Selasa, Jun 19, 2018

Salam Lebaran 1439H

Assalamu'alaikum,

Lebaran ke-5 baru berpeluang jengah blog. Mood raya masih tebal dalam diri hehehe. Salam Syawal ke-5. Bagi yang masih bercuti, selamat sambung raya! Bagi yang sudah mula bertugas, selamat menjalankan tugas dengan semangat raya membara :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala salah silap yang saya lakukan, salah kata, salah laku atau tindakan. Maaf andainya ada komen-komen/ pertanyaan yang tak dan saya balas, tak jengah blog-blog kalian. Jika saya ada buat kalian tersinggung, maafkan keterlanjuran saya ye. Kita kosong-kosong.


Syawal 1439H


Bagaimana Syawal kalian setakat ini? Apa tema baju raya? Apa juadah istimewa yang disediakan untuk dijamu pada tetamu? Alhamdulillah, tahun ini saya jadi Kak Long yang manja. Persiapan raya kuih-muih, bab makan semuanya Cekengah yang uruskan. Then, tahun ini kami beraya di rumah adik bongsu. Dia jadi hos raya tahun ini. So, basically saya goyang kaki je tinggal bawa diri bersedia untuk bergumbira di hari raya! Kali ini kami semua #teamrayakl :)


Selamat meraikan Syawal yang masih berbaki. Semoga Ramadan dan Syawal kali ini dapat membersihkan hati kita, menjadikan kita insan yang lebih baik. Enjoy the rest of Syawal. Jaga makan minum k.


13 ulasan:

  1. Salam syawal Farrah ... Mrs Pip done raya ... Mr.Husband sudah mula sibuk dgn kerja ... jadinya, bila husband kerja, mrs pip duduk rumah tak pi mana2 ...

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya.. Saya follow sini yang ke 619...

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Kak Farrah! Hehe

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya, kak Farrah :D

    BalasPadam
  5. Salam Aidilfitri Sis Farrah.. Maaf Zahir dan Batin..

    BalasPadam
  6. selamat hari raya farrah. maaf zahir dan batin sepanjang kita 'kenal' k

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Kak. Maaf Zahir & Batin. ;)

    BalasPadam
  8. selamat hari raya utk ahkak comel kita ni.... ;-) tu kad sy kan? kan? hahahaha

    BalasPadam
  9. salam aidilfitri Kak Farrah. masih belum sampai jodoh kita berjumpa ni. tapi kalo nak buat open house roger la ehhe..

    BalasPadam
  10. lom terlambat utk aida wish farrah.
    selamat hari raya...
    aida every year as usual, takkan beraya dgn mudah.
    kena masak-masak-masak-masak baru la dpt beraya cantik-cantik.

    BalasPadam
  11. Salam Syawal, semua. Terima kasih atas ucapan-ucapan kalian 😊

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.