corrugated Board



Hiasan Kraf daripada Kertas Pembalut Hadiah


Selain itu, saya juga buat Accordion Folded Flower dan bunga 3d kecil comel untuk projek kraf kertas saya. Tidak semestinya kita kena beli semua. Elakkan impulse buying atau beli sebab cantik. Kalau cantik boleh guna, baguslah. Tetapi kalau cantik sangat sampai kita sayang nak guna atau tak ada sebab nak guna,...rugi!


Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

14 ulasan:

  1. Hi farrah...
    Tq kongsi ideas ...
    Corrugated paper tu selalu saya nampak,
    tapi tiada idea mau buat mcm mana ...
    Now I know ...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,..bolehlah Mrs Pip berkraf lepas ni. Buat kad pun cantik tau guna corrugated paper :)

      Padam
  2. assalamualaikum...lama x jengah tenangkan fikiran tengok idea kreatif sis....comel2 aje hasilnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Erny. Heheheh dapat tenangkan fikiran ye,..akak pun lama tak jengah erny dan si kakak. Insya Allah ada kelapangan akak datang berkunjung ye :)

      Padam
  3. suka tengok kreativiti akak je. nak rajin nya tah bila. hahah xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti sampai rajinnya tu,...jangan risau heheh

      Padam
  4. sekali kak farah berkraf... mmg cantik la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alololo biasa je Zarul,..dah bahan2 nya semua ada :)

      Padam
  5. cantik semuanya.. Farrah, kalau ada bukak kedai jual kraft Embellishments ni farrah nak beli tak dengan saya? hahahahahahhaha.. saya saya pun suka dengan art & craft project mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh, Intan nak buka kedai jual barang kraf ke? :)

      Padam
  6. farrah la sumber inspirasi aida...

    BalasPadam
  7. yg ada kamera tu utk sy kan? kannnn ;-)

    BalasPadam
  8. suka tengok hiasan kraf yang Farrah hasilkan.. cantik dan kreatif..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.